Tuesday, December 28, 2010

Induksi - Day 11

Selesai sudah pengucapan awam aku hari ni. fuhh lega! sebelum present rasa jantung aku dup dap dup dap. dengan tangan sejuk macam air batu. neves gila. syukur la group aku semua supportive. walaupun mula-mula aku cakap sambil menggigil, lama-lama rasa seronok dapat share pengalaman aku. wohoo! sekarang ni tinggal nak siapkan assignment individu, presentation assignment kumpulan dan persembahan malam kebudayaan. kejap je kan. untuk presentation kumpulan, group aku suruh main gitar. boleh ke aku main depan orang ramai? hahahaha.

balik ofis jap tadi terus lawan ping pong beregu final. aku parking kat pintu depan cict. parking pulak sebelah scooter kelabu. scooter aku jadi malu-malu kucing. hehe. ok tipu! result aku tak sempat taw sebab aku kena balik FKE untuk bincang dengan group. Group aku semua sangat supportive dan bersemangat. sebab tu aku pun terjebak jadi semangat berkobar-kobar. poyo kan? hahaha.

pastu sempat la aku sembang jap ngan ofismate masa main ping pong. dia cakap pakcik kat ofis aku tu sakit. tak taw la kena buatan orang ke apa. esok baru nak gi darul syifak. moga cepat sembuh ye pakcik. amin..

lagi satu, aku excited gila sebab someone dah approve aku kat fb. *pengsan sambil tersenyum*

Sunday, December 26, 2010

Oh Awak!

Bila awak sakit, saya rasa sakit juga.

Bila awak sihat, saya gembira tak terkata.

Saya tak boleh bayangkan kalau awak dah tak ada lagi.

Harap awak sihat selalu.

Saya sayang awak!

oh KAKIKU!

get well soon.

=(

Saturday, December 25, 2010

Five Years Ago

Aku rindukan tarikh ini 5 tahun yang lalu. OMG! rindunya! hope that you'll be fine. walaupun you akan baca entri I ni 10 tahun akan datang, but trust me, I never delete you in my heart.

*******************************
Hari itu adalah hari terakhir aku training di Marry Brown Taman Tampoi Indah. Aku dimandikan dengan darah ayam, tepung dan tah apa lagi. Lepak dengan mereka. Aku sangat gembira. Paling gembira dengar dia bercerita tanpa henti. Hari itu juga dia dibuang kerja. Sejak hari itu, aku tak bertemu lagi dia.

*******************************
I miss you!

Friday, December 24, 2010

Induksi - Day 9

semalam, aku join riadah masa induksi. ada main bola jaring. tak boleh blah sebab lelaki pun main bola jaring. tapi mereka sangat cool dan sporting walaupun mereka main ala2 bola baling. hahaha. last time aku main bola jaring adalah pada tahun 2006 rasanya. wakil kolej aku. dah 4 tahun tak main ni weyh. fuhh gila kentang punya lama. aku dapat shoot first goal untuk group aku. rasa happy gila masa tu. ni adalah snap aku shoot bola yang diambil oleh jurukamera UTM.

aku petik di sini

aku ceduk di sini

masa game yang kedua, kaki aku terpelecok masa kejar bola. dem! sakit gila. tapi menang. hehe. then last game masa final, group aku hanya berjaya mendapat tempat kedua dengan score 3-1. yang score satu tu rasa2nya sape yang goal kan? hahaha. balik umah ingat nak online. sekali broadband kena block. serius shit. mana aku taw gaji masuk 20hb. kalau aku taw, hari tu lagi aku dah bayar! cissss!!

harini aku datang induksi dengan kaki berbalut. bengkang dah ni. tapi tak gi klinik lagi. nasib baik aku naik scooter. pulas je minyak ngan brek kt tangan. kalau bawak moto gear, masak aku. dah la kaki bengkak. haih. tak pe la. aku redha. Allah nak hapuskan dosa2 kecil aku. :)

aku masih memikirkan tajuk untuk pengucapan awam. dah ada tajuk bendanya pulak takde. aaaaa.. kena fikir benda lain ni. apa aku nak cakap? nak cite pasal kisah sedih ada yang melalak kang. idea!! idea!! sila la datang!

Wednesday, December 22, 2010

Induksi - Day 7

pagi tadi aku kena cirit birit & muntah. aku ingat sebab makan satay malam semalam. rupa-rupanya ramai gak yang kena. so aku assume, ia berpunca dari makanan yang kita makan since semua dewan kuliah ada yang kena jugak. so pagi tadi, dengan kudrat yang lemah, aku melangkah jugak la ke dewan induksi walaupun sistem penyahtinjaan ada masalah teknikal. fasilitator suruh aku ngan budak yang cirit birit gi klinik kesihatan. kami pun pergilah. walaupun dia kata mungkin kita kena datang slot pagi ni pada sesi induksi akan datang. wth?

masa kat pusat kesihatan, aku nampak ada dua lagi peserta induksi yang mengalami nasib yang sama. tak pasti sebenarnya punca keracunan makanan. aku syak kerang masa breakfast. then, tunggu la sampai nombor giliran aku terpapar di skrin. bila masuk je bilik doktor, terus dia tanya sakit apa. aku cakap la muntah2 dan cirit birit. pastu dia check anak tekak dan letak stateskop kat perut aku. bukan alat tu untuk check denyutan jantung ke? dia kata perut aku ok je. xde bunyi2. tekak pun ok je. "awak sihat je ni". wtf? takkan aku nak buang masa datang sana semata-mata nak menipu? dia ingat aku suka2 ke nak cirit ni? he really made me pissed off! screw u! aku rasa dia tak beri servis yang baik kepada pesakit.

end up, dia tak nak bagi aku ubat. so, aku mintak la at least dia bagi aku ubat muntah & angin. so aku dapat gaviscon dan stementil. tak dapat ubat cirit birit walaupun tujuan asal aku datang sebab cirit birit. bodoh! since aku tak nak gaduh2, aku diam je la. aku just mintak time slip untuk bukti kepada fasilitator. cara dia bagi aku tu macam aku ni nak mintak sedekah. apa dia ingat aku ni nak tergedik-gedik mintak MC ke? ni la sebab aku malas nak datang pusat kesihatan. lagi bagus kalau gi klinik panel. tak de pun dilayan sehina ni. sampai cakap "awak sihat je ni".

walaupun doktor tu takkan baca blog aku ni, aku just nak bagitahu yang kau patut jalankan tugas yang diamanahkan sebaik mungkin. dalam lagu rasmi kita sendiri pun ada menjelaskan "perkhidmatan kepada watan" kalau macam ni la cara kau memberi servis kepada pesakit, kau secara tidak langsung telah melanggar ikrar aku janji kau. tak amanah & ambil mudah. since dalam opis aku pun, ramai tak suka kau. sebab kau pandang remeh pada orang. kita datang pusat kesihatan sebab sakit. tak de pun orang datang pusat kesihatan sebab nak berseronok.

nota : tak semua doktor annoying macam doktor ni. ada yang baik sangat. mungkin aku unlucky dapat dia pagi tadi. dem!

Monday, December 20, 2010

Induksi - Day 5

whoa! baru balik dari kursus. stay back lagi untuk siapkan sudut kreatif. so far, we did a great job. semua beri kerjasama yang paling cool. ada beberapa orang cakap, semangatnya group kami buat semua ni but after all, aku tak rasa kita nak menang. actually we just enjoy ourselves. aku sangat bersyukur dan happy kerana ditempatkan di dalam kumpulan satu. ahlinya semua best. tadi lepas buat kerja, kami order pizza delivery. makan bertujuh. aku, ain, helmy, sharul, zuhaili, saha & ezzaty. aku rasa enjoy sangat saat tu. tiba2 dalam lubuk hati aku yang paling dalam, aku bertanya pada diri aku sendiri, "kalau induksi dah habis, bila la lagi dapat makan2, bual2 camni kan.." seriously i'm gonna miss the moment I've spent with each of my group member. at first, i thought that they were geek and so on. but i was wrong. the were awesome! sangat awesome! i think i already sayang them as part of my life. hope that we will be close even though induction is over.

i was really exhausted but I'm satisfied for what we have done. :)

Sunday, December 19, 2010

Weekend yang awesome

Lately, i feel that I'm being myself again. i really miss the old me. full of laughter and craziness that you will never thought i was. Aku men pool 4 set td. lama gila tak main benda ni. fuhhh~ pastu layan men bowling 2 set. lane sebelah aku plak ada lelaki2 kachak. fuhh~~ terus men dengan semangat. wahahaha. aku ingat nama yang tertulis kat skrin tu. yarn, khir & adam. aku rasa adam paling hensem. *cuci mata*

pastu terbang ke nusajaya plak. dinner kat malay village. aku baru perasan yang aku suka gila makan pau kari ayam. yummy~ dapat lepak kejap je sebab petang baru aku free. tp enjoy la even dpt lepak kejap. ntah bile lagi aku free lepas ni.


masa untuk tdo. nyte =D

Saturday, December 18, 2010

Apabila Seorang Pemalu Tersenyum

Plan harini berjaya dilaksanakan. tengahari aku gi umah aisyah. ramai sangat staf cict kat sana. pastu boleh pulak makan semeja dengan Mr. X. dia yang join kat table aku. dah la mengadap bagai. adooiii. takut gak suap nasi masuk kat hidung. hahaha. dia bawak someone. perempuan ye. aku ingat awek dia. aku diam je la. pas dia berbual2 ngan opismate aku pung pang pung pang, aku dengar tu kawan dia. apsal aku nak jeles? gedik ah ko jana. ok fine, aku jeles sikit. tak banyak. sikit je. apsal aku jeles pun aku tak tahu. maybe sebab insiden sebelum ni kot.

sambil tunggu yang lain abis makan, mata melilau cari stock yang hensem. ada la dua tiga orang. memang hensem. tapi cuci mata je la. hehe. tengah tengok2 orang sekali terpandang lelaki yang aku minat kat opis. bersama awek dia. mata bertentangan mata jugak pastu aku pandang tempat lain. kecewa tapi buat macam tak ada pape. apsal yang hensem2 sume dah kene kebas? tinggalkan la sorang untuk aku. cissss!

lepas jumpa pengantin, aku terus gerak gi kota tinggi. hujan lebat la pulak. lepak kat kota pun kejap je sebab dah nak senja. otw balik plak jem tak henggat. argh! nasib baik la dalam kereta ada lelaki hensem. rasa macam jem tu kejap je. sementara tunggu jem tu aku cakap la

"kan best kalau ada lelaki hensem bawak kereta lalu kat sebelah ni"

"aik, yang sebelah ko ni tak hensem ke?" ayat market dia.

"hensemnyaaaaaaaaaa" jawab aku sambil pandang muka dia.

terus dia amik bantal yang aku tengah peluk dan tutup muka aku. hahaha. padan muka. sape suruh perasan. aku baru pandang dah tak tentu hala. seronok ok kacau lelaki yang pemalu. tapi aku rasa dia dah ok sikit la. kalau dulu lagi pemalu. nak dengar dia cakap pun susah. nak makan ngadap pun malu. sekarang dah rasa biasa je. aku pun dah anggap dia macam abang aku.

sampai je JB kitorang plan nak karok. yeeehaaa! lepas maghrib, kitorang karok kat ali baba. susah betul nak suruh budak hensem ni nyanyi. penat aku pilih lagu. last2 dia nyanyi duet lagu sandarkan pada kenangan je. cis! aku dah pesan suruh dia list down senarai lagu yang dia nak nyanyi sebab dia tekan butang tapi tak tahu tajuk lagu yang nak nyanyi. sabar je la. pape pun, hari ni memang awesome. aku berjaya buat seorang lelaki pemalu tersenyum. tee hee~ =)

nota : apsal dua tiga ari ni aku asik teringat someone? aku rasa cam nak jumpa dia dan cakap "nape muka awk ni comel sgt? awk buat saya tdo tak lena." mengong datang lagi. haha.

Induksi - Day 4

Sepanjang empat hari aku di kursus induksi ni, aku yakin dah berjaya turun berat badan sebanyak 2.5 kg. kenapa ini berlaku? sebab aktiviti dia pack. dari pagi sampai petang dengar ceramah je. pastu siap ada riadah bagai. erobik pulak tu. demm! tak suka sebenarnya tapi terpaksa. tapi, aku tak nafikan makanan yang disediakan memang tip top. mabeles! semalam group aku stay back sampai kul 11 malam untuk siapkan sudut kreatif. penat gila. nasib baik ada sorang lecturer group aku (Dr. Tan) telah sudi membelanja kami KFC. wee wuu~ sankyu Dr.!

haa.. lagi satu aku nak bagitaw. semenjak aku induksi ni, aku telah menganaktirikan lappy aku. tak larat siot. aku rasa macam buruh kasar balik keje je. hahaha. kul 9 da tdo. amacam? ada ciri2 seorang bayi tak? ngeh3. semalam mengada-ngada nak on jugak lappy. tak sampai sejam aku tertdo depan lappy sampai pagi td. padan muka aku. haha.

arini aku akan bz sebab nak attend 2 resepsi perkahwinan. ceh bunyi macam gah je. aku nak g kenduri kawin 2 org opismate. selamat pengantin baru kepada Ruziyana (Ana) dan Aisyah Kadir (Kak Long). semoga bahagia hingga ke akhir hayat. :)

nota : aku dah mula syg dgn kwn2 induksi aku. <3

Wednesday, December 15, 2010

Induksi - Day 1

hari pertama induksi. aku tak kenal sape2 masa daftar. buat muka paling comel dengan harapan ada orang tegur dan jadi kawan aku. yesss! berjaya. ramai gak la aku da kenal harini. dan ada beberapa orang yang hensem dalam group aku. whoa! group aku ramai lecturer yg dah ada phd dan tutor yg tgh amik phd (ok part ni aku rasa kerdil gilaaaaaaa)

aktiviti harini ada sesi suai kenal, lukis gambar sendiri guna tangan yang bukan digunakan utk menulis. hahaha. first time aku lukis muka aku guna tangan kiri. hasilnya, macam harem. hahahahaha. luckily aku ada tahi lalat. trademark la kira tu. ngeh3.

sebenarnya aku nak bagitaw yang kumpulan aku ni skema. sebab ahli dia mostly lecturer. so basicly, i didn't show my true colour and it revealed naturally bila group aku main win-lose-draw. ala, main lukis2 kt white board pastu teka. hah. mula la aku banyak cakap. hahaha.

aku da dapat asaimen utk individu & kumpulan. last time aku bt benda ni thn 2007 la weyh. adoooiiii!

Monday, December 13, 2010

Last Entry For This Year. Perhaps!

tension!!! aku tertinggal handphone kat opis plak. dem! esok dah start induksi. maknanya kalau sempat aku bley amik handphone aku masa lunch hour atau lepas waktu pejabat. baru 2 jam handphone takde depan mata, aku dah cam orang mengong. penat aku cari dalam hand bag takde. aku call takde yang jawab. kalau hilang mau aku pengsan. nasib baik ofismate kata ada atas meja. aku pelik sebab masa nak balik aku dah clear kan meja cun2. yelah, tak masuk opis 2 minggu. mau bos aku kata meja aku cam sarang tikus. ngeh3. penat aku fikir kenapa aku bley tertinggal handphone. ok dah ingat. tadi dura nak mesej kawan dia. so aku kasi la dia guna handphone aku. lepas slide out aku terus balik. banyak sangat makan semut ni. cis!

tadi ada buat majlis untuk staf bersara dan berhenti. ada insiden yang memalukan. muka aku rasa tebal 3 inci. demmmm!!! rasa tak nak jumpa dia lagi kalau boleh. dah la dia sengih2 je masa insiden tu. aaaaaaaaaa.. aku tak nak ingat. benci! *tutup muka*

aku akan mula menjalani kursus induksi bermula 14 - 31 disember 2010. semoga hujan tak turun di pagi hari. mau lencun aku nanti. sila rindu saya =D

nota : tibe2 arini aku ada terkacau 'anak dara' orang. apesal aku kacau dia pun aku tak taw. hahaha. comel jugak eh muka orang kalau malu. ok aku dah merepek.

babai. =)

TQVM

Pertama sekali, terima kasih Ya Allah atas nikmat yang telah kau limpahkan kepadaku. Alhamdulillah. genaplah usia aku 23 tahun pada 12 dis 2010. setiap saat yang aku lalui pada hari itu indah belaka. semuanya suprise. suka! thanks pada effa yang bagi hadiah.. terharu!!! malam 11 dis tu aku bersama tma, ecah, ajiem, anum dan nesz tengok wayang cite hantu kak limah balik rumah. ok sumpah lawak. aku penat sangat3 gelak. rasa nak terputus urat kentut tengok cite tu. then masa dalam kereta, tiba2 keluar lagu saleem - bunga emas. secara auto aku teringat pada seseorang. OMG, aku sangat rindu dia.

lepas tengok wayang, dorang lepak kat danga bay. aku dapat birthday cake dari dorang. siap ada bunga api. ada battle speaker. aku banyak kereta, motor, LELAKI ( i like) hahaha. thank you guys. terharu!!! sayang korang!!

pagi hari lahir aku, mak tiri aku buat sarapan kuey tiaw yang sangat sedap. yummy. aku keluarkan sekali kek yang kawan2 aku bagi malam tadi. ayah aku cam pelik sebab dah potong. aku cakap la dah celebrate malam tadi. dia diam je la.. masa makan tiba2 aku rasa panas, rupanya akak aku slowkan kipas. aku bukak la no. 5 balik speed dia. tiba2 datang la sebiji kek daripada family aku. hahahaha. apsal aku xbley tangkap bab kipas slowkan tu. adehhh.. no wonder la ayah aku tanya bila kek aku dah potong. rupanya family aku pun ada beli kek lain. terharu! terima kasih abah, mak, akak, adik, ikan, arnab, kucing dan ayam. hehehe.

plan harini aku nak hang out dengan yun & alem. whoa, aku dapat kek lagi. baskin robbin la. alhamdulillah. thank you korang. terharu!!! nak tengok wayang tapi tiket tinggal yang malam je. so, kitorang spend time jalan2 je la kt jusco tebrau. makan sushi, dapat tengok abang yang buat sushi tu. hensem la. suka!! malamnya lepak2 umah yun. yun buat roti cheese. yummy! sedap! thank you darling.

tahun ni aku dapat 3 kek. terima kasih kepada semua yang telah membuat aku bahagia di hari lahirku. syukur Alhamdulillah. :)

Sunday, December 12, 2010

23

happy birthday to me.

woohoo!

:)

Friday, December 10, 2010

Kenapa?

Aku tak faham dengan diri aku. Setiap tahun bila hari lahir aku hampir tiba, mesti aku akan rasa macam ni. kemurungan. kenapa? ahh tak faham betul la. kenapa aku tak happy bila hari lahir aku tiba? oh Tuhan, buanglah perasaan ini jauh2. aku mau gembira dan bahagia macam orang lain.

=(

Rindu Mereka

Tiba2 rindu nak hang out dengan mereka. makan2, main bowling, karok. haaaaa.. rindu nya!!!


nota : saje je aku print screen wallpaper lappy aku. nak tunjuk yang aku sangat rindu korang. =D
aku rindu semua kawan2 aku sebenarnya. tma, ecah, ogy, yun dan yang lain. woo hoo!

Wednesday, December 8, 2010

Insiden Sewaktu Servis Motor

whoa. what a tough day. dari pagi sampai petang aku training kerani fakulti. then petangnya main ping pong final. alhamdulillah aku johan. *clap hand* wee wuu~ oleh kerana dah penat, aku malas nak stay main ping pong macam selalu. so aku terus gerak balik sebelum maghrib. isi minyak jap kat shell. kalau sebelum ni, RM10 dapat 5.41L tp sekarang hanya 5.27. heh.

masa nak gerak balik tu aku rasa brek belakang macam dah tak best. aku gi bengkel tempat aku selalu servis scooter aku. macam biasa tukar minyak itam. pastu tukar lining brek belakang. 2 jam lebih gak aku tunggu tak siap2. pastu masa tunggu tu, ade lelaki india duduk depan aku. badan dia shaking sangat ketara. aku macam cuak jugak la honestly. aku rasa dia gian nak hisap dadah tapi motor die rosak plak. kejap2 menggigil. kalau menggigil macam mandi kul 5 pagi tu aku boleh terima la. ni menggigil macam orang tengah gerudi jalan. oh dem. ini sangat menakutkan.

so, aku decide nak tunggu kat luar bengkel je la. berdiri pun berdiri la. janji lelaki india tu tak apa2 kan aku. mau tibe2 dia rodok aku guna pisau ke apa ke. tak ke mati sia2. haih. lepas aku keluar bengkel tu, aku memang terus tak tengok dia tapi ramai orang dalam bengkel tu dah perasan la dia macam tak OK since dia shaking hardly. maybe dia dah tak tahan, terus mengamuk maki2 cakap melayu tak guna, bla3. dia mencarut kaw2 siap aku dengar dia ade sebut paria. adehhh. aku seram. aku tengok pomen betulkan moto dia lama gila. basuh kaberator la, gosok pakai kertas pasir la, cuci la. aku pun tak tahu sebenarnya.

lepas tunggu 2 jam lebih, baru scooter aku siap. penatnya. lapar. sekarang aku sangat penat. ok selamat malam.

fin.

Tuesday, December 7, 2010

Maal Hijrah

Salam maal hijrah 1432H. hari ini 1 muharam 1432H bersamaan dengan 7 Disember 2010. Plan hari ni nak tengok wayang cite ngangkung dan harry potter. Aku berazam untuk menjadi insan yang lebih positif. selamat bercuti =D

nota : sedang gila mendengar lagu hijau daun - suaraku berharap!

update - semua wayang tutup. buka lepas pukul 7 malam. last2 lepak kat jusco tebrau je. kempunan nak tengok wayang. aiseyh..

Friday, December 3, 2010

Dilamar?

Harini first day aku lawan ping pong wanita single. alhamdulillah aku menang straight 3 set. next week akan ke semi final. seronok dapat join aktiviti sukan camni. rasa badan sihat sangat. heeee~

petang tadi, aku keluar dari toilet. tiba2 kawan aku datang kat aku dan terus cakap,

"Awak, Mr.X cakap, kalau awak jadi girlfriend dia, dia sanggup. eh, maksud kita dia NAK. Kita tanya la nape dia suka awak. Dia kata awak comel." kata kawan aku.

"Emm, jap eh awak. Kita nak letak barang jap." jawab aku sambil fikir apa yang dia cakap tapi aku masih blur sebab tiba2 je dia cakap camtu.

"OK. janji eh awak datang bilik kita jap lagi?" tanya kawan aku.

"OK" jawab aku ringkas.

lepas letak barang, aku terus datang bilik kawan aku. kebetulan kawan aku dan Mr.X tengah berbual2. aku cool aje la. masuk bilik dan terus tanya kawan aku tu balik lambat ke. Dia macam saje nak kenenkan aku ngan Mr.X. Aku faham tapi buat2 tak faham sebab aku rasa seronok sangat situasi tu. Bila aku tengok muka Mr.X, dia terus pandang laptop dan muka dia jadi merah padam. Orang nya putih. Sebab tu boleh nampak muka dia kaler merah ye.

Aku tak nak buat suasana tegang so aku ajak Mr.X main ping pong. Kawan aku mencelah dan bagitaw yang Mr.X nak cakap sesuatu tapi dia diam. pastu dia cakap

"tengok ni muka aku dah merah. malu" jawab Mr.X.

aku senyum je la tengok dia. pastu aku cakap,

"Jom main ping pong. Aku tunggu ko kat luar eh?" kataku ringkas.

Tiba2 kawan aku cakap tak best sebab panggil aku, kau. So aku tukar la ayat tu

"Awak, kita tunggu awak kat luar eh?"

"Haa.. macam tu la." jawab Mr.X.

Aku senyum dan terus keluar. hahaha. fun jugak eh rasa camni. yelah, aku ni kan biasa2 je. tak sangka ada orang suka. terharu sebenarnya.

:)

Wednesday, December 1, 2010

Foot Detox Patch

Hello.. hello baby you called i can't here a thing.

hehe. menyanyi la pulak. semalam aku try produk baru iaitu foot detox patch. aku beli online dengan harga RM20. ada 10 keping di dalamnya. Nak beli kinohimitsu macam belum mampu. so, ni je la yang termampu.

first time pakai aku rasa cam ada benda lalu kat tapak kaki. huhu. macam best je. aku pun sarung la stoking sebab kebetulan semalam sejuk gila. ape lagi terus ngorok la kan. hehehe. bila bangun pagi, aku terus bukak benda tu. ni la hasilnya. sisa toksid yang dinyahkan.


banyak nye toksid. erk! ada minyak2 dan baunya busuk gila. hahaha. tapi rasa cam ringan sikit badan. malam ni nak pakai lagi la. heee~ =)