Thursday, March 24, 2011

Sesat di Pesta Konvo

Harini dah gaji. Aku cucuk RM200. Habis dah. demmm! Tak taw la aku beli apa ni. Pasal duit aku tak kisah sangat. Aku tengah malu gila ni. Tak hilang malunya. Petang tadi aku pelawa budak praktikal gi pesta konvo. Mula-mula plan nak gi ramai-ramai la. Tapi, bila dah petang semua nak balik. Baru teringat malam ni malam jumaat (apa kaitan? ahaha) no wonder la semua balik cepat. Terpaksa lah aku gi berdua dengan dia. Mula-mula kawan aku nak ikut, tapi bila aku cakap budak praktikal join, terus dia segan. End up, aku gi berdua je ngan budak praktikal tu. Naik kereta dia. Aku segan weyh. Sumpah. Malunya tak hilang lagi ni. Sepanjang aku duduk dalam kereta tu, aku tak pandang pun dia. Sebab aku segan. Aku pandang luar je. Fine. Dia bawak gear manual. Aku suka. Selalu aku ok je dengan dia. Apsal tadi aku segan? Tak paham! Nasib baik la lepas dapat parking je kawan aku kat RMC sampai kt pesta konvo. Fuuuu! Lega. Aku tak boleh pikir camne kalau jalan berdua je. *pengsan*

Kebetulan akak aku pun ada sekali. Tapi aku dah round 14 kali aku tak jumpa pun akak aku. Cis! Last-last aku ajak akak aku makan kat Jai char kuew tiaw. Sedap la jugak. Aku belanja. Tak de hal. Sebelum makan tu, aku pusing-pusing dengan kawan aku. Kesian pulak tengok dia bila ikut je belakang kitorang. Lepas makan, aku suruh dia balik. hahaha. Kejam tak? Tak kejam sebenarnya sebab dia dah sangap 13 kali masa kitorang tengok tudung! So, aku paham yang lelaki tak suka ikut perempuan shopping. Aku pun segan nak belek-belek barang. Dia dah balik baru aku shopping sampai lebam. Tiga jam kat pesta konvo. Fuhh! Apa kes aku ada kat opis lagi ni?? Balik la woi!

nota : aku sesat dalam pesta konvo. dah 14 kali round tak jumpa2 kedai yang aku cari. haih!

No comments: