Wednesday, December 22, 2010

Induksi - Day 7

pagi tadi aku kena cirit birit & muntah. aku ingat sebab makan satay malam semalam. rupa-rupanya ramai gak yang kena. so aku assume, ia berpunca dari makanan yang kita makan since semua dewan kuliah ada yang kena jugak. so pagi tadi, dengan kudrat yang lemah, aku melangkah jugak la ke dewan induksi walaupun sistem penyahtinjaan ada masalah teknikal. fasilitator suruh aku ngan budak yang cirit birit gi klinik kesihatan. kami pun pergilah. walaupun dia kata mungkin kita kena datang slot pagi ni pada sesi induksi akan datang. wth?

masa kat pusat kesihatan, aku nampak ada dua lagi peserta induksi yang mengalami nasib yang sama. tak pasti sebenarnya punca keracunan makanan. aku syak kerang masa breakfast. then, tunggu la sampai nombor giliran aku terpapar di skrin. bila masuk je bilik doktor, terus dia tanya sakit apa. aku cakap la muntah2 dan cirit birit. pastu dia check anak tekak dan letak stateskop kat perut aku. bukan alat tu untuk check denyutan jantung ke? dia kata perut aku ok je. xde bunyi2. tekak pun ok je. "awak sihat je ni". wtf? takkan aku nak buang masa datang sana semata-mata nak menipu? dia ingat aku suka2 ke nak cirit ni? he really made me pissed off! screw u! aku rasa dia tak beri servis yang baik kepada pesakit.

end up, dia tak nak bagi aku ubat. so, aku mintak la at least dia bagi aku ubat muntah & angin. so aku dapat gaviscon dan stementil. tak dapat ubat cirit birit walaupun tujuan asal aku datang sebab cirit birit. bodoh! since aku tak nak gaduh2, aku diam je la. aku just mintak time slip untuk bukti kepada fasilitator. cara dia bagi aku tu macam aku ni nak mintak sedekah. apa dia ingat aku ni nak tergedik-gedik mintak MC ke? ni la sebab aku malas nak datang pusat kesihatan. lagi bagus kalau gi klinik panel. tak de pun dilayan sehina ni. sampai cakap "awak sihat je ni".

walaupun doktor tu takkan baca blog aku ni, aku just nak bagitahu yang kau patut jalankan tugas yang diamanahkan sebaik mungkin. dalam lagu rasmi kita sendiri pun ada menjelaskan "perkhidmatan kepada watan" kalau macam ni la cara kau memberi servis kepada pesakit, kau secara tidak langsung telah melanggar ikrar aku janji kau. tak amanah & ambil mudah. since dalam opis aku pun, ramai tak suka kau. sebab kau pandang remeh pada orang. kita datang pusat kesihatan sebab sakit. tak de pun orang datang pusat kesihatan sebab nak berseronok.

nota : tak semua doktor annoying macam doktor ni. ada yang baik sangat. mungkin aku unlucky dapat dia pagi tadi. dem!

2 comments:

hafiz-Taichou said...

hoh.. betol betol betol .. ramai yg saket perot.. naseb baek aku tak saket perot..

fuh.. fuh..

nuyuljana said...

huhu. ko makan kt sane pn skip2. mmg la xkena.

apsal aku da lama xnmpk ko? rindu plak kt ko. nk tnye soalan kt formspring dah disable anonymous. ahahaha. =P