Tuesday, May 31, 2011

Smash

Petang tadi main ping pong. Perghhh.. lama jugak tak main. Masing-masing skill dah berkarat. haha. Aku satu team dengan Hafiz (memang nama sebenar) menentang Dura (nama timangan) dan Arep (nama samaran). Mereka bertiga memang pandai smash. Aku seorang je tak reti smash. demm! Harini aku asyik kena smash aje kat badan. Woi, apsal dengki aku je ni? Siot la. Masa tengah main tiba-tiba aku dapat peluang smash, apa lagi terus smash dan dusshhh! berjaya smash dan bola melantun kena pipi kiri dura. Dia tutup pipi dia dan masih boleh bertahan. Then, sambung main dan aku smash lagi. Kali ni macam replay smash tadi tapi kali ni kena pipi kanan dura. Sumpah aku tak sengaja. Terus dia tak nak main lagi. Aku dah mintak maaf. Mungkin sakit sangat. Sebab tu dia tak nak main lagi. So sorry girl. I didn't mean it. For the record, aku pernah kena smash kat mata. Berjujuran air mata tahan sakit. Nasib baik ada lelaki pujuk, terus tak sakit dah. Haha. Gedik punya statement. Mata aku merah la weyh lepas tu. Pffttt!

nota : Result peperiksaan perkhidmatan dah keluar. Result aku? Ce teka! Ce teka! hehe. Alhamdulillah. Lulus dengan cemerlang. Ok tipu. Dia tulis lulus je. haha. Terima kasih kepada semua yang banyak membantu. =)

No comments: