Harini first day aku lawan ping pong wanita single. alhamdulillah aku menang straight 3 set. next week akan ke semi final. seronok dapat join aktiviti sukan camni. rasa badan sihat sangat. heeee~
petang tadi, aku keluar dari toilet. tiba2 kawan aku datang kat aku dan terus cakap,
"Awak, Mr.X cakap, kalau awak jadi girlfriend dia, dia sanggup. eh, maksud kita dia NAK. Kita tanya la nape dia suka awak. Dia kata awak comel." kata kawan aku.
"Emm, jap eh awak. Kita nak letak barang jap." jawab aku sambil fikir apa yang dia cakap tapi aku masih blur sebab tiba2 je dia cakap camtu.
"OK. janji eh awak datang bilik kita jap lagi?" tanya kawan aku.
"OK" jawab aku ringkas.
lepas letak barang, aku terus datang bilik kawan aku. kebetulan kawan aku dan Mr.X tengah berbual2. aku cool aje la. masuk bilik dan terus tanya kawan aku tu balik lambat ke. Dia macam saje nak kenenkan aku ngan Mr.X. Aku faham tapi buat2 tak faham sebab aku rasa seronok sangat situasi tu. Bila aku tengok muka Mr.X, dia terus pandang laptop dan muka dia jadi merah padam. Orang nya putih. Sebab tu boleh nampak muka dia kaler merah ye.
Aku tak nak buat suasana tegang so aku ajak Mr.X main ping pong. Kawan aku mencelah dan bagitaw yang Mr.X nak cakap sesuatu tapi dia diam. pastu dia cakap
"tengok ni muka aku dah merah. malu" jawab Mr.X.
aku senyum je la tengok dia. pastu aku cakap,
"Jom main ping pong. Aku tunggu ko kat luar eh?" kataku ringkas.
Tiba2 kawan aku cakap tak best sebab panggil aku, kau. So aku tukar la ayat tu
"Awak, kita tunggu awak kat luar eh?"
"Haa.. macam tu la." jawab Mr.X.
Aku senyum dan terus keluar. hahaha. fun jugak eh rasa camni. yelah, aku ni kan biasa2 je. tak sangka ada orang suka. terharu sebenarnya.
:)
1 comment:
wah2.. tahniahhhh~!!
Post a Comment