Tuesday, May 31, 2011

Smash

Petang tadi main ping pong. Perghhh.. lama jugak tak main. Masing-masing skill dah berkarat. haha. Aku satu team dengan Hafiz (memang nama sebenar) menentang Dura (nama timangan) dan Arep (nama samaran). Mereka bertiga memang pandai smash. Aku seorang je tak reti smash. demm! Harini aku asyik kena smash aje kat badan. Woi, apsal dengki aku je ni? Siot la. Masa tengah main tiba-tiba aku dapat peluang smash, apa lagi terus smash dan dusshhh! berjaya smash dan bola melantun kena pipi kiri dura. Dia tutup pipi dia dan masih boleh bertahan. Then, sambung main dan aku smash lagi. Kali ni macam replay smash tadi tapi kali ni kena pipi kanan dura. Sumpah aku tak sengaja. Terus dia tak nak main lagi. Aku dah mintak maaf. Mungkin sakit sangat. Sebab tu dia tak nak main lagi. So sorry girl. I didn't mean it. For the record, aku pernah kena smash kat mata. Berjujuran air mata tahan sakit. Nasib baik ada lelaki pujuk, terus tak sakit dah. Haha. Gedik punya statement. Mata aku merah la weyh lepas tu. Pffttt!

nota : Result peperiksaan perkhidmatan dah keluar. Result aku? Ce teka! Ce teka! hehe. Alhamdulillah. Lulus dengan cemerlang. Ok tipu. Dia tulis lulus je. haha. Terima kasih kepada semua yang banyak membantu. =)

Monday, May 30, 2011

Take A Nap

Aku mengantuk gila harini. Mungkin sebab aku tido lambat malam tadi. Tak boleh handle la. Aku pekena tido jap masa lunch hour. Memang tak sedar langsung. Dapat pulak peluk bantal busyuk, perghhhh. Nyenyak gila. Tak taw la berdengkur ke tak. Aku tersedar lambat jugak. Bangun-bangun je, aku dah buat peta. hahahahaha. The best nap for this year so far. Harap-harap kawan lelaki yang duduk depan partition aku tak perasan air liur basi tadi. malu nya! Aku tersedar sebab dengar bunyi hampagas. Cis, serta merta aku bangun macam orang kena karen. Terkejut taw! Waaaa. aku sangat blur dan clumsy harini.

************

Dinner tadi, abah tanya aku

"nak mata ikan?" sambil tunjuk mata ikan karachi.

"eeee. abah ni dengki la"

abah gelak je. Aku cuma reti makan isi ikan. Bahagian lain aku tak reti makan. Abah memang suka menyakat. Tapi aku suka. Abah nampak comel. Begitu juga anak bongsunya. Sayang abah!

nota : bibir kena mata ikan, mata pedih dan merah. simptom apakah ini? Aku perlu sihat. Be strong girl! Ajaaaa! Fighting!

Who Am I

Aku baru sedar aku seorang yang panas baran, serius dan boros.

Bukti aku panas baran :
Aku cepat naik angin kalau adik aku suka serakkan rumah. Lagi-lagi lepas aku kemas rumah. Memang aku mengamuk satu rumah. Ye, memang aku panas baran tapi aku jarang tunjukkan. Kalau boleh, aku memang tak nak tunjukkan sebab I bet you guys won't like it because I will be so mean.

Bukti aku serius :
Aku akan membebel kalau kakak aku buat perangai macam budak-budak. Tak taw la sebab aku ni berfikiran matang atau terlalu serius. Kawan kepada kakak aku dan kawan aku pun cakap aku garang macam aku ni kakak dan kakak aku tu adik. Demm. Aku rasa macam aku ni tak cool.

Bukti aku boros :
Aku memang boros. Biasanya hari gaji aku akan bayar semua hutang dan kira gaji bersih. Bila dah taw gaji bersih, mula lah aku boros. This is my bad habit. Semua benda yang aku berkenan, semua aku nak beli. Tadi aku try kasut crocs kat KSL City, berkenan satu kasut ni. Harga RM209. Nak sangat. Nak beli ke tak? Nak beli ke tak? *Sigh*

I'm not a perfect person. I make mistakes and I have weaknesses. Terima lah aku seadanya.

nota : Tadi tengok pirates of caribbean. I love Johnny Depp. Sangat cool. *hidung keluar darah* Ok lah, dah pukul dua pagi ni. Apa kes aku tido lagi. heh.

Saturday, May 28, 2011

What To Do?

Bila aku di atas jalan raya, aku suka bawak motor sambil usha-usha kereta. Tak kesah la kereta tu overtake aku ataupun sebaliknya. Suka tengok nombor plate dan jenis kereta. Kalau dulu aku cuma kenal kereta wira dan kancil, kini dah upgrade dah kenal kereta toyota innova, starex, honda civic dan sebagainya. Tapi sampai sekarang, aku tak taw perbezaan kereta proton iswara dan proton saga lama. Sadis kan? Can anyone help me?

Tak taw la semenjak dua menjak ni aku suka tengok ada satu jenis kereta ni. Bila nampak je kereta tu, secara auto aku akan teringat seseorang dan senyum sendiri. Aku mengharapkan itu adalah kereta dia. haha. Mengong! Dapat tengok bontot kereta pun jadi. Haih. Parah dah ni. What to do? Harap-harap simpton ni pulih dengan cepat. Takut silap hari bulan aku tercium bontot kereta pulak. Bukan sebab aku horny nak cium bontot kereta tapi sebab aku khayal. Statement kena jelas. hahaha.

nota : kepada yang berkenaan, thanks for the trust you put on me. Lega rasanya. =)

Friday, May 27, 2011

Why So Serious?

Semalam aku dengan kawan aku pergi Maybank. Nak cash deposit untuk bayar tiket flight holiday tahun depan. Since kawan aku drive dan parking full, aku tolong la buatkan cash deposit tu. Depan aku ade dua orang. Lama gak la tunggu. Bila sampai turn aku, lepas masuk duit, ada bunyi mesin kira duit tu. Tiba-tiba dia keluar skrin "Please contact 1800 88 6688. Out of service. WTF!! Apsal kau buat perangai di saat begini. Sungguh tidak kelakar. Dah la promotion tengah murah. Selalu kalau duit terkelepet, mesin akan reject duit tu, ni dia telan semua. Aku nak mencarut so badly saat tu. Dah la orang kat belakang aku semua mengeluh. Ada la 3-4 orang. Bengang!

Aku pergi kat kereta cakap kat kawan aku duit kena telan. Dia tak percaya. Demm! Apsal semua orang suka anggap apa yang aku cakap adalah suatu gurauan. Bab serius aku tak suka melawak kot. Bila aku call hotline tu pulak, takde orang nak angkat. Sila tunggu sebentar memanjang. Hangin. Pung pang pung pang ada lah setengah jam settle kan benda ni. End up, kitorang lepak mamak. Bukak laptop, cucuk broadband, google website air asia. Sambil google pekena teh ais dengan roti nan cheese cicah kima. fuuuuuuu! ni roti nan terbaek yang pernah aku makan. Lembut gila. *meleleh air liur* naissss la.

Sambil usha harga tiket flight, aku usha blog kawan aku. Aku syak entri yang dia tulis tu ada ditujukan untuk aku. Aku malas nak take it serious sebab bila aku serius, apa pun tak boleh! haha. Bagi aku, owner blog ada hak untuk tulis apa yang terlintas di kepala. Tanpa sempadan selagi tidak melampaui batas. Tulis lah apa yang nak ditulis. It's all yours. Tapi susahlah kalau nak control siapa yang singgah blog kita kalau blog kita tu public. Satu dunia boleh baca. Tak kesah la yang singgah tu kawan yang memang dikenali atau kawan di alam maya. Ramai je kawan aku yang taw blog aku, tapi tak semua orang akan baca. Siapa yang rajin dan concern je la yang akan baca. Sebab tu aku tak private blog. Sebab aku taw takde orang nak baca blog aku ni. Kalau ada pun mungkin kawan kamcing, skandal atau abang yang nak jadikan aku adik angkat. haha. Terima kasih banyak-banyak sebab luangkan masa baca isi hati aku. ;)

nota : kepada yang berkenaan, jangan bimbang, aku tak pernah promote blog ko kat sesiapa. I thought you were so damn funny based on what I heard about that 'buatan orang' thing, but since you are too serious about it, I have nothing to say except, barang yang lepas jangan dikenang. I'm sorry.

Wednesday, May 25, 2011

Bliss

Pagi ni aku check email, rasa nak menjerit kuat-kuat sebab dapat notification someone yang aku add kat facebook dah approve. Someone yang aku minat. *menjerit dalam hati* Terus semangat buat kerja walaupun aku tak sempat nak stalk facebook dia. Aku senyum sampai telinga sebab happy. Terima kasih sebab sudi approve saya. Saya akan stalk awak hari-hari bila saya free. heeee~

Lunch harini aku keluar dengan kawan lelaki. whoa! Ni first time ni lunch dengan lelaki. Actually kawan satu ofis. Saje nak belanja dia sebab dia dah nak berhenti kerja. Dia dah banyak membantu dalam sistem yang telah aku bangunkan. Jasamu dikenang. He's like a brother to me. Dia sangat best sebab kasi aku drive kereta dia masa aku baru dapat lesen kereta haritu. Dia jugak yang ajar aku main ping pong. Saje aku petik gambar ni sebagai kenang-kenangan. Mana taw lagi 10 tahun aku baca balik entri ni sambil tersenyum. =)

Tuesday, May 24, 2011

Aktiviti Hujung Minggu

Hujung minggu haritu, aku kemas bilik. Belek-belek jumpa purse lama, ada terselit gambar ex-boyfriend. OMG! Dah lima tahun baru aku tengok balik gambar tu. Perasaan aku? Takde perasaan. Aku dah lupa banyak perkara tentang dia. Nama dia aku still ingat tapi birthday dia aku dah lupa. Bulan dua belas dekat-dekat dengan birthday aku tapi aku tak sure bila. Padahal aku ni bab birthday orang sangat alert. Pastu jumpa hadiah birthday yang skandal kawan bagi. Adik aku suka main hadiah tu. Siap hafal lagu tu kalau dipusingkan. Aku tak taw la nama benda tu. Ala, kalau pusingkan kuncinya keluar lagu. Paling best, belek album masa aku kecik. Dem cute! hahaha. Ok takde la cute mana. Nak tengok ke? Nah!


Ni gambar masa umur 1 tahun

Haaa.. dua tiga hari lepas aku ada mimpi seram. Mula-mula mimpi hantu, lepas terjaga aku tido balik. Then aku mimpi kena buang kerja pulak. demm! Apa punya mimpi ni. Kasi stress aje. Cuba la kasi mimpi orang yang aku suka ke, ceria sikit hidup aku. haha. Lagi satu, semenjak dua menjak ni aku selalu mengalami dejavu. Tadi pun aku ada mengalaminya. Dan bila aku rasa dejavu, secara auto mulut aku akan menyebut dejavu dalam nada berbisik. Kenapa eh?

Monday, May 16, 2011

Bowling Time

Hari Sabtu lepas, aku ada join perlawanan bowling sempena hari guru. UTM menjadi jemputan khas. Seramai lima orang wakil UTM yang hadir. Aku salah seorang daripadanya. Last time aku main bowling rasanya tahun lepas. Tahun ni memang belum pegang bola bowling lagi. Kalau dah lama tak main confirm la ke laut longkang jawabnya. Hahaha. Aku memang tak pro pun main bowling ni. Just for fun. Since group aku memang ada yang expert main bowling, aku rasa yakin la sikit. eceh! haha. Tapi main tetap ke longkang jugak. Bola spare kat kanan, aku gi baling ke kiri. Aku juling kot? ahahaha. Siot! Tapi memang best la. Actually ni part of my learning curve. Lepas ni aku akan baling bola start dengan kaki kanan dan baling pada arrow ketiga dari kanan. Haa.. aku dah share knowledge ni. Nanti kalau gi main bowling boleh la praktikkan. hee~

Keputusan akhir menyaksikan team UTM berjaya merangkul tempat ketiga. huhu. Penyumbang kuat mesti lah yang pro kan. Aku ni sekadar di pinggiran. Boleh camtu? haha. Harap dapat main lagi next time. Terima kasih banyak-banyak kepada yang pelawa untuk join perlawanan ni. I had lots of fun. Thanks sebab concern pasal saya. Saya amat menghargainya. Thank you! =)

Thursday, May 12, 2011

This Is The Best Feeling

Harini hati aku rasa gembira sangat. Tak taw kenapa. Nak kata ada benda yang best, tak jugak. Biasa-biasa aje. Mungkin terbawak-bawak mood happy semalam kot? Mungkin. Ke sebab aku dapat solve coding yang agak susah harini? Mungkin. Ke sebab bos aku takde? errrrr.. No komen. Tapi aku yang pasti, I'm being myself again. Allah lapangkan dada aku seluas-luasnya. Terima kasih Allah atas ketenangan yang kau berikan. Syukur Alhamdulillah.

****************************

Semalam aku bukak peti ais kat umah. Perghhhh terbaek la dia punya sejuk. Nak-nak tengah musim panas camni. Aku siap cakap kat ayah aku,

"Abah, I nak duduk dalam peti ais boleh tak?"

Abah gelak je.

"Masuk la kalau muat" jawab mak tiba-tiba.

"Cis!"

Wednesday, May 11, 2011

Jamming

Dalam hidup aku, tak pernah pun aku tengok orang jamming live. Kalau ada pun, main gitar elektrik je la. Full set tak pernah. Harini sangat bermakna buat aku. Aku tak pernah terfikir dapat tengok orang jamming sebab aku takde member lelaki yang rajin jamming. Tiba-tiba ada orang ajak tengok jamming. Aku pun gi la. Happening sebab lead guitar dia sumpah awesome! Aku pun dah terjebak nyanyi sekali. ahaha. Enjoy. Paling aku tak terfikir, jamming kat ofis. ahahaha. OMG! This is totally awesome. Dapat try guitar elektrik Ibanez. *menjerit* Dapat try main drum *menjerit lagi*

Guys, thanks for giving me opportunity. I'm afraid that I've fall for you, incik gitaris. Anda sungguh hebat. Kagum. Gila. Argh! *koma*

Awesome Breakfast

Pagi tadi ada orang ajak aku breakfast. Lelaki. *mata bersinar-sinar* First time kot aku breakfast dengan lelaki sepanjang aku kerja kat sini. Gi berempat. Tiga lelaki seorang perempuan. Aku la yang perempuannya. hehe. Takde la rasa malu sangat sebab aku memang kenal mereka walaupun berlainan unit. First time gi tempat makan tu. Memang sedap tapi tempatnya agak jin bertendang. Dia punya mee bandung fuhhh. Tip top. Pagi-pagi makan mee bandung? haha. Tapi cool ok. Aku order nasi goreng telur goyang. Nasi dia banyakkkkk sangat. Penuh satu pinggan. Tak terhabis weyh! Perkara yang aku nak highlight di sini ialah aku rasa terharu bila orang lain makan mee bandung tapi letak udangnya kat pinggan aku. Gosh! Anda buat saya rasa macam saya ni anak anda. *menangis*

Then one more thing, aku terharu bila lelaki cakap "aku kan ada". Aku faham maksud dia supaya aku tak payah segan sangat sebab dia ada di sisi tapi aku sedih sebab orang yang cakap tu dah nak berhenti kerja bulan depan. I'm gonna miss you! Lepas ni dah takde kawan nak gurau-gurau, nak main ping pong. Arghhh.. I wish I could stop you. If this is the best choice, my pray will always with you.

Tuesday, May 10, 2011

Hati Berbunga

OMG! OMG! OMG! Aku sangat excited. Sebab terserempak dengan lelaki yang aku minat. Tadi lunch aku saje lepak-lepak kat anjung dengan kawan-kawan. Sekali tengah mata melilau aku ternampak kelibat dia tengah berjalan. Terus anak mata aku mengekori kelibat dia sampai hilang dari pandangan mata. Kali terakhir aku jumpa dia dua bulan lepas. Masa main ping pong dengan budak praktikal hari Ahad dua bulan yang lalu. Dia ni roomate budak praktikal tempat aku. Aku sangat suka bau perfume dia. Kalau anda mengikuti entri aku yang lepas-lepas, mungkin anda akan terbaca mengenai beliau. OMG! Aku sangat excited gila kentang ni. Dua bulan lepas aku stalked dia kat facebook tapi dia dah deactivate. Baru kejap ni aku saje try search, dia dah activekan balik la weyh. *lompat-lompat tanda happy gila* tapi aku tak add la walaupun aku suka dia. Then masa nak naik ke ofis tadi, aku terserempak dengan dia. Aku sangat teruja. Macam nak pengsan tapi control. Aku siap tegur,

"Tak main ping pong ke?"

Dia sengih je. Sweet nya dia senyum. Gigi tersusun je. Tu yang buat aku mengong jap. *menjerit* Ok dah. Nak sambung buat kerja dengan penuh semangat dan hati berbunga-bunga. haha. Ye, kadang-kadang aku memang gila-gila. *senyum sorang-sorang*

nota : pagi tadi tiba-tiba hujan lebat masa aku tengah on the way ke ofis. Basah kuyup. Orang lain sibuk berteduh di jejantas sambil pakai baju hujan. Aku pulak berteduh sambil pegang laptop. Haih! Dugaan! Takpe. Dah heal since aku jumpa dia. woot woot~

Monday, May 9, 2011

Something That I've Just Realize

Semalam aku ada terbaca status kawan aku kat facebook. Ayatnya macam nak bagitaw yang dia sedang menghadapi kesukaran membuat pilihan. Tapi, aku malas nak komen. Sebab aku prefer untuk jadi stalker. Baru kejap ni aku ternampak foto kawan aku, tunang dia dan schoolmate dia tengah pilih wedding planner kat pameran pengantin yang ditag oleh kawan aku yang memang pro dalam bidang fotografer. Kira dia snap gambar curi masa kat pameran tu. Memang expertise orang yang ada camera untuk ambil gambar curi orang lain. Aku pun akan buat camtu kalau aku ada camera. haha.

Tapi apsal tiba-tiba aku agak terasa hati. Bukan sebab kawan aku tu nak kawen. I'm so happy for her. Aku just kecil hati sikit sebab dia tak ajak aku gi sama-sama. Sebelum ni, apa-apa benda pun kami kongsi bersama. Kesedihan dia adalah kesedihan aku. Begitu juga sebaliknya. Aku mesej dia hari-hari walaupun hanya nak tanya dia tengah buat apa. Tapi sekarang dah berubah. Aku dah jarang hang out dengan dia. Dah tak mesej langsung. Dah tak mesra macam dulu. Apa punca semua ni?

Mungkin kah aku terlalu sibuk dengan kerja sampai aku abaikan dia? OMG. Aku kecil hati sebab dia tak ajak aku gi pameran pengantin tu. Tapi at the same time aku salahkan diri aku sendiri sebab tak luangkan masa dengan kawan-kawan. Aku admit benda tu. Semua kawan aku merungut aku asyik kerja je. Semua! Ok aku taw tu salah aku. Tapi, tanggungjawab aku memang lebih berat sekarang. Life aku dah tak macam setahun yang lalu. Kawan-kawan, maafkan aku. Aku tak taw camne nak pulihkan keadaan agar hubungan kita akrab macam dulu.

OMG, I just realize what I've missed in my life. Ok, first thing. Aku nak mesej kawan aku ni dulu. I miss her la weyh. We shouldn't be apart this way. Never! Aku perlu muhasabah diri dalam pelbagai perkara.

nota : Harini ada orang nak belanja karipap tapi aku segan. Orang ajak makan semeja pun aku segan. OMG, aku pemalu rupanya. Tak perasan langsung sifat semulajadi tu. Maaf la. Bukan tak sudi. Mau tapi malu. haha. Gedik la ko Jana! Next time la kot. Next time ajak lagi eh abang. =D

Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari Ibu

Hello. Aku baru je dapat bukak blog harini since aku baru balik dari Melaka. Ada bengkel. Penat sebab jadual sangat pack sampai aku tak sempat nak jalan-jalan sekitar Melaka. Paling jauh pun gi Mahkota Parade je la sebab hotel aku depan Mahkota Parade. Sepanjang tiga hari kat sana, memang kena fokus dengan presentation la. Penat. Serius.

Harini hari ibu. Aku nak wish selamat hari ibu kepada semua yang bergelar ibu. Aku rindu arwah ibu. Dan harini roomate aku kat UiTM Jengka telah kehilangan ibunya. Takziah Suryani Mohd Som. Dia dah kehilangan tempat bermanja sebab arwah ayahnya dah meninggal sebelum dia melihat dunia. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Amin.

Sehari sebelum aku ke Melaka, aku dah jumpa pakar telinga kat HSA. Alhamdulillah gegendang telinga aku tak berlubang. Cuma kena jangkitan kuman. So, doktor guna vakum untuk bersihkan telinga. OMG, sakit. Terpaksa pejam mata rapat-rapat. Lepas ni doktor tak kasi aku guna cotton bud lagi. Kalau nak korek telinga kena guna berus jamban. haha.

Ok la, aku sangat blur malam ni. Rasa macam di awangan lagi. Nak berehat dan dating dengan gitar. Sampai jumpa lagi. Babai!

Tuesday, May 3, 2011

Menaip di Kala Hujan

Buat masa sekarang, aku akan jarang update blog. So, jangan tunggu entri dari aku ok. Sebab aku sedang melalui proses pemulihan jiwa. hahaha. Perlu ke? Terima kasih kepada korang yang prihatin dengan diri aku. Terharu sampai menangis tak bersuara. Thanks a lot kepada korang semua. Sekarang aku dah ok sikit. Dari minggu-minggu yang sebelum ni. Sangat tough untuk aku lalui. Alhamdulillah ia telah berlalu. Aku bersyukur sebab ada jugak orang yang prihatin dengan aku. Serius! Terima kasih.

Aku dah lama tak ambil gambar sebab kualiti kamera handphone aku dah tak cantik. Belum ada DSLR so tak boleh la nak berfotogedik. keh keh keh. Tapi kalau ada yang nak hadiahkan, aku amat berbesar hati. Ni gambar aku yang paling latest. Comel kan kawan aku tu. Ye, aku taw. =D


Me & Effa


Cuti hari pekerja ni aku habiskan dua hari untuk tengok cerita korea. Tajuknya Secret Garden. As usual bila dah habis tengok cerita korea, mesti kemaruk dengan hero dia la kan. Standard. Rasa macam back to my previous life. Bahagia! Thank you Allah. Sekarang ni tengah suka gila dengar ringtone dalam cerita korea ni. "Munja Wa Shong" so swwwweeettttt!






p/s - Telinga masih tak boleh dengar. Dugaan. Nak balik tapi hujan lebat. Dugaan. Mak!! Lapar lah.