Tuesday, March 15, 2011

Sembang

Petang tadi, aku sembang dengan senior programmer. First time masuk bilik dia dan aku baru taw bilik dia kat situ. Berbual-bual dari hati ke hati tentang perasaan kami. ok tipu! hehe. Berbual-bual tentang pelbagai perkara. Banyak jugak la input yang aku dapat. Salah satunya law of attraction. Aku tak pandai nak explain. Sila la google sendiri. Then ada cerita tentang cara nak ubah diri kita. Let say aku nak kuruskan badan. Ada 3 steps. First, ask. Tanya diri kita apa yang kita mahu. Second, belief. Yakin dan percaya yang kita boleh buat. Third, receive. Terima hasil yang kita dapat. Bila kita sedang berusaha, perlulah guna perkataan 'dalam proses'. Contohnya, aku dalam proses untuk kurus. So, I'm gonna start it today. Say good bye to dinner! Actually aku tak taw dah berapa ramai orang suruh aku kurus. Ayat dorang semua cliche. "Muka dah cantik, cuba kuruskan badan. Mesti lagi lawa." Cantik ke? hahaha. xde la. Biasa-biasa je. Comel tu mungkin ada sikit. Dah-dah. Jangan lah puji lagi. Susah la nak kurus camni. Asyik kembang je.

By the way, aku suka setiap perkara yang dibualkan tadi. Since Encik ni penghidap sakit jantung, dia stop merokok dan amalkan cara hidup yang sihat. Then, cara nak tangani stress. Dia bagi contoh lampu isyarat. Antara merah dan hijau ada kuning. Apa yang kita buat kalau lampu kuning? Aku jawab pecut lagi laju. haha. Gelak dia. Ape pun, kita kena pandai uruskan masa. Then, bila kita sayang atau cinta seseorang, jangan sayang sepenuh hati. sayang dalam 90%. Kata dia la. Apa lagi eh yang dia cakap, aku dah lupa. Apa pun, aku sayang dia sebagai seorang ayah. Kepada perokok tegar di luar sana, berhenti lah merokok. Sayangi lah diri anda. Ada jugak orang yang aku sayang merokok. Aku tak taw nak tegur camne. Tapi aku suka bau perfume dia campur dengan bau rokok. Pelik-pelik je aku ni. haha. ok fine. Aku dah merepek. Menaip sambil layan cerita asmara. Till then :)

2 comments:

hafiz-Taichou said...

aku kenal sape orang itu.. kehkeh..

nuyuljana said...

anda memang bagus dalam meneka ok! :)