Semalam aku dengan kawan aku pergi Maybank. Nak cash deposit untuk bayar tiket flight holiday tahun depan. Since kawan aku drive dan parking full, aku tolong la buatkan cash deposit tu. Depan aku ade dua orang. Lama gak la tunggu. Bila sampai turn aku, lepas masuk duit, ada bunyi mesin kira duit tu. Tiba-tiba dia keluar skrin "Please contact 1800 88 6688. Out of service. WTF!! Apsal kau buat perangai di saat begini. Sungguh tidak kelakar. Dah la promotion tengah murah. Selalu kalau duit terkelepet, mesin akan reject duit tu, ni dia telan semua. Aku nak mencarut so badly saat tu. Dah la orang kat belakang aku semua mengeluh. Ada la 3-4 orang. Bengang!
Aku pergi kat kereta cakap kat kawan aku duit kena telan. Dia tak percaya. Demm! Apsal semua orang suka anggap apa yang aku cakap adalah suatu gurauan. Bab serius aku tak suka melawak kot. Bila aku call hotline tu pulak, takde orang nak angkat. Sila tunggu sebentar memanjang. Hangin. Pung pang pung pang ada lah setengah jam settle kan benda ni. End up, kitorang lepak mamak. Bukak laptop, cucuk broadband, google website air asia. Sambil google pekena teh ais dengan roti nan cheese cicah kima. fuuuuuuu! ni roti nan terbaek yang pernah aku makan. Lembut gila. *meleleh air liur* naissss la.
Sambil usha harga tiket flight, aku usha blog kawan aku. Aku syak entri yang dia tulis tu ada ditujukan untuk aku. Aku malas nak take it serious sebab bila aku serius, apa pun tak boleh! haha. Bagi aku, owner blog ada hak untuk tulis apa yang terlintas di kepala. Tanpa sempadan selagi tidak melampaui batas. Tulis lah apa yang nak ditulis. It's all yours. Tapi susahlah kalau nak control siapa yang singgah blog kita kalau blog kita tu public. Satu dunia boleh baca. Tak kesah la yang singgah tu kawan yang memang dikenali atau kawan di alam maya. Ramai je kawan aku yang taw blog aku, tapi tak semua orang akan baca. Siapa yang rajin dan concern je la yang akan baca. Sebab tu aku tak private blog. Sebab aku taw takde orang nak baca blog aku ni. Kalau ada pun mungkin kawan kamcing, skandal atau abang yang nak jadikan aku adik angkat. haha. Terima kasih banyak-banyak sebab luangkan masa baca isi hati aku. ;)
nota : kepada yang berkenaan, jangan bimbang, aku tak pernah promote blog ko kat sesiapa. I thought you were so damn funny based on what I heard about that 'buatan orang' thing, but since you are too serious about it, I have nothing to say except, barang yang lepas jangan dikenang. I'm sorry.
No comments:
Post a Comment