Cuti sekolah ni, ramai betul orang kahwin. Musim mengawan kot. ahahaha. Hari ni jiran depan rumah aku kahwin. Rewang apa yang patut. Scene yang best sepanjang majlis ni ialah karaoke! haha. Ada seorang makcik tu, asal dia nyanyi je hujan selebat-lebatnya. Tak boleh blah. Bila dia tak nyanyi terus cuaca cerah. Apakah? keh3. Bila dah petang baru aku turun arena karaoke ni. Lama tak pegang microfon. Tujuan asal nak nyanyi satu lagu je. Aku request lagu Nora - Renungan Terakhir. Tiba-tiba abang dj offer aku nyanyi dengan dia. Dia pilih lagu Achik & Nana - Memori Berkasih. wahaha. Bantai sudey. Pastu abang dj tu cakap pengantin suka lagu Siti Nurhaliza. Aku pun nyanyi lagi satu lagu. Biarlah rahsia. Dan-dan je abang dj tanya lagi, taw tak lagu my heart. Aku angguk je la. hahahaha. End up aku nyanyi empat buah lagu. Ah bantai. Nak berhibur kan. Enjoy!
Dah dua hari lelaki yang aku suka tu mesej aku. Untuk tepis sebarang perasaan terhadap dia, aku terpaksa guna kata ganti diri 'aku' instead of 'saya'. Aku tak nak la hubungan sebagai seorang kawan menjadi renggang hanya kerana aku sukakan dia. Aku percaya esok lusa mesti perasaan ni hilang. Perasaan, sila lah jangan suka lelaki yang sudah berpunya. Boleh tak?
No comments:
Post a Comment