Wednesday, June 24, 2009

Rejab Yang Menginsafkan


harini 1 rejab 1430H. aku tak tahu sama ada korang amik berat benda ni atau tak. tapi bagi keluarga aku, ia sangat bermakna. pagi tadi kami sahur bersama. rasanya seperti sudah melangkah ke bulan ramadhan. he he. bulan rejab adalah bulan Allah. antara kelebihan bagi mereka yang berpuasa satu hari pada bulan rejab ialah seperti kita berpuasa 40 tahun, mendapat keredhaan Allah dan syurga tertinggi. kelebihan yang lain boleh rujuk di sini.

semalam aku ada terbaca satu blog. salah satu entrinya menceritakan tentang kenangannya bersama seorang teman yang telah kembali kerahmatullah pada 22 jun 2009. aku buka sendiri fesbuk arwah. ada sesuatu yang membuatkan aku tertarik. sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir, status yang ditulis pada fesbuk menunjukkan tanda-tanda beliau akan pergi. dihitung minit-minit terakhir sebelum makan tengahari di statusnya. aku lihat juga tarikh lahir arwah. 7 julai. aku terpana. it's just around the corner. mungkin kita semua tidak amik port pasal benda ni tapi aku pernah dengar yang ajal kita hampir dengan tarikh kelahiran. sejauh mana kebenarannya, aku tidak pasti. status yang aku paling sedih ialah beliau merancang untuk ke Genting ahad ni. hati aku benar-benar tersentuh. sesungguhnya kita hanya mampu merancang, hanya Allah yang menentukan. Al-Fatihah buat beliau.

aku sangat takut jika nyawa aku ditarik saat aku lalai dan leka. aku cuba untuk tahan nafas selama 20 saat. ah! seksanya. bagaimana ye jika malaikat izrail benar-benar mencabut nyawa. seperti memisahkan isi ikan dan tulangnya. aku insaf. moga Allah mempermudahkan kita semua menghadapi sakaratul maut dan pergi dengan mudah dan tenang. amin. aku seakan tersedar dari kelalaian dunia. marilah sama-sama kita berzikir pada harini. astaghfirullah hal'azim. zikir ini dapat menghilang satu titik hitam di hati setiap kali dibaca. ayuh kita beramal. siapa tahu mungkin esok lusa ajal kita akan tiba.

8 comments:

haruan tasek said...

puasa dengan iman tau...

macha_sezs said...

selamat berbuka~

khairi yusof said...

niat lilahitaala..jgn niat nak kurus..nnt leh kurus je.pahala xleh..;-)
slamat menahan nafas..uiks..salah..slamat menahan nafsu makan..kekekek:-P

Monkey D Luffy said...

sentiasa ingat mati... kita pasti insaf

bokbon said...

lu puasa ke? aduh bagusnya..

gua tak puasa pun.

addyaholix said...

jom puasa jom!
ni jugak terapi untuk kurus kan. haha!

inas said...

semoga terus bersemangat dgn amalan sunat~

nuyuljana said...

haruan - insya Allah. :)

macha - hahaha. maceh. ;)

khairi - cet. komen macam ni memang mintak ditampar laju2! muahaha.

luffy -yup. betul tuh!

bokbon - hehe. cuba la puasa. seronok. hee~ XD

addy - terapi ke? xpenah taw plak. haha. u pun puasa gak kan? slmt berpuasa la ye. :)

inas. insya Allah. syukran. :)