Sunday, December 18, 2011

Usha

Sekarang dah jam 11:19 malam dan aku masih di office. Menyiapkan modul yang super urgent. SBPA online. Kepala aku dah mengong ni. Hujan pulak kat luar. Camne nak balik? Ada sape-sape nak tumpangkan aku tak? Heee~

Pagi tadi, on the way nak sampai office, tiba-tiba ada seorang mamat ni dia tegur aku atas motor. Dia cakap tayar aku pancit. Tak taw la betul ke tipu. Aku pun stop la kat Petronas berdekatan. Lepas tu, dia follow aku. Tiba-tiba tolong pamkan tayar aku. Tanya macam-macam soalan.

  • Nama siapa?
  • Duduk kat mana?
  • Dah ada boyfriend ke belum?
  • Umur berapa?
  • Dah kawen?
  • Nombor telefon berapa?
  • Bila awak free?
Dia pun pung-pang-pung-pang cerita pasal dia. Nama, duduk mana, umur bla-bla-bla. Yang aku tak boleh blah bila dia cakap "Saya baru putus tunang. Kalau awak sudi, kita kawan dulu setahun dua, tengok macam mana. Saya tak kisah kalau awak tak cantik, gemuk bla-bla-bla. Kalau awak setuju, saya akan JAGA awak"

Ok sumpah masa tu aku dah takut. Tak taw dia ni normal ke tak. Dia tanya bila nak jumpa. Terus aku start moto, cakap terima kasih sebab pamkan tayar. Dia hulur tangan nak salam tapi aku tak sambut. Bukan muhrim. Dia nak hantar aku pergi kerja. Aku cakap tak payah. Dia cakap dah sampai office bagitaw dia.

Kesimpulannya, aku tak kenal dia tapi kenapa dia layan aku macam dia kenal aku lama? Kalau nak kenal pun tak payah la ekstrim sangat macam ni. Aku jadi takut. *tutup muka*





2 comments:

Terbang Bersamaku said...

mungkin dia terlampau berani dan confident nak tackle2 nie....hehehe..;)

penulis.tidak.bernama said...

sila berhati-hati. ini dah tahap psycho gila *binatang kena samak*.. serius! takut dia nih gila bayang or desperate or something. gilak ar! psycho!!