Saturday, March 12, 2011

Selamat Bertunang Tma & Ajiem

First of all, tahniah aku ucapkan buat bestfriend aku, Tma yang telah selamat bertunang jap 3.24pm tadi. Fuuuuuu! Sekelip mata sahaja rasanya dia dah selamat menjadi tunangan orang. Tunang dia pun kawan aku. Kami semua kawan rapat since sekolah dan aku yang kenenkan dorang enam tahun yang lalu. Tapi sampai sekarang aku masih single. Cis! Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Tak sangka kawan rapat aku lagi seorang pregnant anak ke-2. Rezeki dia. Part yang aku tak bley blah bila ada makcik tiba-tiba masuk rumah dan cakap, "Ni ke pengantinnya?" sambil menghulurkan salam ke aku. Habis kena bahan sampai habis majlis. haha. Adehhh! Mudah-mudahan ye doa makcik makbul. Amin! Neway, selamat bertunang Tma & Ajiem!







Balik je majlis, terus flat. Tidur!! haha. Penat gila sebab pagi tadi dari ofis rushing terus balik rumah siap-siap nak gi majlis. Masa tengah tidur kat ruang tamu, tiba-tiba abang aku peluk aku macam peluk bantal peluk. *pengsan* OMG! aku tak taw bila last time dia peluk aku. Tak pernah kot?? Abangku!! Terharu taw. Saya sayang abang saya! =D

Haaa.. Lagi satu, aku rasa mood aku jadi awesome bila dengar lagu Sixth Sense - Cinta Matiku sambil minum air teh caramel. Totally awesome!!

2 comments:

Hilmi Ee aka Mie said...

lor..tma tunang sama ngan adik ak ghopenye..

nuyuljana said...

adik ko yang mane dah tunang?

huhu.

tahniah sebab dah ade bakal adik ipar!