Saturday, July 30, 2011

Happy Birthday!

Harini aku jumpa member-member ofis lama. Lepas siap kemas rumah, aku lunch dengan mereka. Nan, Fareez dan Conan. Banyak jugak la benda yang kita bualkan. Dah setahun lebih tak jumpa. Rindu zaman aku kerja swasta dulu. I had lots of fun borak-borak dengan dorang. Then jap lagi ni nak gi main badminton kat court KMJ dengan member kamcing pulak. Last week, kau smash perut aku depan budak lelaki kan? Harini aku nak balas balik. Tunggu!! haha. Last week aku terpukul shuttle cock sampai masuk court sebelah. Tak sengaja. Court sebelah tu budak lelaki yang tengah main. Serius aku tak sengaja tapi korang tak percaya. Cis!

Then, harini birthday kawan aku. Happy birthday Hafiz & Abang Azmi. Semoga panjang umur, murah rezeki dan dimakbulkan apa yang dihajatkan. :)



Abang Azmi

Ni kawan jamming aku kat ofis. Hebat main bass!

Wednesday, July 27, 2011

Sayang Dia!

Hari Isnin lepas, aku pergi kerja naik scooter yang bunyi kuat gila. Risau sebab tengah jalan tiba-tiba ekzos bunyi kuat macam motor mat rempit. Prenggg prenggg. Aku dah risau. Ni ada kang yang cakap aku minah rempit. Cet! Aku try cari bengkel tapi tak de satu pun yang dah bukak. Maklumlah, baru pukul 7 lebih, mana ada bengkel bukak awal pagi. So, aku tawakal je sampai ofis. Sebenarnya aku risau gila. Takut kalau tiba-tiba enjin aku terbarai tengah jalan. Naya!

Alhamdulillah sampai jugak aku kat ofis dengan selamat. So, lepas berbincang dengan beberapa orang, aku decide nak hantar ke bengkel area Taman Universiti je. Bila gi bengkel, pomen tu cakap ekzos aku patah. Woohoo! No wonder la bunyi bising. Cover enjin pun patah. Gila ah. Dalam tu lubang yang aku terlanggar hari Jumaat lepas. Aku hantar dalam pukul 10 pagi. Siap dalam pukul 9 malam. Terbaek! Balik kerja terpaksa aku jalan seorang diri kat Jusco Taman U sementara nak tunggu motor siap. Nasib baik ada kawan aku yang teman. Kebetulan aku puasa pulak haritu. Dugaan.

Terima kasih banyak-banyak kepada kawan-kawan yang membantu aku. Thank you. Thank you. Jazakallahu Khairan. :)

*****

Lately, aku perasan kucing aku kat dalam rumah tu makin gemuk. Nama dia badai. Kucing jantan. Aku sayang sangat dia. Kalau balik kerja, first thing yang aku cari adalah dia. Biasanya dia memang tunggu depan pintu rumah. Bukak je pintu terus nampak dia. Mesti nak kena peluk dan cium dia banyak banyak kali baru rasa terubat rindu tu. Kenapa tiba-tiba aku makin sayang dia? Sebab dia makin gemuk. Rasa geram sangat tengok dia. Hobi aku suka gigit telinga dia. Haha. No worries. Every week memang mandikan dia dan korek telinga. Anak-anak dia pun comel. Malam tadi, kitorang satu family tengok tv sama-sama dengan kucing. Sweet sangat moment tu. Aku takde gambar latest Badai. Aku cilok gambar Badai kat fb kakak aku tapi gambar tahun lepas la. Kakak aku suka peluk dia tapi dia akan bising-bising sebab rimas. Aku tak sanggup nak dengar suara Badai mengiau mintak tolong. Kakak aku suka peluk kuat-kuat. Aku cakap kat kakak aku

"Akak, sayang you tu menyakitkan taw tak?"

Kakak aku sengih je.

Hampeh!












Monday, July 25, 2011

Random

Aku malas nak buat karangan harini. So, aku nak cerita dalam bentuk point.

  • Bangun pagi, online guna broadband yang slow gila hingga menyebabkan aku mengambil keputusan untuk offline dan bukak winamp kuat-kuat sambil kemas rumah.
  • Aku baru first time tune gitar guna online. Awesome jugak rasanya. Tapi bila aku main, lagu yang plucking ok, part lagu strumming hancur, Abang Wan, tolong tune kan gitar I please! TQ, Love u :)
  • Harini kawan sekolah aku kawen. Tahniah kepada Mel dan pasangan. Muka suami dia ada iras Akashah yang pelakon tu.
  • Lepas gi kenduri kawen, aku dan geng lepak dekat A Mart. Jalan-jalan sambil usha barang kemas. Maklumlah, kawan-kawan aku semua dah nak kawen. Aku je yang masih single. Takpe lah, kalau ada jodoh ada lah. No need to rush. :)
  • Dalam purse aku tinggal RM10 tapi siap beli 3 cool blog. Nasib baik cukup duit. Sedap jugak aku try green tea plus apple pearl.
  • Aku tengok Boboiboy dengan adik dan abah. haha. Lawak la episod harini. Terbaek!
  • Tadi maghrib solat jamaah satu family. Alhamdulillah. Rasa tenang. Lama tak solat jamaah kat rumah.
  • Kul 9 malam tadi, aku main badminton kat court area KMJ. Mandi peluh harini. Tapi badan sedap la lepas mandi. Fuh! Aku lalu tempat yang arwah kawan aku accident. Memang gelap. Aku mesti teringat dia setiap kali lalu situ. It's like forever I'll remember that place. Unless if I have absent minded. Hope I will not.
  • Aku basuh kasut yang aku ada beli sama-sama dengan best friend aku masa kat UiTM. Design sama. Saiz je lain. Tiba-tiba aku terus rindu dia. Mesej-mesej la jugak. Terubat rindu :)
  • Abah buat sambal belacan binjai. Pergh terangkat siot. Lepas main badminton makan nasi tambah dua kali. Apa kejadah ni? Sedap sangat la abah. Makan pulak dengan kari. Ok besok puasa ok?
  • Layan jangan tidur lagi yang menampilkan Yana Samsuddin, Zul Huzaimy dan Pierre Andre. Suka la tengok gigi Yana. Comel. Suara pun sedap.
  • Aku sedang feel dengan satu lagu ni. Everytime kalau jamming. Ni lagu first yang jadi opening. Dan 'dia' yang akan nyanyi lagu ni. Dia akan nyanyi dan tutup mata. Everytime dia nyanyi, I can't take my eyes off him. Even bila dia tutup mata sekalipun. Suara dia sangat feel dan dah sangkut dalam otak aku ni. Dah dua bulan jamming, baru Jumaat lepas aku download dan hafal lagu ni. Serius sedap la. Dia sangat talented. Boleh nyanyi, main gitar, main bass, main drum. Aku belum pernah nampak dia main keyboard je. But seriously, I really respect him. Sangat jujur dalam memberi komen. Awak, saya suka awak.
  • Kakak aku sangat bz. Lepas habis induksi 3 minggu, terus gi Melaka untuk Sukum 1 minggu. Then sekarang gi KL untuk dragon boat. Akak, you telah mengabaikan I. Kesian I takde kawan nak gosip kat rumah. Sunyi je rumah kalau you takde. I miss you taw! Nak cakap tapi you dah tido.
  • Aku sedang gila durian. Makan sampai panas dalam. End up, bukan tido atas tilam tapi atas lantai.
  • Jumaat lepas, on the way dari ofis nak ke rumah, aku ada terlanggar lubang atas jalan raya. Besar dan dalam. Nasib baik tak jatuh. Tapi apsal aku rasa macam enjin aku bunyi kasar dan alignment macam dah lari ni. Nak kena servis as soon as possible ni.
  • Last but not least, esok dah gaji. Yeay!
Ok. Tu je lah yang terlintas di kepala aku secara random. Kepada yang selalu contact aku, terima kasih kerana ingat dan merasakan aku wujud di dunia mereka.

Selamat malam semua :)

Friday, July 22, 2011

Sudoku Oh Sudoku

Aku adalah penggemar sudoku. Taw tak sudoku tu apa? Gi la google kalau tak taw. Aku suka buat sudoku bila aku free. Tak kira dalam bas, atas katil, atas kapal terbang atau kat mana-mana selain dalam tandas, aku akan bawa buku sudoku bersama. So, buku sudoku memang sentiasa ada dalam beg aku. Tak cukup buku, aku install dalam handphone jugak. Aku dah ajar adik dan kakak aku buat sudoku. So, sekarang ni akak aku tengah gian buat sudoku. Tapi ni bukan cerita yang nak aku kongsikan. Terlebih dahulu aku mintak maaf kalau entri aku ni menyentuh isu agama. Maaf.

Beberapa bulan yang lalu, adik kepada kawan sekolah aku meninggal dunia. Aku dan kawan-kawan pergi lah melawat. Jadi, aku bawak Surah Yassin siap-siap dari rumah. Sewaktu tiba di rumah arwah, kami terus duduk dan menunggu kehadiran tetamu yang lain. Kami ada bertanya jugak la kepada kawan aku mengenai punca kematian dan sebagainya. Jadi, sewaktu tahlil arwah mula, aku terus keluarkan Surah tanpa memandang dan bila nak baca aku terus pandang buku tu dan terdiam. Tak taw nak senyum atau apa. Yang aku nampak semuanya nombor. Sah-sahlah aku salah amik buku ni. Kawan yang duduk sebelah aku dah senyum sampai keluar air mata. Tak taw la menahan gelak atau sedih. Waktu tu aku terus keluarkan Surah Yassin dan terus membacanya. Camne la aku boleh tersalah amik ni. Adeh.

Pada hari arwah kawan rapat aku meninggal, aku terus letak buku sudoku tu dalam kereta kawan aku. Takut kisah tu berulang lagi. Kawan aku dah gelak-gelak bila nampak buku sudoku tu. Lepas ni aku perlu berhati-hati.

Thursday, July 21, 2011

Salam Takziah

Tiba-tiba aku kehilangan idea untuk menulis entri. Taip padam taip padam. Aku rasa macam di awang-awangan. Fikiran melayang entah ke mana. Terlalu pantas masa berlalu. Aku telah kehilangan seorang kawan rapat semalam. 20 Julai 2011 jam 6:40 pagi, arwah menghembuskan nafas terakhir di ICU Selatan, HSA, JB. Aku baca mesej pemergiannya menerusi adik arwah. Waktu tu aku baru je nak solat subuh. Terduduk dan termenung panjang aku. Innalillahi wainnaillaihi rajiun. Kau pergi jua akhirnya. Arwah koma selama lapan hari. Sepanjang keberadaan arwah di hospital, aku dan kawan-kawan yang lain tak putus-putus mendoakan kesihatan arwah. Mungkin Allah lebih menyayanginya.

Arwah seorang yang happy go lucky dan cool. Aku dah kenal arwah sejak usia 13 tahun. Dah hampir 11 tahun. Mengingatkan kembali kenangan lama, aku tak mampu menahan air mata. Ada kenangan manis dan kelakar yang antara kita berdua. Tu yang buat aku jadi sedih sangat. Alhamdulillah wajah arwah berseri waktu aku menatap untuk kali terakhir. Bersih dan tersenyum. Semoga Allah menempatkan arwah bersama-sama dengan golongan yang beriman.

Lepas selesai urusan pengkebumian lebih kurang jam 2:30 petang, kawan lelaki aku bawak gi tempat arwah accident. Darah arwah masih ada di atas jalan raya. Banyak. Aku terdiam dan termenung je. On the way nak balik ke rumah arwah, kawan aku nak potong lori, aku jadi fobia tiba-tiba terjerit,

"Apis, aku takut. Tak nak tengok" *sambil tutup muka*

Tiba-tiba kawan aku tegur,

"Kau sebut nama sape Jana?"

Aku terdiam.

Camne aku boleh tersebut nama arwah? Aku tak sedar langsung aku tersebut nama arwah. Serius. Dulu aku pernah naik kereta dengan arwah dan dia bawak laju. Aku pernah sebut ayat yang lebih kurang sama.

"Apis, jangan bawak laju-laju. Aku takut"

Ya Allah, aku rindu dia.

Ada beberapa orang kawan rasa bersalah selepas pemergiannya. Arwah suka menolong orang dan hari arwah accident tu pun dia baru lepas tolong jiran dia buat cash deposit nak bayar duit kereta. Ada lagi seorang kawan rasa bersalah sebab arwah baru lepas datang rumahnya tolong baiki komputer. Masing-masing rasa bersalah. Pada aku, apa yang berlaku hanyalah sebab dan musabab. Memang dah ajal arwah. Arwah terlalu baik dan aku pasti semua kawan-kawan sayang arwah dan merasai kehilangannya. Arwah baru je habis degree bulan 5 haritu. Mesti sedih masa konvokesyen sebab bila nama arwah dipanggil, arwah dah tiada lagi. :(

Takziah aku ucapkan kepada keluarga arwah. Semoga tabah menghadapi ujian Allah. Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan merasai mati.

Hidup tak selalunya indah tetapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

Arwah Noor Hafiz bin Mohd Zaini
23 Februari 1987 - 20 Julai 2011
Al-Fatihah.

Tuesday, July 19, 2011

Lawatan

Pagi tadi aku bangun seawal 5.30 pagi sebab harini nak ke UKM, Bangi. Bas bertolak pukul 7.15 pagi. Ngantok yang teramat dengan sejuk-sejuk naik moto pagi-pagi. Sejuk sampai ke tulang hitam. Tulang hitam kat mana eh? Aku dengar orang sebut so aku bantai je la. Haha. So, sampai UKM dalam pukul 11.15 pagi. Pung pang pung pang setel semua dalam pukul 1.30 petang. Terus ke Nilai3. Ni first time aku ke Nilai3 ni. Gila barang semua murah. Barang-barang kawen, karpet, baju, tudung, tikar, cermin, lampu. Arrghhh! Aku beli shawl je. Yang lain gila borong tikar dan cermin. Camne nak masuk dalam kereta pun aku tak taw. Haha.

On the way balik singgah makan kat Pagoh. Terserempak dengan orang Singapore bawak kereta ferrari merah. Model apa jangan tanya. Aku taw kereta nasional je. Kereta import ni aku belum habis menuntut lagi. Driver dia kuar je terus semua mata memandang ke arahnya. Aku konfius jap. Cina ke Melayu? Ntah! Sekali awek dia keluar kereta terus hidung aku keluar darah. Pakai short dress yang panjangnya dari dada sampai atas peha. Demm seksi. Ni baru aku yang tengok. Belum lelaki-lelaki lagi. Perghh! Nasib baik aku straight. Hidung keluar darah je la.

Sampai ke UTM lebih kurang pukul 7.30 malam. Lebih kurang 12 jam perjalanan harini. Aku dah sakit badan dah ni duduk lama-lama. Sampai je rumah aku dapat SMS dari kawan aku. Ada classmate aku meninggal akibat kuman dalam paru-paru. Al-Fatihah kepada arwah Hartini Sulaiman. Ni kawan sekolah agama aku. Tak rapat tapi someone I know la. Takziah kepada keluarga arwah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Keadaan kawan aku yang koma masih belum sedar. Banyak betul perkara yang berlaku seminggu dua ni. Dugaan.

Sunday, July 17, 2011

Hujung Minggu & Durian

Semalam, aku selak Al-Quran kat bilik. Cari surah Al-Mulk dan Surah Yassin. Tiba-tiba terjumpa muka surat yang kosong dalam Al-Quran. Muka surat 406 dan 407. Aku tergamam dan termenung. Muka surat ni kosong atau apa? Subhannallah.

Harini sangat pack untuk aku. Kemas rumah, masak, mandikan anak kucing then pergi ofis. Penatnya! Mujur tadi abang dengan family dia datang rumah. Dapat main dengan Iqbal. yeay! Tiba-tiba dia gelarkan diri dia "abang". Aku pun layankan je la. Maklumlah, bakal dapat adik. Baru nak masuk 3 tahun tapi dia punya telatah macam budak 5 tahun. Pening maksu! haiya!!

Aku paw abang aku durian. Dapat la makan durian satu family. Awesome! Pastu, abah tukang kopek durian. Kitorang tukang bedal. Abah memang the best. Melayankan anak-anak dia yang mengada-ngada manja ni. Terima kasih Allah kerana memberikan kebahagiaan dalam keluarga saya. ;)

nota : Abah ajar aku camne nak kenal jenis durian. Durian belum kopek pun abah boleh teka durian apa. Boleh buat peraduan teka dan kopek. Abah memang terbaek! This whole week aku kena panas dalam. erk!

Friday, July 15, 2011

Kawanku Koma [2]

Lepas waktu pejabat habis, aku terus bergegas menuju ke hospital untuk melawat kawan aku. Cuaca yang tak berapa elok mula buat aku berbelah bagi tapi aku nekad, alang-alang basah sikit, biar kuyup sekali. Alhamdulillah Allah taw niat murni aku, hujan tak jadi turun hingga aku sampai ke hospital. Sampai je terus aku ke dewan bedah di tingkat satu. Kawan aku dah masuk bilik operation pukul 6 petang. So, aku menunggu bersama ibu dan adiknya. Alhamdulillah dapat lah aku sedekahkan Surah Yassin buat kawan aku. Harap-harap cepat lah sedar. Oh lupa nak bagitaw. Dia operate masukkan besi dalam peha kiri yang patah dan tebuk leher untuk mudahkan pernafasan. Aku tunggu sampai pukul 10 malam. Tapi, operation tak habis lagi. Aku harap sangat semuanya berjalan lancar. Tak sanggup nak tengok keadaan ibunya. Sangat tabah. Aku yang jadi sedih. Dua tahun lepas arwah ayah kawan aku meninggal. Ni dia pulak kemalangan serius. Besar betul dugaan. Moga Allah cekalkan hati mereka. Allah menduga sejauh mana iman hambanya dan dugaan itu diberikan kepada mereka yang tabah menghadapinya. Aku rasa sebak bila peluk mak dia. Sempat mak dia cakap "Nak nangis pun air mata dah kering".

Kawan aku masih belum sedar tapi dah ada tanda-tanda positif. Jari dah mula ada tindak balas. Rahang dia retak. Mungkin akan bedah bila dia dah sedar nanti. Apis, be strong!

Wednesday, July 13, 2011

Kawanku Koma




Ni kawan sekolah aku, nama dia Apis. Aku dah kawan dengan dia lebih 10 tahun. Dia kemalangan pada 11 Julai 2011 lebih kurang jam 12 malam. Puncanya nak elak treler buat u-turn then terlanggar treler yang parking. Gambar kat atas ni aku cilok dari fb dia. Uploaded pada 10 Jun 2011 means sebulan sebelum dia kemalangan. Semalam aku melawat dia kat ICU, HSA. Masih koma. Doktor dah keluarkan darah beku dari kepala dia. Kepala dia berjahit banyak sangat. Pipi berjahit. Kaki kiri patah. Rahang lari. OMG, apis!! Aku nak nangis tengok keadaan kau. Aku harap kau cepat sedar. Ya Allah, sembuhkanlah kawan ku. Panjangkan lah umur nya. Kalau korang baca entri aku ni, tolong doakan dia cepat sembuh ye. Sekarang masih koma lagi.

Noor Hafiz bin Mohd Zaini, sedarlah dari koma!

=(

Wednesday, July 6, 2011

Hasil Photoshoot

























Credit to Mulo. Thank you very much. =)

Saturday, July 2, 2011

Photoshoot

Petang tadi pergi kenduri kawen kawan sekolah aku. Aku pergi saing dengan kawan-kawan kamceng. Kat majlis terserempak dengan kawan-kawan group 1987. Kawan yang aku kenal secara online dari friendster sampai ke facebook. Bulan 12 ni ada buat gath lagi. Sape yang lahir tahun 1987 jom la join. Dialu-alukan.

Lepas pergi kenduri kawen, tiba-tiba kawan aku suggest nak bawak kitorang pergi Nusajaya. Kebetulan dia kerja kat area situ. Aku ape lagi, terus setuju la. *mata bersinar-sinar bergemerlapan bak matahari yang menyinar di pagi hari*

Jauh jugak gerak dari rumah aku ke Nusajaya. Jauh. Betul tak tipu. Mungkin sebab ni kali pertama aku ke sana. Excited ni. Muahaha. Haa lagi satu. Yang buat best sebenarnya, salah seorang kawan sekolah aku yang aku dah 7 tahun tak jumpa join sekali. Berubah betul dia sekarang ni. Dulu nampak biasa-biasa. Sekarang nampak stylo sikit. Haa, lupa nak bagitaw. Nama dia Ahmad. Macam lagu Arrora Salwa tu.. Ah Ah Ahmad. haha. Lucah je bunyi nya. kan? kan? Kawan lelaki aku kata stim kalau dengar lagu tu. Bengong!

So, sampai je Nusajaya terus photoshoot sampai lebam. Haa lupa lagi nak bagitaw. Ahmad ada DSLR. Dia freelance photographer. Kerja kitorang posing aje. Dia klik-klik je DSLRnya. Aku suka tengok gambar-gambar yang dia amik. Nice. Idea pun cun. I like. Tiba-tiba aku terbelek muka dia. Aku suka tengok dia. Ada something yang buat aku rasa dia ni interesting.

Then, lepas gila bergambar, kitorang lepak makan-makan kat Kampung Nelayan area Pendas. Aku tak taw kat mana sebenarnya. Ikut je. Haha. Order minum dan makan. Setengah jam baru sampai makanan. So, aku suruh la kawan lelaki aku baca doa. Dia pass kat si Ahmad. Tiba-tiba Ahmad blur. Dia kata dia ingat baca doa makan. Dia diam jap dan terus baca doa. Taw tak dia baca doa apa? Doa penerang hati. Tergelak besar semua. Terus kawan-kawan bagi intro doa makan. Baru dia ingat. Siap mengaku, selalunya dia baca Bismillah je. Adehh. Guess what? Tiba-tiba aku teringat seseorang. Kawan aku. Dia pun pernah terbaca doa penerang hati masa nak makan. hahaha.

So, things yang aku nak bagitaw kat sini ialah tiba-tiba aku perasan si Ahmad dengan kawan aku ni ada banyak persamaan. Antara persamaannya, ada DSLR, suka amik gambar, suka edit gambar, pandai main gitar, pandai melukis, smoker. Yang lain aku tak kaji lagi.

Balik rumah aku terus stalk facebook si Ahmad ni. Sebenarnya dah jadi friends sejak 5 tahun lalu kot tapi baru harini aku bukak page dia. Nampak sangat aku tak pernah concern pasal dia. haha. Album dia banyak. Penuh dengan gambar yang dia amik. Nice la jugak. Tak sabar nak tengok hasil photoshoot kitorang. Yeay!

Kucing

Pagi ni aku merajinkan diri memandikan semua anak kucing aku yang dah berusia sebulan. Mandi, syampu then keringkan guna hair dryer. Seronok la. Macam mandikan bayi pulak rasanya. Bahaha. Macam-macam perangai. Ada yang senyap bila aku mandikan. Ada yang bising betul. Comel. Suka sangat. Aku suka sebab bulu kaler putih. Nampak bersih dan suci pulak. Ok, ni aku up gambar anak kucing aku. Ada 3 ekor. Belum kasi nama. Boleh la korang hantarkan cadangan kepada aku.






Tengah tulis entri ni tiba-tiba kawan mak datang bagi kucing lagi. 3 ekor. So, total kat rumah aku dah ada 11 ekor kucing. heee~

So, plan harini nak kemas rumah, pastu nak gi pameran pengantin, then gi kenduri kawen kawan aku. Ok, see you again later. Selamat hari Sabtu. =)

Friday, July 1, 2011

Random Matters

Tiba-tiba aku rasa risau harini. Aku tak perasan ada orang kat belakang aku tengah tengok skrin komputer aku dan masa tu aku tengah pegang handphone untuk reply sms. Aku syak dia dah nampak nama penghantar sms. Haih. Stress pulak tiba-tiba. Arrggghhh! Takde privasi langsung.

Tadi lunch aku makan kat anjung ofis. Pastu terserempak dengan seorang staf lelaki ni. Dia suka usik-usik aku. Aku layan je la. Aku angkat tangan tanda "Hai". Tiba-tiba dia tersadung kaki nak jatuh. Aku senyum menahan gelak je la. Dia duduk sebelah aku dan terus cakap

"Baru angkat tangan dah tersadung. Kalau kenyit mata, mungkin jatuh tergolek. Kalau bagi flying kiss, terus jatuh kat sungai bawah tu"

Kelakar la encik ni. Ayat dia tu macam aku ni lawa macam Fazura je. (tiba-tiba teringat produk kecantikan Janna Lawwa tapi tu bukan produk aku ok. haha) Aku taw dia bergurau. Tak de hal la. Aku pun tak amik serius. Tapi macam kelakar gila statement dia tu.

Then, sebelum balik aku singgah ofis kawan aku. Sedut movie. Tujuan utama nak amik movie karak. End up, aku copy 33 movie dan guess what? Takde movie karak dalam tu. Haha. Menyimpang dari tujuan asal. So, kalau tokei movie tu baca entri aku ni, aku nak mintak jasa baik anda untuk copy cerita karak. Boleh eh 'abang'? haha. ok aku gurau je tadi.