Thursday, December 15, 2011

New Interface

Hello. Apa khabar semua? Entri kali ni ditaip dalam new blogger interface. Aku saje nak cuba benda baru. Kekok la jugak tapi boleh tahan best. Ada statistik untuk setiap entri. So aku boleh taw entri mana yang paling ramai orang baca sepanjang aku ber-blogging. Belum habis explore lagi. Terharu aku tengok pageviews aku dah mencecah 17K. Gila banyak. Terima kasih banyak-banyak kepada korang yang sudi melawat blog aku. Walaupun blog aku ni bukan blog yang berbentuk ilmiah dan lebih kepada kisah hidup aku, korang masih nak baca. Aku taw korang ambil berat pasal aku. Terima kasih.

Sekarang ni tengah hangat pasal skim SBPA yang diperkenalkan oleh kerajaan kepada penjawat awam. Esok ada penerangan lanjut mengenai skim ni kat DSI, UTM. Mesti pergi! Aku belum decide lagi nak sign ke tak. Tapi nampak gayanya, aku ada 36 tahun lagi untuk berkhidmat dengan UTM sekiranya aku sign. Sebab syarat utama dia pencen umur 60 tahun. 36 tahun tu masa yang sangat panjang. Macam-macam bole berlaku. Entah aku ada lagi entah tidak. I have no clue for the next 36 years. Nampak gayanya macam sign je. Haha.

What else? Oh, aku dah mula perasan yang aku akan jadi macam dulu balik. Takde life. Banyak masa kat office. Masa dengan keluarga, kawan-kawan dan kerja dah mula tak balance. Tak suka nya. Makan pun dah tak terjaga. Aku tak suka dengan statement "I am a programmer and I have no life". Aku dah mula rindu dengan diri aku yang dulu. Gila dengan banyak benda. Pool, swimming, wayang, karok, makan-makan, badminton, ping pong. Aku rindu nak record video main gitar dan upload kat youtube. Tapi aku faham banyak perkara dah berubah. Ada kawan yang dah kawen dan dah ada family, ada yang duduk jauh, ada yang nak spend time dengan boyfriend. End up, I'm all alone.

Tapi, aku still bersyukur. Aku masih ada keluarga dan kawan-kawan yang menyayangi aku. Mungkin ada hikmah kenapa aku belum jumpa pasangan hidup aku. Allah lebih mengetahui. Takpe. Aku redha. Kalau ada jodoh, ada la. Aku percaya Allah dah jadikan setiap sesuatu itu berpasangan.

Besok tarikh tutup hantar OT, oh dem malasnya nak isi borang OT plus siapkan weekly report. Camne nak buang sikap malas ni? Ok nak pergi mandi dulu la kot. Lepas mandi mungkin jadi rajin sikit kan? Haha. Bye!

3 comments:

pakngah.misteri said...

bagi kita penjawat semasa SSM adalah mendapat opsyen samada ingin sambung perkhidmatan sehingga umur 60 tahun atau kekal pada opsyen semasa SSM iaitu 58 tahun.. 60 tahun bagi kita adalah tidak DIWAJIBKAN, tetapi bagi penjawat awam yang dilantik pada atau selepas 1 Januari 2012 adalah tertakluk kepada skim SBPA dan tempoh perkhidmatan sehingga berusia 60 tahun. harap maklum. pun begitu, dalam perkhidmatan, masih boleh memohon untuk bersara awal.. =)

nuyuljana said...

tapi aku belum sah jawatan. kalau baca pekeliling tu, macam ada mention masa percubaan aku kene tambah lagi setahun. T_T

pakngah.misteri said...

dia ikut tarikh lantikan.. bukan tarikh sah dalam jawatan.. kalao tak silap aku laa..