Jam enam pagi, hujan turun lebat tak hingat. First thing yang aku fikir ialah basah lencun. Since akak aku cuti harini, terpaksa lah aku bermandi hujan di pagi hari. Kalau balik kerja aku tak kisah sangat. Ni nak pergi kerja dah mandi hujan & lecak. perrrggghhh! Tak payah lah tanya part mana yang basah. Malas nak explain. Nak buat camne kan. Tak ada kereta naik je lah motor. Tiba-tiba aku terfikir bila last time aku pergi kerja hujan di pagi hari. Tahun lepas rasanya. Ada satu hari aku bertembung dengan seorang staf yang muka chinese look, tinggi & badan tough gitu. Sila lah teka. hahaha. Aku rasa orang tu tak ingat kot dan aku pun tak kenal dia sebelum tu.
Minggu ni aku stress dengan kerja. Stress sampai tahap aku tinggalkan kerja tu dan pergi main ping pong lepas office hour. Peluh keluar, badan rasa segar dan paling puas dapat jerit. hahaha. Haaaa.. tadi kan ada orang terpegang tangan aku. Seriously aku nak pengsan! dan aku tak mampu nak tengok muka dia. Dan aku cepat-cepat sedarkan diri aku sebab dia dah ada girlfriend. Oii Jana, jangan suka boyfriend orang boleh tak?? cis cis cis!!!
Lagi satu hal, weekend ni aku tak gi kenduri kahwin ofismate aku. Jauh tu kat Melaka. Yang kat Johor ni ada tiga jemputan. So rasa tak adil kalau aku gi yang jauh walhal yang dekat lagi banyak majlis. Paling dekat? Depan rumah aku. Dah pasang khemah dah ni. Fuuuuuuuu! Boleh pulak ofismate aku buat gosip kononnya aku tak datang majlis kat Melaka sebab kecewa dia dah kahwin. What the eff! Aku kawan je la dengan dia. Tak ada kaitan dengan perasaan ok. Aku nak gelak guling-guling pun ada. Aku rapat je ngan semua orang. Sila jangan salah faham.
Petang tadi sempat aku ke padang pasir (tah apa nama padang ni pun aku tak taw sebenarnya!haha) untuk support jabatan aku lawan tarik tali. Tapi aku datang dah lambat. Dah habis pun. *kecewa sikit* Tapi, dorang menang la. wahhh! Hebat! *tepuk tangan* Pastu kan, aku ternampak ada seorang mamat tu, dia pakai singlet je. Seksi boleh tahan. Gebu tu yang tak boleh tahan. Rasa macam hidung aku keluar darah la. hahaha. Ok aku tipu. Tapi yang gebu tu aku tak tipu ok.
nota : hari ketiga dalam proses turunkan berat badan. Tadi jumpa lagi Encik yang bagi nasihat tu. Dia bagi nasihat lagi. Aku rasa macam dah boleh control stress sikit. Terima kasih Encik. Saya rasa nak peluk Encik sebab Encik banyak bagi kata-kata semangat kat saya. Tapi saya tak jadi peluk Encik sebab Encik bukan muhrim dan saya tak nak Encik terkejut sebab Encik sakit jantung. Jadi, saya belanja Encik makan ye. :)
status : lapar tapi tahan nafsu T_T
No comments:
Post a Comment