Monday, January 23, 2012

Random Typing

Semalam aku sekeluarga ke Singapura. Dah lama rasanya tak ke sana naik kereta. Last time aku ke sana bulan September 2011 tapi naik MRT. Since aku naik kereta, kena lah taw jalan ke rumah sedara. Google map aje rumah nya. Thank you very much Google Map! Map nya memang sahih dan senang. Aku sampai rumah sedara dan tak sesat. Syukur lah. Pandai anak Abah baca map kan? kan? Dah boleh kawen kan? Haha. Sampai rumah sedara, orang senior berbual hal mereka. Aku melayan sepupu aku la main game. Xbox 360 Kinect. First time aku main benda ni. Tak payah pakai controller. Kena diri atas mat warna biru dan gerakkan tangan je. Mula-mula layan bowling. Seronok woo. Lepas tu aku layan Dance Central. Game ni kena menari ikut lagu yang dimainkan. Step dance tu diajar sekali la. Ok yang ni awesome gila! Berpeluh-peluh main. Aku syak berat aku dah turun 2.5kg lepas main game ni. Haha. Abah dengan Mak cakap bagus gak ni beli satu. Boleh main kat rumah. Harga nya lebih kurang $496. Kalau diconvert duit RM, mau dah RM1K ++. *telan air liur* But, I got lots of fun yesterday. Thanks cousin for spending your time.

Kat rumah aku ni tengah mood melayan novel. Satu hari satu novel. Novel yang aku baru habis baca ni tajuknya "Akhirnya Aku Kahwin!" hasil nukilan Herna Diana. Jalan ceritanya best. Ada part yang sedih sampai meleleh-leleh air mata dibuatnya. Memang penulisannya sempoi dan mudah nak menjiwai watak dalam cerita tu. Memang cliche kalau cakap "orang yang kau paling benci tu lah jodoh kau". Jalan ceritanya lebih kurang ayat cliche di atas. Tak rugi lah baca. Aku rasa macam nak baca lagi. Apa pun, jodoh tu adalah ghaib dan aku percaya Allah dah tentukan jodoh setiap manusia kerana setiap manusia yang diciptakan berpasangan. Cuma aku belum taw siapa tulang rusuk aku. Semoga Allah memberikan jodoh yang terbaik buat aku. Amin.

Malam tadi aku kena sakit kepala yang maha dahsyat. Tutup mata pun tak boleh hilang sakitnya. Ditambah dengan hujan lebat dan mercun yang tak henti-henti. Rasa macam ketukan drum di kepala. Sedar-sedar je aku dah tertidur dan tersedar jam 3:27 pagi. Alhamdulillah sakit tu hilang sendiri. Puncanya aku kena hujan renyai-renyai. Orang kata hujan renyai tu lebih bahaya dari hujan lebat sebab kandungan asid hujan renyai tu lebih tinggi. Wallahualam.

1 comment:

RedNema (-_-") said...

Janah. Ko tak tau sape tulang rusuk ko? Ko laki eh? Wakakaka. Patotnye ko tak tau ko tulang rusuk sape.

Lg satu, bila lak kinect ade mat biru? Aku main kinect boleh je diri kat mane2 asalkan dia boleh detect. =D