Tuesday, January 11, 2011

Exam oh Exam

harini cuti. plan nak study untuk exam induksi hari khamis ni. nota ngan past year semua aku dah angkut bawak balik. tapi semangat nak study tu takde. aku bukak helaian pertama 10 saat. aku layan fesbuk 10 minit. haha. aku layan kartun tak payah cakap la. risau ni sebenarnya sebab banyak sangat. aku macam tak larat nak hafal. tiru bole tak agaknya? haha. tiba-tiba aku tergerak hati nak main warcraft III. cari dvd burn dia. tada. terus rindu uitm jengka. rindu nak main dota dengan budak-budak siswa walaupun aku noob dan selalu kena buli tapi dorang awesome! woot woot!

tadi teringin nak makan murtabak maggi. pecahkan telur dalam mangkuk dan tadaaaaaa! aku dapat telur kembar. dalam telur tu ada dua kuning telur. last time aku jumpa telur camni masa aku sekolah rendah. abah beli telur satu papan. tiga puluh biji semuanya kembar. teruja nya. dan aku makan murtabak maggi sambil layan simpang tiga. sekarang ni aku rasa malas nak study. nak study ke tak? nak? tak nak? ok jom tido. muahaha.

nota : sedang gila main gitar lagu sofea jane. layan gila lagu tu. :)

1 comment:

hafiz-Taichou said...

haha.. amacam exam? awesome kan? kihkih. goreng je apa yg patot.. wakakaka