Sepanjang empat hari aku di kursus induksi ni, aku yakin dah berjaya turun berat badan sebanyak 2.5 kg. kenapa ini berlaku? sebab aktiviti dia pack. dari pagi sampai petang dengar ceramah je. pastu siap ada riadah bagai. erobik pulak tu. demm! tak suka sebenarnya tapi terpaksa. tapi, aku tak nafikan makanan yang disediakan memang tip top. mabeles! semalam group aku stay back sampai kul 11 malam untuk siapkan sudut kreatif. penat gila. nasib baik ada sorang lecturer group aku (Dr. Tan) telah sudi membelanja kami KFC. wee wuu~ sankyu Dr.!
haa.. lagi satu aku nak bagitaw. semenjak aku induksi ni, aku telah menganaktirikan lappy aku. tak larat siot. aku rasa macam buruh kasar balik keje je. hahaha. kul 9 da tdo. amacam? ada ciri2 seorang bayi tak? ngeh3. semalam mengada-ngada nak on jugak lappy. tak sampai sejam aku tertdo depan lappy sampai pagi td. padan muka aku. haha.
arini aku akan bz sebab nak attend 2 resepsi perkahwinan. ceh bunyi macam gah je. aku nak g kenduri kawin 2 org opismate. selamat pengantin baru kepada Ruziyana (Ana) dan Aisyah Kadir (Kak Long). semoga bahagia hingga ke akhir hayat. :)
nota : aku dah mula syg dgn kwn2 induksi aku. <3
No comments:
Post a Comment