Tuesday, March 8, 2011

Apa Sudah Jadi?

Harini kawan aku mengadu kat aku tentang satu masalah. Dia tension sebab diganggu secara maya dan juga terang-terangan. Of course la dia perempuan kan. Dia diganggu oleh seorang lelaki yang telah berkahwin, masih seorang isteri dan sudah mempunyai beberapa orang anak. Di tempat kerjanya, ada seorang lelaki yang lebih senior yang sering menjadi rujukannya kalau ada sebarang masalah. Malangnya, lelaki itu suka mencucuk-cucuk pinggangnya hingga dia berasa tak selesa. Lelaki itu juga kadangkala mencubit-cubit pehanya. Oh dem! Ini sudah lebih. Boleh ke pegang-pegang peha anak dara orang? Bangang!! Dan yang aku paling tak boleh terima bila kawan aku cakap lelaki tu jenis yang alim. Bersongkok, berjanggut, mahir mengenai ilmu agama dan sering menasihati orang berkaitan dengan agama. Tapi, kenapa dia bersikap sedemikian? Lelaki itu juga kerap menghantar sms kepada kawan aku ni. Apa sudah jadi? Ini serius! Bak kata pepatah, harapkan pagar, pagar makan padi. Aku pun tak taw nak nasihat kawan aku ni camne. Aku just cakap, cuba untuk jauhkan diri dari lelaki tu sebelum jus gatal dia membuak-buak. *naik bulu roma*

Apa komen anda?

4 comments:

(-_-") said...

tak sadar diri punye laki.

hafiz-Taichou said...

hah. nih kawan kat mana nih? kat opis ko kan ke ada pakcik 'bersongkok+berjanggut+alim' ..?

kehkeh.

nuyuljana said...

sirB - taw xpe. dame desu!

hafiz - haha. xde kaitan dengan orang kat opis aku ler. ni kawan luar utm ye. =P

k.e.r.i. said...

kasik lempang sedas.