Thursday, March 10, 2011

Mimpi

Percaya tak pada mimpi? Aku mengalami mimpi yang aneh malam tadi. Jiran depan rumah aku menghembuskan sesuatu pada aku then, tak taw camne aku hembus semula padanya dan dia meninggal dunia. Aku jadi takut. Apa maksud di sebalik mimpi itu?

Aku pernah dapat mimpi dua hari sebelum arwah mak aku meninggal pada tahun 2007. Keadaan mak aku masa tu sudah tidak boleh berjalan dan lemah. Tapi dalam mimpi tu mak aku sihat dan boleh berjalan. Bila aku bagitaw pakcik aku, dia hanya senyum. Aku ingat mak aku akan sihat rupa-rupanya tu adalah petanda mak aku akan pergi buat selamanya. Aku tafsir mimpi yang aku alami biasanya berlawanan.

Tapi tak jugak sebab sehari sebelum mak kawan aku meninggal tempoh hari, aku ada mimpi seorang pegawai di tempat kerja aku meninggal dunia dan kecoh satu office. Hari berikutnya mak kawan aku yang meninggal.

Kadang-kadang aku mengalami dejavu. Biasanya aku akan mengalami situasi tu beberapa tahun selepas aku mimpi benda tu dan bukan on the spot. Antara mimpi yang aku paling tak boleh lupa ialah sewaktu aku sekolah rendah. Masa tu aku tidur kat Singapore. Dah subuh tapi aku tak sedar. Tiba-tiba aku mimpi berada di dalam tempat macam balai mengadap di istana. Ada raja dan pengikutnya. Yang aku ingat ada seekor harimau tiba-tiba menerkam raja tu dan merobek dadanya hingga terkeluar jantungnya. Lepas tu, terus aku sedar dan solat subuh. Pelik kan mimpi tu?

Apa pun mimpi yang kita alami, mungkin ia hanyalah sekadar mainan tidur dan mungkin juga petunjuk. Who knows. Right?

2 comments:

(-_-") said...

tido tak basuh ketiak ni. mmg dpt mimpi mcm2.

nuyuljana said...

ahahahaha.

ko selalu berjaya buat aku tersenyum!

tq!

:)