Semalam aku ada terbaca status kawan aku kat facebook. Ayatnya macam nak bagitaw yang dia sedang menghadapi kesukaran membuat pilihan. Tapi, aku malas nak komen. Sebab aku prefer untuk jadi stalker. Baru kejap ni aku ternampak foto kawan aku, tunang dia dan schoolmate dia tengah pilih wedding planner kat pameran pengantin yang ditag oleh kawan aku yang memang pro dalam bidang fotografer. Kira dia snap gambar curi masa kat pameran tu. Memang expertise orang yang ada camera untuk ambil gambar curi orang lain. Aku pun akan buat camtu kalau aku ada camera. haha.
Tapi apsal tiba-tiba aku agak terasa hati. Bukan sebab kawan aku tu nak kawen. I'm so happy for her. Aku just kecil hati sikit sebab dia tak ajak aku gi sama-sama. Sebelum ni, apa-apa benda pun kami kongsi bersama. Kesedihan dia adalah kesedihan aku. Begitu juga sebaliknya. Aku mesej dia hari-hari walaupun hanya nak tanya dia tengah buat apa. Tapi sekarang dah berubah. Aku dah jarang hang out dengan dia. Dah tak mesej langsung. Dah tak mesra macam dulu. Apa punca semua ni?
Mungkin kah aku terlalu sibuk dengan kerja sampai aku abaikan dia? OMG. Aku kecil hati sebab dia tak ajak aku gi pameran pengantin tu. Tapi at the same time aku salahkan diri aku sendiri sebab tak luangkan masa dengan kawan-kawan. Aku admit benda tu. Semua kawan aku merungut aku asyik kerja je. Semua! Ok aku taw tu salah aku. Tapi, tanggungjawab aku memang lebih berat sekarang. Life aku dah tak macam setahun yang lalu. Kawan-kawan, maafkan aku. Aku tak taw camne nak pulihkan keadaan agar hubungan kita akrab macam dulu.
OMG, I just realize what I've missed in my life. Ok, first thing. Aku nak mesej kawan aku ni dulu. I miss her la weyh. We shouldn't be apart this way. Never! Aku perlu muhasabah diri dalam pelbagai perkara.
nota : Harini ada orang nak belanja karipap tapi aku segan. Orang ajak makan semeja pun aku segan. OMG, aku pemalu rupanya. Tak perasan langsung sifat semulajadi tu. Maaf la. Bukan tak sudi. Mau tapi malu. haha. Gedik la ko Jana! Next time la kot. Next time ajak lagi eh abang. =D
No comments:
Post a Comment