Tuesday, June 9, 2009

Pertama Kali ke Pasar Tani

sudah lama rasanya tidak menjenguk blog aku ni. sangat sibuk semenjak dua ni. terima kasih kepada pengikut yang sudi mengikuti perkembangan blog aku, meninggalkan kesan tapak kasut dan juga membuat pautan blog aku di dalam blog korang. aku sangat terharu. ;)

hari sabtu yang lalu, aku ke pasar tani, larkin untuk mengusha-usha barang dapur. gerak pagi-pagi. antara ahli yang turut serta ialah akak aku, tma, mamat dan amoi. sampai-sampai jew memang ramai orang dah. cari parking terus menyelit dalam kesibukan pasar.

kami mula-mula ke bahagian barang kering. ada jual macam-macam. dari baju, tudung, kain ela, perhiasan, brooch sampai ke pokok-pokok. masa belek-belek tudung, aku ternampak ade abang jual ice blended. macam best jew. memandangkan tekak pun dah kering, aku order la ice blended chocolate dan ice blended honey dew. sambil tengah tunggu siap, aku berbual-bual la ngan abang tu. ade dua orang. sorang blend air. sorang lagi packing.

"abang ada kat sini setiap hari sabtu ke?"

"aah. kalau abang tak ada kat sini, abang ade dekat sebelah sana sikit." sambil tuding jari ke arah kiri gerainya.

"oh, abang tak panas ke ni ngadap matahari?" kebetulan matahari sedang elok membakar diri.

"panas jugak ni"

"ais tak cair ke bang?"
"ais belum cair, rasanya abang yang dah cair ni."

aku senyum aje. tak pasti maksud kata-katanya tadi. usai bayar, aku terus mencari kelibat akak aku. dalam hati, aku memuji gak la ke'macho'an abang tadi. ha ha.

hampir empat jam berjalan, macam-macam kami beli. banyak kedai sudah kemas barang. dah hampir tengahari ni. sebelum balik, kami lalu depan gerai jual dhob. korang tahu tak ape itu dhob? ia sejenis reptilia padang pasir yang hidup di darat. boleh dimakan. memang asyik sebentar tengok dhob dalam sangkar. ala-ala biawak versi padang pasir.

kebetulan sebelah gerai jual dhob ni ade gerai jual racun. aku perasan ada macam-macam racun. dari racun tikus, cicak sampai ke serangga. siap letak replika haiwan-haiwan lagi. tiba-tiba adik aku, mamat bersuara

"yang ni satu berapa?" tanya mamat kepada tauke cina itu sambil mengangkat tikus mainan.

tauke itu hanya tersengih-sengih.
"hahahahahaha" jawab kami serentak.

lekas-lekas blah dari situ. sume dah gelak macam setan! muka masing-masing dah merah. adik sape lah yang sengal lutut bijak sangat ni! tauke tu jual racun, dia boleh nak beli tikus mainan! haih.

12 comments:

haruan tasek said...

adik siapa le yang sengal lutut tu ya... kesian di

miss ahjumma said...

biase le budak²..

zairi said...

ko sengal2 kan adik ko.kesian siot.

bokbon said...

macammana pulak tikus mainan ada kat kedai racun?

nuyuljana said...

haruan - adik aku la tu kot. -_-"

atie - hehe. lawak die memang bt kitorg pecah perut. XD

zairi - wah dah lama xnmpk zairi.

bokbon - mungkin tauke cina tu letak replika tikus supaya dapat beri imaginasi bahawa racun itu utk tikus bukan utk manusia. ;)

Kapten Luffy said...

hahaha

bg jer racun tu

free

ayampinko said...

err..dhob t boleh makan ker..spesis biawakkan..wah mesti sedap..

nuyuljana said...

luffy - hehe. mane ade free. for display only.

ayampinko - memang bole mkn. sume komen ko psl MAKAN aje eh. hahahahaha!

mrblind said...

pakwe tu cair tengok lu ke?heh

nuyuljana said...

haha.

aku pun tak pasti.

die sengih je memanjang.

muka die macho macam ko.

hahahaha.

ayampinko said...

ek..tak pasan la..memang kuat makan aku nie..nie pun ngah makan cokelat 'dier pompuan'...

nuyuljana said...

huhuhu.

kuat mkn badan kurus.

haih~