Sunday, March 27, 2011

Kenangan Silam Ep 1

Jam dah menunjukkan pukul 1:56 pagi dan mata aku masih segar bugar lagi. Pejam mata pun tak lelap. Tiba-tiba aku terfikir pasal genting. Tak sabar gila nak ke sana. huhu. Last time aku gi waktu sekolah rendah. Darjah satu or dua camtu. Serius tak ingat bila. Masa tu aku belum baligh, so, ingat-ingat lupa. Aku gi dengan sepupu aku kat Singapore. Abang Yassin. Dia bawak aku dengan wife dan anak dia (kami sangat rapat masa kecil). Yang aku ingat kami ke genting beberapa hari sebelum kes tanah runtuh yang pernah berlaku kat sana. Tu je la aku ingat. Tahun bila tak tahu. Sila google sendiri. Masa tu aku kecik je. Nak main outdoor banyak tak lepas sebab tak cukup tinggi. cis! Tapi, aku ingat la dapat naik roller coaster. Masa tu macam nak tercampak siot tapi nasib baik abang Yassin genggam tangan aku erat-erat supaya badan yang sekeping ni tak diterbangkan dek angin. hahaha.

Pastu aku ingat kereta rosak masa nak balik. So, kami tumpang jeep. Tinggi keretanya. Ada macam bola pusing-pusing kat dashboard. Tak taw la kompas ke apa. Aku dah lupa. Pastu aku ni jenis cepat mabuk kalau naik kereta. Rasa nak muntah pastu aku baring atas riba isteri sepupu aku. Then, lepas hari balik genting tu, ada singgah rumah sedara sepupu aku. Tak ingat siapa nama budak perempuan yang aku kawan sehari tu. Main-main dengan dia dan jiran-jiran dia. Aku cuma hafal nama rumah dia tu JALAN SEHALA je sebab aku nampak signboard tu masa nak balik ke Singapore. Aku taw dia duk KL tapi tak taw JALAN SEHALA mana yang dia tinggal sebab kat JB ni pun banyak JALAN SEHALA. Bila dah besar sikit baru aku taw JALAN SEHALA tu maksudnya one-way (ceeewah speaking london la pulak) bukan nama tempat yang dia tinggal. keh keh keh.

Macam-macam yang aku buat pagi tadi. Bangun pagi-pagi sarapan gitar. Pastu kemas rumah. Then, aku gi midas area rumah aku tapi belum bukak lagi rupanya. Aku beli ikan je la kat pasar midas tu. Pastu beli barang rumah kat maslee jiran saya. hehe. Balik rumah je aku masak roti cheese cicah sambal tumis ikan bilis. fuuuuuuuuuu! terbaek la resepi si yun ni.. The whole day aku tak tido. Tu yang kul 8 lebih aku jawab silangkata sudoku dan tertido pulak. Hasilnya aku tak boleh tido sekarang ni. Cis! Hari Khamis lepas aku ada beli nombor celcom yang baru. Untuk kegunaan pejabat la senang cerita. Bos aku yang suruh semua orang beli. Aku beli je la. Senang nanti nak call. Murah je. Sebulan RM2. Free call 50 jam dan 300 sms. Aku ni bukan kaki gayut. Confirm 50 jam tu tak habis. Tadi dah try call guna nombor baru tu, dah activate la. Yeay!


No comments: