Monday, June 22, 2009

Balai Seni Nusantara

pernah dengar balai seni nusantara? tak? ok. aku pergi ke sana semalam. lokasinya terletak berdekatan dengan danga bay, johor bahru. pertama kali menjejakkan kaki, aku agak takut-takut. al-maklumlah tempat ini menjual barang-barang misteri yang jarang ditemui. antara barang yang dijual ialah keris. terdapat lebih seratus bilah keris boleh dijumpai di sana. aku tak berani menyentuhnya kerana aku pasti setiap satunya pasti 'bertuan'.

selain itu, ada replika burung cenderawasih tersergam indah di pojok tangga. tahu tak apa itu burung cenderawasih? menurut mitos, burung itu asalnya dari kayangan. khabarnya ada yang sanggup membelinya dengan harga dua juta. wow. menarik bukan? aku juga lihat barang-barang lain seperti cincin batu permata, gelang emas berbentuk ular (mungkin dipakai oleh raden-raden di Indonesia satu ketika dulu), duri landak, kayu gaharu, kulit harimau, alat muzik antik, baju bersulam ayat, wafak, kokka, paku ayat dan macam-macam lagi.

aku juga melihat ade batu bersisik-sisik seperti ikan. ada mata, sisik dan ekor persis seekor ikan. mungkin ikan ini telah disumpah menjadi batu macam dalam lagenda si tanggang. agak lama juga aku berada di sana. aku tiba-tiba sakit kepala kerana mungkin tak 'into' dengan scene macam tu. mungkin itu lah kali pertama dan terakhir aku ke sana. sejauh mana misteri barang-barang itu, aku tak punya jawapannya.

nota : sangat bersemangat ke opis harini kerana berkasut baru. ha ha. ;)

7 comments:

ayampinko said...

mistik konon...nko lapar kan pasal tu sakit pala kan..

xull said...

1: Walaupun cenderawasih tu bernilai 2 juta, tetapi ader lagi satu jenis burung yg tak ternilai harganya. Burung ini dipopularkan oleh Kumpulan Sepah. RL3.

2: Kalo keris tu aku xsure la ada tuan x. Tapi kalo moto Kris, kompem ader tuan punyanya.

fadzil hafiz said...

sebenarnya.saya juga tidak berapa minat ke tempat seperti itu.namun begitu.kekadang saya terasa seperti ingin melihat juga benda-benda misteri.ini normal.

Kapten Luffy said...

takder jin follow ko balik rumah ker?

hahaha

addyaholix said...

cenderawasih. rasanya filem p ramlee pernah bangkitkan perihal burung cenderawasih.

Aloy Paradoks said...
This comment has been removed by the author.
a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

tak yah makan...kompem kurus...gua mmg pantang.....kalo tak makan...