Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari Ibu

Hello. Aku baru je dapat bukak blog harini since aku baru balik dari Melaka. Ada bengkel. Penat sebab jadual sangat pack sampai aku tak sempat nak jalan-jalan sekitar Melaka. Paling jauh pun gi Mahkota Parade je la sebab hotel aku depan Mahkota Parade. Sepanjang tiga hari kat sana, memang kena fokus dengan presentation la. Penat. Serius.

Harini hari ibu. Aku nak wish selamat hari ibu kepada semua yang bergelar ibu. Aku rindu arwah ibu. Dan harini roomate aku kat UiTM Jengka telah kehilangan ibunya. Takziah Suryani Mohd Som. Dia dah kehilangan tempat bermanja sebab arwah ayahnya dah meninggal sebelum dia melihat dunia. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Amin.

Sehari sebelum aku ke Melaka, aku dah jumpa pakar telinga kat HSA. Alhamdulillah gegendang telinga aku tak berlubang. Cuma kena jangkitan kuman. So, doktor guna vakum untuk bersihkan telinga. OMG, sakit. Terpaksa pejam mata rapat-rapat. Lepas ni doktor tak kasi aku guna cotton bud lagi. Kalau nak korek telinga kena guna berus jamban. haha.

Ok la, aku sangat blur malam ni. Rasa macam di awangan lagi. Nak berehat dan dating dengan gitar. Sampai jumpa lagi. Babai!

1 comment: