Tuesday, December 29, 2009

Good Bye 2009, Hello 2010

2009 hampir melabuhkan tirainya. Banyak lagi perkara yang aku belum buat. Moga-moga tahun 2010 ini dapat aku lakukan semuanya. insya Allah. Selamat Tahun Baru Semua! ;)

nota siku - tahun baru kena kerja. aiseyh! -_-"

Saturday, December 12, 2009

Sweet 22!

Saya sudah semakin dewasa.

he he.

:)

Wednesday, December 9, 2009

Al-Fatihah

Anep & Jana in Memories 2007

Al-Fatihah kepada arwah Mohamad Anif bin Abdul Ghani yang telah kembali kerahmatullah pada 8 Disember 2009 (malam tadi) jam 11 malam. Beliau dilahirkan pada 11 Julai 1988. Beliau menghidap sakit jantung dan buah pinggang. Beliau telah selamat dikebumikan pada jam 12 tengahari tadi. Semoga Allah mencucuri rohnya. Semoga Allah mempermudahkan jalannya. Semoga Allah meringankan seksaan kuburnya. Semoga Allah melindunginya. Semoga Allah menerima segala kebaikan arwah. Semoga kau tenang di sana.

Aku baru taw berita ni tadi. sangat sedih. sungguh! :'(

nota : aku hilang no. fon dia since 2007 then kita langsung tak contact selama 2 tahun. tahu-tahu je dia dah tak ada. malam tadi aku swimming, dia pulak bertarung nyawa. OMG. so sad.

PC Fair 2009

Tarikh : 11 hingga 13 Disember 2009

Masa : 9 pagi hingga 11 malam

Tempat : Persada Johor International Convention Center, Johor Bahru

Datanglah beramai-ramai. kita jumpa di sana :D

Monday, December 7, 2009

Not Suitable Title Found

Dear blog,

I don't know why I feel life is dull and boring. I avoid all calls. I don't eat regularly. I sleep too much. I keep missing my late mum. I guess I'm in sullenness. I hate some people that I love. I'm having migraine right now. Don't think that I could drive safely. So, I choose to stay for a while and write whatever things that across in my mind.

My current job is full of tiredness. I really hope the new staff will be hired soon. Oh My God. So tired. My brain. Do you really understand how I feel? If yes, thank you. If no, let me punch you on your face. haha. Just kidding dear.

I've start thinking about my birthday which is just around the corner. I don't feel excited as usual. Don’t know why. I'm not in good mood though. Dem! Why so sudden this feeling stuck in my heart. I wish I could throw it away as soon as possible. :(

I've learn new guitar chord. Yuna - Dan Sebenarnya and Melda Ahmad - Putus.

I think that's all for now. I need to get back home before my dad start to worry about me. Plus, I have a date with TORCHWOOD.

Till then. See ya!

Footnote: I don't know who I am right now but seriously this isn't me at all. *sigh*

Thursday, November 26, 2009

Raya Haji 2009

lately aku super duper sibuk. kerja yang pending teramatlah banyak since project coordinator aku berhenti. penat tak payah nak cerita. ragam orang kerajaan lagi nak layan. tapi aku tetap sabar. ada sekali tu aku menangis kat opis sebab dah terlampau pressure & stress. aku juga manusia biasa kan. so, nothing to ashame of. kehidupan aku kadang-kadang gembira, kadang-kadang sedih, menyebalkan, fed up dan macam-macam lagi la. aku benci bila aku dilanda kemurungan. it's sucks okayh. rasa down, silly, mengong dan entah apa lagi agaknya perkataan sinonim yang memberi maksud yang lebih kurang sama.

lately aku cuba motivate diri balik untuk jadi kuat. aku layan gitar dari balik keje sampai malam setiap hari. sebelum tidur main gitar. bangun pagi main gitar. hahaha. lagu yang aku dah agak mahir hotel california, white stripe - seven nation army, jonas brother - give love a try dan metalicca - nothing else matter. akan datang ialah lagu the rock - munajat cinta. InsyaAllah.

belum cukup sebulan arwah tok nor meninggal, atok aku lagi seorang pun pergi. moga Allah mencucuri rahmat beliau. amin.

Haji Muhd Hussin bin Jaafar
19 November 1929 - 19 November 2009
Bukit Katil, Melaka
80 tahun
Al-Fatihah.

on the way balik dari Melaka ke Johor Bahru, adik aku tiba-tiba tanya soalan pelik.

"kalau satu hari nanti, i salam mak, salam semua. lepas tu , i tak balik rumah sampai bila-bila, u sedih tak?"

aku tahan je sebak dan air mata dalam kereta. apa sangat lah yang budak umur 6 tahun ni tahu.

akhir kata, selamat hari raya aidiladha. sucikan hati bersihkan jiwa. :) tak tahu lagi balik melaka atau singapura.

p/s - tadi pergi jusco. ape lagi shoppppingggg la!! i bought polo watch! sangat suka!! hoyeh! :DD


Thursday, November 19, 2009

Teruja

Love Yuna
tiada kata seindah bahasa. terima kasih Yuna sebab sudi reply komen. aku sangat teruja sebab aku memang suka dia. kalau ada lelaki yang aku minat, nanti aku post entry macam ni gak kot? hahaha. have a wonderful day semua :)

Monday, November 16, 2009

Solat Dalam Gereja

ni video yang direkod oleh pelajar sekolah st. Augustine, betong, sarawak. ape perasaan korang bila tengok video ni? aku rasa marah sangat. apa ya agaknya reaksi dorang bila upacara sembahyang mereka dipermain-mainkan? video ini menghina agama Islam dan boleh menimbulkan spekulasi okayh! moga mereka insaf dan mendapat hidayah.

Saturday, November 14, 2009

Ape Kes?

isnin lepas aku pergi site visit. on the way balik, aku terserempak dengan benda ni. ape reaksi korang bila nampak? aku gelak tak ingat dunia kot. ahahaha.

pemandu siap pakai helmet

betul2 open air

Thursday, November 5, 2009

Lemas

aku mimpi buruk malam tadi. mimpi kawan baik aku lemas depan mata. aku tak sempat nak selamatkan walaupun aku pandai berenang. watak aku dalam mimpi tu ibarat tunggul. hanya terpacak tanpa apa-apa peranan. bangun-bangun je, mata aku berkaca. dem! aku menangis dalam tidur kot. ha ha. bunyi agak pelik tapi aku rasa macam situasi tu sangat real okayh! harap-harap ia cuma mainan tidur.

pernah tak korang mengalami situasi lemas? aku pernah. berapa kali? tak terkira kot! ha ha. lemas dalam air, lemas dalam dakapan, errr. okayh aku dah merepek. hehe. aku diajar berenang sejak umur 7 tahun. situasi pertama sewaktu aku sekolah rendah, lokasinya di fantasy island, pulau sentosa, singapura. masa tu aku berada di swimming pool. aku tak tahu yang kedalamannya bertambah bila sampai hujung. aku mandi dekat height 1.2m, tak perasan macam mana aku boleh sampai 1.5m. cuak sampai lupa steps berenang. nasib baik sedara aku tarik tangan aku. tak tahu berapa banyak air aku dah telan sampai kembung. semenjak itu, sedara aku tak nak bawak aku pergi sentosa lagi sebab takut aku lemas lagi.

situasi kedua dekat downtown east, pasir ris, singapura. ni ala-ala sunway lagoon la. aku pekena ombak buatan. masa tu ada banyak boya yang besar-besar. bila ombak besar datang, terus semua lompat. seronok gila. sampai satu tahap, aku tak dapat lompat. aku berada di dalam air. cuba naik ke permukaan tapi tak boleh sebab banyak boya. masa tu memang dah fikir mati je. aku cuba tolak boya tapi tak berjaya. dah tak ada oksigen untuk disedut. akhirnya guard selamatkan aku. baju aku dah tertanggal ke mana ntah. nasib baik pakai bra. ha ha.

kesimpulannya, tak semestinya orang yang pandai berenang tak akan lemas. segalanya mungkin okayh! kepada sesiapa yang tak pandai berenang, pergi amik kelas berenang or belajar dari kawan-kawan. pengetahuan berenang ni bukan untuk menunjuk-nunjuk tapi untuk keselamatan waktu kecemasan. bagus juga untuk bersukan.

Tuesday, November 3, 2009

Surat Cinta

sejak tiga hari lalu, aku tidak dapat tidur dengan nyenyak. memikirkan isi kandungan surat cinta yang aku terima sabtu lalu. butirannya jelas. senyuman aku yang mulanya manis-manis kita sudah bertukar pahit. aku sudah catat butiran yang ingin aku beli bulan ini. entah bila dapat aku tunaikan. ini semua gara-gara surat cinta. terpaksa aku pospon bershopping. setelah aku mendapatkan kepastian dari 4-5 orang rakan seuniversiti, dapatlah aku rungkaikan bahawa mungkin ramai yang dapat surat cinta ini. kalau sikit tak ape juga. ini sampai tiga ratus. adoii. aku sebenarnya risau kalau nama aku disenaraihitamkan untuk ke luar negara. apa gila aku dah buat paspot tiga ratus tiba-tiba tak boleh ke luar negara. kepada sesiapa yang belum dapat surat cinta, sila langsaikan segala hutang piutang anda terutama hutang semasa belajar. nasib baik aku dah bayar. so, nama aku tak ada dalam senarai blacklist. hoyeh! :DD

sape yang belum pernah bayar PTPTN, sila klik ini.

sape nak check senarai blacklist, sila klik ini.

sape nak check jumlah bayaran balik yang telah dibuat, sila klik ini.

sape yang suka menderma, sila klik ini.

sekian dahulu berita terkini. salam hormat.

Friday, October 30, 2009

Kuku dan Rambut

aku memerlukan pendapat korang. aku ada dua perangai buruk yang sukar dihakis. pertama, gigit kuku. aku suka gigit kuku sejak sekolah rendah. sebab itu kuku aku ketot-ketot. jangan gelak okayh. aku serius ni. yang kedua, suka tarik rambut. bukan tarik-tarik Jepun okayh. aku mula berkecimpung dengan habit ni sewaktu aku semester empat di uitm. tahun 2007. mulanya aku tengok roomate aku tarik rambut. macam best je. aku pun try la. mula-mula tu sakit kepala. tapi dah lama-lama, tak ada rasa. masa tu tak ada masalah botak lagi. tapi, sekarang ni tahun 2009. aku tak boleh kira berapa banyak rambut gatal yang aku dah tarik. dan lebih runcing lagi, kepala aku dah botak sikit belah belakang. vavi betul lah. tension okayh! aku dah tak boleh nak potong rambut stylo-stylo lagi.

soalan aku : apa yang harus aku lakukan untuk menghakis perangai buruk aku ni? aku sangat memerlukan pandangan korang. tolonglah beri respon okayh! sankyu :DD

Monday, October 19, 2009

Tough Days

aku sangat rindu pada blog ini! serius. minggu lepas adalah minggu yang sangat tough bagi aku. hari jumaat lepas, banyak sangat perkara yang berlaku dalam masa 24 jam. arwah atok aku meninggal, sepupu aku nikah, cincin hilang, handphone hilang. aku rasa macam meroyan jap. things are getting too complicated. masa aku ke majlis berinai pengantin perempuan, aku ditugaskan untuk membawa dulang hantaran. bawak buah-buahan je. hahaha. tapi berat ok! time berhenti tepi jalan, aku keluar kereta jap. langsung tak perasan apa-apa. bila masuk je rumah pengantin, aku cari handphone. alamak! tak ada dalam handbag. tapi aku tak cuak langsung sebab mungkin tertinggal dalam kereta. lepas lebih kurang 2 jam, kami minta diri untuk pulang. bila sampai kat kereta, aku terus cari handphone. tak ada! aku try call. ada calling tone tapi tak ada bunyi handphone dalam kereta. dem! siyes rasa macam nak nangis. aku bajet cicir kat mana-mana. handphone tu ada simpan macam-macam data! aku tenangkan diri. lebih kurang 5 minit. aku suruh ayah aku berhenti kat tepi jalan yang aku keluar kereta tadi. aku bagitau kalau aku beli handphone tu dengan duit halal, insya Allah jumpa balik. aku keluar kereta dan terus nampak benda berkilat-kilat warna pink. aku terus menerkam dan mengucapkan syukur kepada Allah. siyes aku sangat bersyukur sebab tak ada yang perasan handphone aku tepi jalan tu. terima kasih Tuhan.

nota : aku demam harini sebab 3 hari straight tak cukup tidur. doakan aku cepat sembuh ya? mekasih :)

Thursday, October 15, 2009

Yuna's EP Received

i'm having the best moment right now. walaupun tadi kopi o ais aku tumpah di atas baju kurung. aku tetap mampu tersenyum. coz she's the one who can make me the happiest person in the world! thanks to yuna. i received ur EP this morning. :)

i got her signature! woot~

happy mode~

nota : thanks a lot to kak has too :DD

Thursday, October 8, 2009

Kotak Fikiran Ligat Dok Berfikir

penafian : entri ini bersifat terbuka dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak sama ada yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia. elakkan diri dari entri ini jika anda penghidap sakit hati kronik kerana mungkin entri ini bakal menyinggung perasaan anda sekaligus menyumbang kepada mati kerana terkilan.

setelah hampir dua puluh dua tahun bernafas di alam nyata ini, pelbagai ragam manusia yang aku temui. tak kira lelaki mahupun wanita. berbekalkan ilmu pengetahuan yang cetek, aku terpanggil untuk berkongsi pengalaman dan dalam masa yang sama mengajak semua pembaca muhasabah diri bersama-sama dalam memantapkan etika dan perlakuan masing-masing serta mencari keredhaan Allah.

jika kita bercerita tentang cinta, macam-macam jawapan yang akan dilontarkan dari mulut masing-masing. ada yang suka dan ada yang duka. bagi aku, cinta tu macam TV9, dekat di hati. haha. cinta itu sukar kan kita nak tafsir. bak kata maya karin dalam filem anak halal,

"ada cinta yang terang, ada cinta yang samar dan ada cinta yang langsung tak nampak"

dari pandangan aku, cinta itu wujud tapi hanya mereka yang tahu menghargainya sahaja bakal merasakan nikmat cinta. cinta bukanlah berkenalan di waktu pagi, melakukan seks pada tengaharinya dan ditinggalkan pada waktu senja. ada lelaki yang merasakan cinta itu ibarat "wear and tear", "touch and go" dan macam-macam lagi. sah-sahlah mereka hanya inginkan seks semata. pernah aku dengar fakta berbunyi begini,

"lelaki perlukan seks untuk cinta dan wanita memerlukan cinta untuk seks"

sejauh mana kesahihannya aku pun tak pasti. yang pasti aku sangat takut jika bertemu dengan orang yang salah. bila satu-satu perhubungan tak kira percintaan mahupun perkahwinan retak, alasan paling mudah yang diberi ialah "tak ada jodoh" atau jodoh tak panjang". cuba fikir sebab dan kesan. setiap perkara mesti bersebab betul tak? masakan pokok bergoyang tanpa angin.

jadi, jika anda berhadapan dengan situasi ini, anda perlu bijak mengawal emosi. fikir dahulu sebelum bertindak. jangan nak cakap ikut sedap mulut je. bak kata pepatah "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa". masalah yang biasa kita dengar bila berlaku perang dingin adalah disebabkan oleh orang KETIGA. apa kata kita duduk muhasabah diri. cuba fikir kenapa, bagaimana, bila dan siapa. jangan hanya tahu menyalahkan pihak lain kerana tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini.

jika ada masalah yang timbul, adalah lebih baik jika bersemuka dan memberitahu masalah yang dihadapi. jangan hanya diam seribu bahasa kerana orang tak tahu apa yang kita mahu! setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. bagi mereka di luar sana yang sering didera mahupun dipaksa untuk menyara pasangan, lupakan sajalah mereka. wanita masih mampu bernafas walau tiada lelaki di sisi. jangan seksa diri semata-mata kerana tidak mahu diejek teman-teman kerana masih single dan tidak teman lelaki. adalah lebih baik jika single kerana terpelihara dari melakukan dosa-dosa.

jenis-jenis perempuan yang pernah aku temui :

i. perempuan suci - perempuan kategori ni dikira baik la. pandai jaga diri dan maruah. tidak melibatkan diri dengan maksiat dan aktiviti tidak sihat seperti dadah, rokok dan arak. tidak melakukan seks bebas atau rempit. hidup secara sihat dan biasanya tiada masalah keluarga.

ii. perempuan dara tapi tak suci - perempuan kategori ni dikira nakal. ada masalah keluarga tak kiralah cerai atau bimbingan agama tak kukuh. masih belum berkahwin tetapi kerap melakukan aktiviti seks bersama teman lelaki. nak kata jahat tak juga tapi dia melakukan amalan baik dan jahat.iman tak tetap.

iii. perempuan liar - perempuan kategori ni biasanya hidup bebas. tinggal bersama teman-teman. kerap ke kelab malam. biasa dengan aktiviti dadah, arak, rokok, rempit dan seks sebagai rutin harian. berkemungkinan besar pernah melahirkan anak luar nikah.

jenis-jenis lelaki yang pernah aku temui:

i. lelaki teruna - lelaki ni biasanya tidak biasa dengan wanita. kekok la senang cerita. boleh menggelabah secara auto jika ternampak amoi-amoi pakai skirt mini dan tube jalan kat depannya. iman ada tapi kadang-kadang goyah. walau bagaimanapun masih mengekalkan terunanya untuk isteri tercinta.

ii. lelaki nakal - lelaki jenis ni biasanya kita panggil playboy. suka mempermainkan perempuan. pandai bermain kata. suka konsep "touch and go". kalau ditinggalkan kekasih, mereka bakal berkata, "ah, tak heran lah perempuan macam kau. esok lusa aku dapat yang baru". setakat ice tu dah macam makan nasi kot.

iii. lelaki tua tak sedar diri - lelaki jenis ni biasanya dah berumur. ada pangkat dan wang. suka bayar wang untuk mendapatkan seks. teruk sangat dah ni. kira sangap selalu la. bini kat rumah dah monopos agaknya. obviously, bini lebih dari satu orang la. standard la. kata orang kaya. mesti la nak yang muda dan bergetah.

kesimpulannya, bagaimana mahu mendapat yang baik jika kita tak mahu berubah? ada aku baca satu fakta menyatakan dah terlalu ramai anak luar nikah di Malaysia ni. tak kesian ke kat mereka yang tak berdosa. membesar tanpa mengetahui siapakah ayah kandung mereka. kepada mereka yang gemar aktiviti seks, kahwinlah kamu sebelum kamu ditangkap basah! tak cukup ke dosa yang kau dah buat? aku sangat suka kata-kata ini,

"lelaki baik untuk perempuan baik dan begitulah sebaliknya!"

*lu fikirlah sendiri*

nota : otak tengah ligat masa taip entri ni. jam 2 pagi, 081009. entri ni bukan ditujukan kepada sesiapa. ia hanya pandangan dari kaca mata aku sendiri. dalam masa yang sama, ingin muhasabah diri untuk menjadi manusia yang lebih baik dari masa ke semasa! :)

Friday, October 2, 2009

Aku Anak Malaysia

banyak sungguh impian yang diangan,
banyak benar cita yang ingin digapai,
moga tidak terkandas di tengah jalan,
dalam merealisasikan semua impian,
moga semangat bukan berkobar untuk seketika,
moga azam tidak bernoktah,
moga segalanya dipermudahkan,
agar realisasi dapat direalitikan,
sebelum nikmat ditarik kembali.

berjuang lah kau dalam hidup ini,
mengecapi nikmat hidup,
yang tersirat tanpa kau ketahui,
berubah lah kau menjadi peneroka,
menyelak segala macam isi bumi,
agar kelak kau akan mengerti,
hidup ini terlalu indah untuk dinikmati,

sayangilah seramai mana yang kau mampu,
kelak kau akan gapai suatu KEBAHAGIAAN.

[ puisi menyahut Bulan Bahasa Kebangsaan ] *peace* :D

sekarang aku sedang sibuk.

Mengambil Diploma untuk sukan Memanah, Degree untuk Bola Cat, Master untuk bermain Gitar dan PHD untuk Lesen D.

selamat berjuang NURUL JANNAH. moga impian kau tercapai! :)

Thursday, October 1, 2009

I Don't Give A Damn

i miss you everyday since we've met,
i love everything bout you,
the way you treat me,
the songs you dedicated,
the present you gave,
the time we have spent together,
the pictures we took,
the enjoyable video you recorded,
the sweet text you sent.

until last night,
you made me blown away.
the wound is so deep inside,
thank you.

one day, you'll realize that you've made a big mistake.
for hurting such a nice girl like me.

NOW, I HATE EVERYTHING ABOUT YOU.

Thursday, September 17, 2009

Saturday, September 12, 2009

Kuning ke Hijau?

melangkah masuk ke select di shell, aku terus menuju ke kaunter.

"abang, nak isi sepuluh hijau."

"sepuluh? hijau?

"yup."

apa pasal semua orang dalam select tiba-tiba memandang aku?

*perasan jadi artis sebentar* hahaha.

nota : vs125 aku tak kacip dengan RON95. cara pembawakannya seperti menunggang kuda yang mengalami cirit-birit dan batuk-batuk. jadi, aku sudah bertukar ke RON97.

sebelum harga minyak naik : RON97 RM10 = 5.56L
selepas harga minyak naik : RON97 Rm10 = 4.88L

Wednesday, September 9, 2009

Kisah Yang Tak Berhujung

09/09/09, unik betul tarikh hari ni. kalau ada baby yang dilahirkan hari ini, alangkah indahnya susunan nombor mykid beliau. hmm.. sudah lama tidak post entri, been busy lately membuat research untuk projek baru. hidup aku kini hanya tertumpu pada keluarga dan kerjaya. langsung tiada ruang untuk insan bernama kekasih. bukan tidak mahu tetapi tiada yang mahu. hahaha. ok, aku tak fikirkan pun pasal perkara ni sebab aku rasa usia aku ni masih muda. baru mencecah dua puluh dua tahun, terlalu banyak benda yang belum aku capai. tiada kereta atau rumah. nasib baik aku ada ASB. hehe.

aku agak terpukul bila ada yang melontarkan perkataan 'bacul' bila aku mengatakan bahawa aku masih single. wth? salah ke jika aku tak punya kekasih. huwaaaaaa T_T sejujurnya, aku straight. aku bukan tidak mahu berpasang-pasangan seperti kamu semua, tapi aku tidak reti ok! bila ada yang bersiul, aku tak mengendahkannya. aku tak suka dicop perempuan jalanan ok. aku juga tidak keluar berjalan. cuti hujung minggu biasanya aku hanya duduk di rumah menonton drama korea ataupun tidur. kalau keluar pun, aku ke tempat snooker untuk bermain pool atau ke swimming pool. dunia aku hanya ada keluarga dan kawan-kawan.

aku tak tahu bagaimana mencari lelaki yang sesuai. bila aku mengatakan yang aku masih single kepada kawan-kawan aku, mereka seakan tidak percaya. perkataan yang wajib terpacul dari bibir mereka adalah "ah! tipu la. tak kan la muka cute macam kau tak ada boyfriend" atau "eleh, memilih sangat la tuh". cuba bayangkan situasi aku. bagaimana mahu bercinta kalau semua orang tak percaya aku single. mungkin ada cop di dahi tertulis 'not available'! haih. setiap hari aku hanya berserah kepada Allah agar memberikan jodoh yang terbaik buatku. perlukah aku berserah kepada takdir tanpa berusaha? perlukah aku mencari atau dia akan datang pada aku? ah! rumitkan kisah hidup aku. akhirnya aku memilih untuk tidak berfikir. hahaha.

Friday, September 4, 2009

Insaf

beberapa hari yang lalu, aku berkesempatan untuk menonton CD ceramah oleh ustaz Abdullah Khairi mengenai kelebihan Al-Quran. sangat insaf apabila beliau menunjukkan pelbagai bukti tersirat yang telah terbuku di dalam Al-Quran. diceritakan juga tentang kehidupan selepas mati, video suara berjuta-juta manusia menjerit di dalam kubur, kemunculan sosok pocong yang mukanya sudah hancur akibat tidak solat sewaktu hidup, kemalangan ngeri penunggang motosikal digilis treler, wanita kepala manusia berbadan anjing dan banyak lagi. (boleh cari video di dalam youtube)

yang paling mengagumkan aku apabila matinya seorang hamba Allah yang taat, dahinya muncul cahaya tertulis nama Allah, ada juga yang mati dalam keadaan sujud di dalam solat. masya Allah. sesungguhnya Allah menjanjikan syurga bagi mereka yang taat melakukan perintah-Nya. tiada bekalan yang akan dibawa sesudah mati melainkan ilmu yang berguna, amal jariah dan doa anak yang soleh. jadi, jangan sesekali kita malas atau buat-buat terlupa untuk solat kerana ia adalah tiang agama. bagus kan ceramah beliau? sehingga membuka mata aku untuk tidak lalai lagi dalam melaksanakan perintah-Nya.

nota : usai solat berjemaah maghrib malam tadi, dahiku dicukup abah. oh alangkah bahagianya hidup ini. ;)

Friday, August 28, 2009

Merdeka Hanya Di Bibir Bukan Di Minda

tadi meeting, bos aku cakap aku akan develop portal Iskandar Malaysia. 100% hasil kreativiti aku untuk kerajaan. akhirnya, ada juga sumbangan yang aku buat untuk kerajaan. :)

buat rakyat Malaysia, selamat menyambut hari kemerdekaan ke-52. dah setengah abad kita bebas daripada penjajahan. tapi mengapa budaya kita tidak pernah lekang dek budaya barat. mengapa masih berlaku perebutan kuasa, bergaduh sesama ISLAM dan paling memalukan ada yang cuba melanggar hukum Allah. apa sudah jadi?

haih.

kita dah merdeka ke belum ni? kau fikirlah sendiri.

Thursday, August 20, 2009

Bergaji Jua Akhirnya

sejuk sikit hati pagi ni. pergi mesin ATM cucuk duit.

Baki Simpanan Anda :

RM 4020.13

yeay! gaji sudah masuk setelah di'extend' selama 20 hari. tapi, tak lah sebanyak nilai di atas ni. sekadar cukup untuk membayar semua hutang. bakinya? ah, tak ada baki langsung untuk aku! sekurang-kurangnya aku tidak dibebani oleh hutang lagi.

selamat berpuasa semua. moga Ramadhan kali ini disambut sederhana tapi lebih bermakna! :)

Tuesday, August 18, 2009

Tersentuh

waktu lunch tadi, aku terus bergegas ke cafe untuk menapau makanan. cafe tersebut terletak di depan bangunan tempat aku bekerja. kebetulan hari ini kelihatan bangunan aku dipenuhi oleh sosok badan manusia. mungkin mereka menghadiri kursus keusahawanan di tingkat atas. sewaktu memasuki semula bangunan, rakanku menolak pintu. kelihatan ada lelaki juga mahu keluar. sesudah kami masuk dan lelaki itu keluar, secara auto aku mau menutup kembali pintu memandangkan bangunan aku memang berhawa dingin. tiba-tiba aku merasa tangan aku disentuh padu. ah! damn! lelaki itu juga mau menutup pintu rupanya. lantas aku melepaskan genggaman pada pemegang pintu dan berjalan menuju ke opis dengan wajah merah merona tanpa melihat wajah lelaki itu. anggap sahaja ia kemalangan yang tidak disengajakan. apa kes dia pegang tangan aku? huwaaaaa..!! aku tak rela! :(

Monday, August 17, 2009

Bintang 14 Hari

lagu ni best bagi aku. bila dengar je, kepala auto sejuk, hati auto riang, perut auto kenyang. tak percaya? cuba lah dengar. :)

Download Kangen Band - Bintang 14 Hari

14 hari ku mencari dirimu
Untuk menanyakan dimanakah dirimu
14 hari ku datangi rumahmu
Agar engkau tahu tertatihku menunggumu

Aku kangen sama kamu
Apa kamu udah gak sayang aku

Maafkanlah aku lari dari kenyataan
Bukan karena aku tak punyai rasa sayang
Maafkanlah aku mencoba tuk berlari
Karena suatu nanti engkau pasti kan mengerti

Kamu pacar terbaikku
Walau hanya sekejap di hati

Mengapa hanya sekejap saja
Ku merasakan indahnya dengan dirimu
Mengapa hanya untaian kata
Ku rasa tiada sempurna cerita cinta kita

Saturday, August 15, 2009

H1N1 Semakin Serius

jumlah kematian wabak influenza A atau H1N1 semakin meningkat hari demi hari. sehingga semalam, angka korban telah mencatat 51 kematian. mangsa terdiri daripada kanak-kanak dan mereka yang berpenyakit. apa reaksi kita? takut? cuak? goyang kepala lutut? heh. apakah menutup sekolah dan universiti adalah langkah terakhir untuk mencegah penularan wabak ini? apa langkah-langkah pencegahan yang diambil untuk mencegah wabak ini? mengapa rata-rata masyarakat kita tidak memakai mask sebagai langkah berjaga-jaga? mengapa tiada pihak yang mahu memberikan mask secara percuma kepada rakyat? mahal sangat kah harga sekeping mask berbanding nyawa rakyat? jika kita fahami dan dalami, semua ini hanyalah sebab dan musabab. dunia ini sudah tua. ramai orang beriman sudah meninggalkan kita. moga aku pergi sebelum tiba hari kiamat.

Friday, August 14, 2009

Tajuk Sama

aku buka blog mrblind, tiada entri baru. di sudut kiri page itu, aku lihat blog list nya penuh dengan blog-blog yang baru dikemaskini. aku terpandang tajuk yang pertama.

...PAST, PRESENT & FUTURE...
MARI KITA CEGAH H1N1

aku jadi pelik. sejak bila aku buat entri sebegitu. aku hover tajuk tuh. sah-sah bukan blog aku. aku termenung seketika. bagaimana tajuk blog kita boleh tersama. aku telah menukar tajuk blog dari proudly present nuyuljana ke past.present.future pada awal tahun 2009. faktor yang menyebabkan aku tukar tajuk ialah kerana aku merasakan tajuk lama itu terlalu poyo dan meninggi diri. hahaha.

berhari-hari juga lah sebenarnya aku memikirkan tajuk yang sesuai untuk blog ini. pada malam ilham tajuk tuh sampai, aku berdoa agar belum ada siapa-siapa yang memiliki tajuk sebegitu. nyata hari ini aku silap. mungkin kami mempunyai pemikiran yang sama dalam mengekspresikan kata-kata melalui medium sebegini.

yang paling penting, apa yang hendak aku kongsikan dapat difahami oleh kamu semua. siapa faham angkat tangan. *tee hee*

Pengalaman Pahit Dan Maung

Pulau Langkawi, hampir seminggu aku tinggalkan pulau itu. banyak kenangan manis di sana. banyak jua duitku habis di sana. haha. namun, ada perkara yang membuat aku tidak boleh lupa. sewaktu menaiki feri ke jeti Kuala Perlis, aku ada meminta bantuan seorang lelaki foreigner untuk mengambil foto. gembira hatiku bila satu team dapat diabadikan dalam sekeping foto. team aku terdiri terdiri dari 12 orang. datangnya dari KL, Kluang dan JB. setelah tiba di jeti kuala Perlis, akhirnya kami berpecah mengikut haluan masing-masing.


team aku ada seramai 5 orang. kami menaiki bas ekspres dari Kuala Perlis ke Johor Bahru. memakan masa lebih kurang 12 jam. waktu menunggu bas tiba, aku melihat kelibat lelaki yang mengambil foto team aku sewaktu di dalam feri. kebetulan di dalam bas, lelaki itu duduk di belakang seat aku sebelah tingkap. aku dan rakanku, eima melabuhkan punggung di kerusi empuk itu. aku memberi eima kerusi di sebelah tingkap memandangkan hari sudah malam dan aku mau tidur sahaja.

lebih kurang sejam kemudian, aku sudah tiba di Kedah. tidurku menjadi kurang enak kerana penyaman udara yang terlalu sejuk dan bau kaki orang yang busuk! aku pakai minyak cap kapak dan sambung tidur. tiba-tiba aku rasa ada benda tajam bergerak-gerak di celah penghadang antara seat aku dan eima. bergerak di belakang lengan aku. aku diamkan sahaja. kemudian mengambil beg dan letakkannya di tengah celah. benda tajam itu bergerak lagi. kali ini lebih ekstrim menjalar di celah sebelah tingkap. aku dan eima menjadi tidak enak. lantas aku menyuluh benda itu dengan lampu di telefon bimbit.

alangkah terkejutnya kami bila benda yang bergerak-gerak itu rupanya kaki lelaki itu. dia meraba menggunakan kaki. vavi sungguh. aku terus pusing belakang dan merenung mata lelaki itu. dia terus memejamkan mata berpura-pura tidur. oleh kerana perjalanan masih jauh, kami memutuskan untuk duduk di kerusi belakang lelaki itu. aman. lega. itu lah perasaan kami. tiada lagi gangguan dari lelaki bodoh itu. beberapa jam selepas itu, tiba-tiba lelaki itu merendahkan seatnya dan meletakkan tangan ke belakang. alangkah terkejutnya rakanku kerana tangan lelaki itu mencapai pehanya. aku menjadi marah dan menendang kerusi lelaki bodoh itu. dia membatu sahaja.

akhirnya rakanku berpindah lagi seat ke belakang. kami tidur nyenyak tanpa sebarang gangguan lagi. bas tiba di puduraya jam 1 pagi. seorang penumpang sudah turun. pemandu ke belakang dan mencari lagi seorang penumpang yang sepatutnya turun. sepi. tiada respon kerana semua tidur mati. pemandu mengejutkan lelaki bodoh itu dan bertanya adakah dia mau turun di KL. dia mengangguk dan terus turun. aku terus mengambil pisau belit dan mencucuk kepalanya. dia mengaduh kesakitan dan darah mengalir deras. hahaha. ok aku tipu. dia turun begitu sahaja. akhirnya berambus juga jantan keparat itu. aku syak dia tengah horny memandangkan suhu yang sejuk.

ini lah pengalaman menaiki bas yang paling cilakak. aku jadi benci sama semua foreigner. moral of the story, kita jangan baik dengan orang yang tidak dikenali kerana mereka mungkin pengebom yang dikehendaki. kepada lelaki bodoh itu, moga Allah membalas perlakuan jahat kau pada kami!

Wednesday, August 5, 2009

Away To LANGKAWI

malam ni aku akan bertolak ke Langkawi. aku akan buat training utk semua majlis daerah negeri Johor. doakan aku selamat pergi dan pulang. jangan buat aksi lucah di sini sewaktu ketiadaan aku. bagi siapa-siapa yang nak kirim coklat, minyak gamat atau apa-apa, sila bank duit ke akaun maybank aku. :D

bon voyage!

Monday, August 3, 2009

Arnab Is Satay

aku duduk di bilik bersama adik. aku ajak dia berbual. tanya dia soalan matematik. aku bagi soalan standard tadika. mestilah senang. dia dapat jawab semuanya dengan betul. aku suruh pula dia translate haiwan daripada Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris.

aku : kucing?

adik : cat.

aku : anjing?

adik : dog.

aku : katak?

adik : frog.

aku : arnab?

adik : satay!

aku : salah lah. arnab dalam Bahasa Inggeris rabbit.

adik : abah cakap satay. kak nana, bila nak sembelih arnab u buat satay?

aku : (tergamam)

Chenta Hati Saya

arnabku, BERTAHANLAH!

Friday, July 31, 2009

Jasamu Tetap Di Sanubari

genap hari ini dua tahun pemergian ibu. moga ibu tenang di sana. amin. kami sekeluarga sentiasa merinduimu. tiada apa yang mampu anakmu berikan melainkan doa yang tidak pernah putus buat ibu. Al-Fatihah.

Allahyarhamah Hajjah Marinah binte Yacoob
19 September 1952 - 31 Julai 2007


Ibu Mithali - Rabbani

Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu di sanjung tinggi
Jasamu tetap disanubari

Ibu oh ibu fitrah ku murni
Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasih mu dalam jiwaku
Kau di sayangi kerna menyayangi

Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu di sanjung tinggi
Jasamu tetap disanubari

Ibu oh ibu hatimu suci
Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahgiaan sekeluarga

Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu di sanjung tinggi
Jasamu tetap disanubari

Ibu oh ibu kau serikandi
Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi
Menta'ati Allah juga suami

Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu di sanjung tinggi
Jasamu tetap disanubari


Tuesday, July 28, 2009

Saksi

pagi ini, sedang aku menunggang kuda di jalan raya, aku berdepan dengan situasi yang luar biasa. kemalangan yang berlaku di depan mata sendiri membuat aku tergamam seketika. betul-betul berhadapan dengan bus stand taman sri putri, skudai, kelihatan ada kuda yang masuk ke lorong sebelah untuk mengelak bertembung dengan bas awam yang keluar ikut suka hati mak cik dia. kuda itu nampaknya tidak sengaja telah bertembung dengan kuda lain. berlaku pelanggaran kenyal sebentar. hampir sahaja kepala salah seorang digilis oleh kereta waja dan bas!! aku yang tidak jauh dari situ menghentikan kuda seketika dan terus datang memberikan bantuan. aku sangat bersyukur kerana Malaysia kaya dengan masyarakat yang bertanggungjawab dan peka dengan keadaan sekeliling. ramai sangat yang datang membantu. kemalangan berlaku di tengah-tengah lorong membuatkan keadaan lalu lintas sesak sebentar. itu kali pertama aku rasa berdiri di khalayak ramai menghulurkan bantuan. aku lihat di hadapan aku ada banyak sangat kereta, lori pasir dan bas. aku rasa tindakan aku membantu mangsa adalah tindakan yang betul. jadi, kepada mereka di luar sana, jika lihat ada kemalangan berlaku di depan mata, jangan hanya melihat. bantulah mereka kerana sesungguhnya mereka amat memerlukan bantuan. mereka juga tidak meminta berlaku sedemikian. aku juga pernah mengalami perkara ni. terima kasih kepada abang-abang yang bantu masa aku kemalangan dulu.

nota : i was inspired after watching 3R on tv3. it leads me to think positive in anyway! ;)

Monday, July 27, 2009

Letih

penat, letih, krem. itu yang aku rasa sekarang ni. badan, otak sangat letih. penat melayan pelbagai kerenah dan ragam. aku perlukan rehat. sangat memerlukan rehat. cuti sehari setiap minggu langsung tak cukup. kawan-kawan call dan text aku ajak lepak, tapi aku rasa sangat letih. tak larat nak keluar hang out. bila baring atas katil lepas balik kerja, aku rasa satu kepuasan.

damn it. bila penat ni mau hilang? aku rasa bersalah sebab tak tahu sudah berapa kali aku tolak ajakan mereka. i just don't how to get rid of it.

Friday, July 24, 2009

I'm Back

pagi semalam pada waktu sekarang, aku berada di dalam bilik mesyuarat di sentul. sekarang ni aku suda berada di atas kerusi opis di jb, the place where i belong! yeay! semalam aku berjalan-jalan di kl bersama opismate aku. kami berdua memang tak kacip dengan kl tapi kami redah je. aku tak tahu nak jalan mana, so aku tahan teksi. mula-mula nak pergi chow kit, lepas sembang gedebak-gedebuk dengan pemandu teksi tuh, kami buat keputusan untuk ke masjid india. pemandu teksi tu kata banyak kain baju jual kat sana. ok set! on la kiranya.

sampai dekat masjid india, dia turunkan kami kat tepi jalan, tambang teksi kami rm18. dari plaza sentul ke masjid india. bapak mahal gila. aku syak dia tipu kami. pusing entah kat mana-mana je. cilakak betul. aku pusing-pusing masjid india macam pelancong. serius weyh, aku memang tak tahu langsung tempat ni, pi mai pi mai tang tu. hahaha. seronok gak la sebab dapat beli kain pasang untuk buat baju raya. kami shopping lebih kurang tiga jam kot. sampai kaki aku keluar asap. hahaha. melecet tapak kaki aku. adoi. suda pukul tiga lebih baru perasan kami belum lunch. patut la kebulur lain macam. cari punya cari kedai makan, tak jumpa! yang aku jumpa tudung, baju, tudung, baju. haih.

jalan depan sikit nampak kamdar, pandang depan nampak bangunan kwsp. dari tadi aku nampak bangunan tuh. dem! aku suda tak tahu nak ke mana. end up, opismate aku tanya abang rambut corn roll, die cakap ade kfc dan a&w. dia bagi direction dan kami terus sambar kfc. lapar weyh! aku pekena toasted twister. boleh tahan sedap. lepas melempiaskan nafsu makan, kami tahan teksi terus ke puduraya. aku selamat sampai di rumah pukul lapan lebih. pukul sembilan setengah malam, aku suda tidur. fuh, rasa macam suda sebulan tak jumpa itu katil. enak tahap dewa.

Wednesday, July 22, 2009

Taip Laju Gila

5.09 pm, bos aku call bagitaw aku kena pergi KL. ada meeting kat sentul pagi esok. sebagai pekerja yang berdedikasi, aku tak tolak. kali terakhir aku ke sana adalah pada januari yang lalu. sekarang ni otak aku agak serabut sebab aku kene gerak jap lagi. ya, jap lagi. so, sewaktu ketiadaan aku, sila jangan buat perkara-perkara pelik di blog aku. jangan nakal-nakal ogey?

sayonara! ;)

Tuesday, July 21, 2009

Random Awesome & Album Teaser

Yuna - Random Awesome


Album Teaser


Happy Tuesday. ;)

Monday, July 20, 2009

You'll Never Know What Lies Ahead

sudah lama aku tidak menjenguk friendster. bila bukak je, hati aku bagai taman yang penuh dengan bunga. aku dapat komen dari dia. seseorang yang aku mimpi beberapa hari yang lalu. bangun saja dari mimpi, terus aku terbalikkan bantal. entah apa mimpi dia hantar komen padaku pun aku tak tahu. yang pasti aku sangat-sangat gembira. walaupun, komen yang dihantar hanya ukiran senyuman. :)

Pengalaman Pertama

pertama kali bersua muka, aku sangat berdebar-debar. melihat tubuhmu yang kecil dan mungil amat mengghairahkan. tanpa membuang waktu, aku terus menerkam dirimu. aku duduk di atasmu. meraba dan meng'adjust' apa yang patut. fuh, sedap jugak. sumpah ni kali pertama aku buat begini. hampir dua jam aku bersama denganmu. macam-macam tips yang aku dapat. ke kiri, ke kanan, kejap laju, kejap perlahan, bila penat berhenti berehat, lepas tu sambung balik. perghhh. sangat puas! itu lah perasaan yang bermain di benak jiwaku. aku rasa macam nak buat lagi la hujung minggu ni. bestnya belajar memandu kereta.

aku sudah gian mau bawak kereta. tapi kereta kat rumah aku auto pulak. ada sapa-sapa nak kasi pinjam kereta manual kat aku tak?

Thursday, July 16, 2009

Creative Ideas

just wanna share some amazing picture with you guys! enjoy it.

































have a nice day. smile always ogey. :)

Wednesday, July 15, 2009

Akan Segera Ditayangkan 2

Jika anda tertanya-tanya siapakah gerangan wanita yang aku maksudkan dalam entri ini, ini lah jawapannya.


Sumber : RCTI

nota : kalau kat Johor, 18.00 WIB adalah pada pukul 7.00 malam. apa pun, kita nantikan kemunculannya. *peace*

Tuesday, July 14, 2009

Anugerah Planet Muzik 2009

Bahang anugerah planet muzik 2009 kian terasa. Artis yang bakal berentap semuanya hebat-hebat. Tiga negara yang bakal bertanding iaitu dari Malaysia, Singapura dan Indonesia. Barisan artis tanah air terdiri daripada Siti Nurhaliza, Yuna, Faizal Tahir, Meet Uncle Hussein dan ramai lagi. tak lupa juga artis dari Indonesia seperti ST12, Agnes Monica, dan dari Singapura seperti Taufik Batisah dan Aliff Aziz.

Anugerah ini buat julung-julung kalinya diadakan di Jakarta, Indonesia. Siaran langsung boleh ditonton melalui kaca tv rumah anda pada hari sabtu, 18 Julai 2009. Saluran astro ria(104) di Malaysia, Suria di Singapura dan GlobalTV di Indonesia pada jam 9:00 malam bagi Malaysia dan Singapura manakala 8:00 malam waktu di Indonesia. Bagi yang tidak berpeluang menonton secara langsung boleh mendengar secara langsung di Sinar FM.

Berikut adalah senarai kategori yang dipertandingkan pada tahun ini :-

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu Untuk Artis Baru Lelaki (Best Vocal Performance In A Song By A New Male Artiste)

Afgan – Terima Kasih Cinta
Aizat – Hanya Kau Yang Mampu
Dirly – Sampai Ke Ujung Dunia
LoBow – Kau Cantik Hari Ini
Nubhan – Ada Untukmu

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu Untuk Artis Baru Wanita (Best Vocal Performance In A Song By A New Female Artiste)

Aura Kasih – Mari Bercinta
Ayu – Hanya Di Mercu
Cinta Laura – Hey Baby!
Nana – Lafaz
Stacy – Aku Stacy
Yuna – Dan Sebenarnya

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu Untuk Duo / Kumpulan Baru (Best Vocal Performance In A Song By A New Duo / Group)

D’ Masiv – Cinta Ini Membunuhku
Hello – Ular Berbisa
Hujan – Pagi Yang Gelap
Kotak – Beraksi
ST12 – PU.S.PA.
Kolaborasi Terbaik Dalam Lagu (Best Collaboration In A Song):
Be’te – Dewiq Feat. Ipang
Bersamamu - Joe Flizzow Feat. Junior Arif
Hikayat Cintaku – Glenn Fredly Feat. Dewi Persik
KepadaNYA – Taufik Batisah Feat. Hady Mirza
Mantera Beradu – Malique Feat. M. Nasir
Sujud – Mawi Feat. KRU

Artis Lelaki Terbaik (Best Male Artiste)

Afgan – Confession No. 1
Aizat – Percubaan Pertama
Reshmonu – Harapan
Taufik Batisah – Suria Hatiku
Tompi – My Happy Life
Artis Wanita Terbaik (Best Female Artiste):
Bunga Citra Lestari – Tentang Kamu
Misha Omar – Misha Omar
Mulan Jameela – Mulan Jameela
Nikki – Hawa
Siti Nurhaliza – Lentera Timur

Duo / Kumpulan Terbaik (Best Duo / Group)

Andra & The Backbone – Season 2
Hujan – Hujan
Kotak – Kedua
ST12 – PU.S.PA
Yovie & Nuno – The Special One

Lagu Terbaik (Best Song):

Dia Milikku – Yovie & Nuno (The Special One)
Laskar Pelangi – Nidji (Laskar Pelangi Official Soundtrack)
Matahariku – Agnes Monica (Sacredly Agnezious)
Pagi Yang Gelap – Hujan (Hujan)
Terima Kasih Cinta – Afgan (Confession No. 1)
Terserah – Glenn Fredly (Glenn Fredly Private Collection)

Album Terbaik (Best Album)

Confession No. 1 – Afgan
Hujan – Hujan
Kedua – Kotak
Percubaan Pertama – Aizat
The Special One – Yovie & Nuno

Artis Singapura Paling Popular (Most Popular Singapore Artiste)

Aliff Aziz
Didicazli
Fauzie Laily
Hady Mirza
Hyrul Anuar
Imran Ajmain
Merah
Nurun Nuwarrah
Sleeq
Taufik Batisah
The Sallys
Zaibaktian

Artis Malaysia Paling Popular (Most Popular Malaysian Artiste)

Aizat
Anuar Zain
Bunkface
Estranged
Faizal Tahir
Hujan
Mawi
Meet Uncle Hussein
Misha Omar
Siti Nurhaliza
Stacy
Yuna

Artis Indonesia Paling Popular (Most Popular Indonesian Artiste)

Afgan
Agnes Monica
Bunga Citra Lestari
D’Masiv
Gita Gutawa
Hijau Daun
Kotak
Nidji
ST12
The Changcutters
Ungu
Yovie & Nuno

Artis Serantau Paling Popular (Most Popular Regional Artiste)

Singapore : AhliFiqir, Aliff Aziz, Hady Mirza & Taufik Batisah

Malaysia : Faizal Tahir, Hujan, Meet Uncle Hussein, Siti Nurhaliza

Indonesia : Afgan, Agnes Monica, Nidji, ST12

Lagu Singapura Paling Popular (Most Popular Singapore Song)

Andai – Merah
Berserah – Taufik Batisah
Gelora Jiwa – Raven
Impianku – Didicazli Feat. Sleeq
Kau Ingin Ku Miliki – Nurun Nuwarrah
Lafaz – Nana
Lelaki Baru – Zaibaktian
Novela Cinta – Ross Revalina
Pilihan Aku – Sleeq
Rela Setia – Didicazli
Sementara – Cradle
Teman Istimewa – Taufik Batisah

nota : bagi mereka yang tidak ada astro di rumah, jangan sedih, cuba ambil pinggan di dapur dan letak di atas bumbung rumah, mana taw kot-kot ada rezeki dapat curi line jiran! ;)

Wednesday, July 8, 2009

Akan Segera Ditayangkan

ada tak siapa-siapa yang dapat siaran Indonesia menerusi kaca tv rumah korang? tak kesah la RCTI, SCTV, Indosiar atau TPI? aku tak taw sama ada astro ada atau tak canel ni. aku ada terlihat satu gezet ni dr siaran RCTI, pasal kisah hidup seorang wanita Indonesia juga merupakan bekas model yang telah didera. bakal muncul tidak lama lagi. bila? aku tidak pasti kerana hanya tertulis perkataan 'segera' lebih kurang macam akan datang la kalau bahasa kita. kisahnya kini sedang hangat diperkatakan di Malaysia mahupun Indonesia. kenapa kisahnya perlu sampai buat drama? wajarkah? any comment?

Tuesday, July 7, 2009

Gering

orang selalu kata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. kata aku pula kerana makanan perut terseksa! haih. aku tak dapat tidur nyenyak pagi ni. bukan sebab teringatkan siapa-siapa atau imsomnia, tapi sebab perut aku meragam. berdondang sayang dari jam 12.15 pagi. dia punya memulas macam aku pulas pulasan gamaknya. aduh! otak aku serabut sebab takut termimpi ke bilik air tetapi sebenarnya terkencet di atas katil. choi!

hingga saat ini, aku sudah berulang-alik ke bilik air sebanyak sembilan kali. fuh. letih. benci bila sakit macam ni. aku tak boleh nak bergerak ke sana ke mari. komitmen aku pada tugas harian juga sudah hilang entah ke mana. kenapa aku tak ambil MC? hurm. entah la. kerja kat office ni melambak. belum terfikir pun nak bercuti. korang semua pun tahu kan, aku sangat serius dengan kerja aku. hee~

jam tiga pagi aku cari uncang teh mau bikin teh pekat. tak jumpa. aku bedal je la teh strawberry mango jenama twinning. aku terus sambung tidur. jam lima pagi, bangun lagi. kebetulan keluarga sedang bersahur, senang lah aku nak tanya uncang teh kat mana. kali ni baru kaw teh nya. aku cari pocai tak jumpa. haih. aku pelik kenapa aku je yang kena sakit taik ni. apa pasal yang lain ok je? aku cuba ingat balik apa yang aku makan masa berbuka malam tadi.

kari ikan + sayur petola + udang + sambal belacan binjai campur epal hijau + cekodok pisang + jemput-jemput udang geragau + milo o + teh o + air durian belanda masak pokok = sakit taik!

aku syak sambal belacan tu yang bikin aku jadi sebegini. kalau tak baik juga harini, aku MC la besok.

Monday, July 6, 2009

Air Dan Sinki

kesejukan pagi itu telah merobek mimpi indah lisa. sejuknya ibarat sedang berada di dalam peti ais. kebetulan subuh tadi, butiran manik halus tanpa warna telah gugur membasahi bumi. cuaca begini kadang-kadang membuat kaki lisa disimpul oleh biawak. lisa memang benci dengan scene itu!

bila mana kesejukan itu telah meresap ke suatu sudut, secara automatik lisa mau kencing. lantas lisa bangun dengan terhuyung-hayang, mata buka sepuluh darjah, rambut kusut-masai menghala ke bilik air. lisa sudah lima minit berada dalam bilik air. belum keluar lagi. sakit perut agaknya. kedengaran suara ayahnya seperti dalam keadaan emergency,

"sapa kat dalam?"

"lisa"

"hm, cepat sikit. abah nak kencing."

"ok."

lisa keluar dari bilik air dan lihat ayahnya sedang mengadap sinki. lisa bilang

"dah abah."

senyap. abah tunduk, langsung tak beri respon.

tiba-tiba,

*
*
*
*
*
*
*

lisa lihat ada air mengalir deras ke dalam sinki. ya, ayah lisa kencing dalam sinki. kedengaran suara lisa berteriak memecah sunyi rumah itu. abahnya ketawa dan berkata

"abis dah tak tahan nak buat camne."

nasib baik lisa tak nampak punca air itu keluar.

nota : kepada mana-mana lelaki, sila jangan buat begitu. kalau anda buat juga, aku tampar laju-laju!

-_-"

Friday, July 3, 2009

Gathering 1987

korang pernah rasa satu perasaan ni tak? perasaan ni bila datang je, aku rasa dada berat gilew. air mata mula nak meleleh. hilang nafsu untuk bercakap atau senyum. perasaan ni berat ke negatif. boleh buat orang tak ada mood. dengar lagu rock kapak dari celah headphone pun tak mampu redakan perasaan ni. kalau korang buka kamus dewan bahasa dan pustaka, cari perkataan yang bermula dengan huruf 's'. bukan superman la badul.

the correct word to describe this feeling is sebak.

secara jujur, aku sangat malas untuk bekerja hari ini. mau saja aku packing barang dan tahan bas ekspress tepi highway. haha. ok, aku bergurau je.

buat teman-teman yang hadir gathering di melaka hari ini, selamat bergembira aku ucapkan. moga kalian tak lupa aku. sila jangan ambil gambar banyak sangat. nanti aku jeles sape nak pujuk.

Wednesday, July 1, 2009

A Moment To Remember

malam tadi, lepas layan la dolce amira, aku lepak bilik seorang diri. kejap duduk kejap diri. aku sikat rambut sambil merenung tajam cermin di hadapan aku.

"comel jugak aku ni." kata aku di dalam hati.

hahaha. ok. aku bosan. tak de mood nak kacau adik. tetiba semalam rasa sayang kat semua orang. nak buat baik aje. aku siap ajar adik aku mengeja dan menulis ayam, burung dan kuda.

adik aku tanya "nak taw tak camne bunyi burung merpati?"

aku layan je la. bunyinya xde rupa burung langsung.

aku pulak tanya "camne bunyi burung murai?"

dia bunyi macam burung gagak. haih. aku terus bersiul ala-ala burung murai.

"oh, bunyi macam burung kak yati tu eh." kata adik aku.

"memang la. burung kak yati tu burung murai la." jawab aku.

"ooooooo" jawabnya ringkas.

"camne bunyi burung mamat?" tanyaku.

"shhhhhhhhhhhh.." jawabnya sambil memuncungkan bibirnya.

"owh, camtu bunyi nya." jawabku sambil tersengih-sengih.

*********************
aku capai komputer riba, cucuk external hard disk, aku layan cerita korea. a moment to remember. sapa tak tengok lagi baik gi tengok. cerita ni tahun 2005. dah lama tapi aku suka sangat. tak taw la dah berapa ratus kali aku tengok cerita ni. walau dah taw jalan ceritanya, aku tetap menangis. nak dekat sekotak jugak tisu habis.

sinopsis
cerita ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bertemu dengan seorang lelaki. pertemuan mereka sangat menarik. hanya kerana minuman tin coca-cola. gadis itu baru sahaja ditinggalkan kekasih hati yang sebenarnya juga suami orang. mereka berkawan, bercinta dan berkahwin. hingga pada suatu hari, gadis itu bertemu dengan pakar neurologi. gadis itu mula lupa-lupa ayam setelah rambutnya ditarik oleh isteri bekas kekasih hatinya itu tak lama dulu. saban hari, penyakit lupanya bertambah serius dan doktor mengesahkan bahawa dia menghidap penyakit alzheimer. lelaki itu tetap menyintainya walaupun gadis itu sudah lupa akan dirinya.



nota : bestnya kalau suami aku macam lelaki dalam cerita tu. romantik, sweet, cool. aku tidur sambil peluk bantal peluk erat-erat membayangkan muka ayampinko lelaki korea itu.

Tuesday, June 30, 2009

Missing Stars

yesterday, dark was covering every inch of my sight.
i couldn't see anything.
there was blackout.
suddenly all the memories flashed back.

that night, only the moonlight could shine the darkness.
we put the mattress in the balcony.
we lie down and count the stars.
i heard the sound of guitar string.
playing his favorite songs.
we sang together until we slept.
we don't even knew when the light turned on.

now, we are apart.
we gone through our own ways.
i do hope that i could hug you again.
so that you know how much i love you.

.

hari : ahad
tarikh : 27 Jun 2009 bersamaan 4 rejab 1430H
lokasi : leisure mall pelangi JB
masa : 6.40 pm
aktiviti : tengok wayang
cerita : transformer
ahli : 5 orang
mood : hepi
komen : sangat best!

nota terselit : ada abang hensem blanja tiket wayang. *senyum*

sekian.

Thursday, June 25, 2009

Dia

usai solat zuhor tadi, aku termenung sejenak. tiba-tiba aku teringat sesuatu. aku terus tersentak. hati aku tiba-tiba berdegup agak kencang-kencang bahasa. aku teringat akan mimpi subuh tadi.

**************

sesudah bersahur, aku menghenyakkan badan di atas katil. ah! enaknya. kubungkus tubuhku dengan komfeter. bantal pembaringan aku tepuk manja. entri ini dan-dan menerawang di celah minda. ehehe. ya, aku suka memikirkan entri-entri kalian sambil tersengih sorang-sorang. sesungguhnya tidur itu memang nikmat. bagaimana ye rasanya bila sudah berkahwin. mesti lagi enak tidur berteman. lalala~

sebelum terlelap, aku ada pasang niat. aku mohon agar Allah berikan aku petunjuk untuk bertemu jodoh yang baik. aku lihat kipas berputar. tak lelap. kupusing kiri. tak lelap lagi. kupusing kanan, terdengar sayup-sayup kuliah agama dari siaran RCTI, Indonesia di kaca televisyen. tak boleh jadi ni. aku ada lagi satu jam sebelum memulakan rutin harian. akhirnya aku dapat satu akal. aku meniarap sambil memeluk erat bantal wangiku. akhirnya terlelap.

**************
agak-agak apa yang aku mimpi? boleh tebak? tak? ceh. tak boleh harap. cuba la belajar ambil hati aku. hee~ ok, aku mimpi seseorang yang aku pernah suka dulu. memang aku suka dia dulu. sangat suka. tapi dulu la sebelum aku direjek ditolak separuh mentah. hmm, adakah itu jodoh aku yang Allah cuba sampaikan melalui mimpi? atau hanya mainan tidur semata. aku tak pasti. yang pasti aku tak mimpi basah. apa gila aku nak puasa boleh fikir biru. aku tanya diri aku sendiri, adakah aku masih menyukainya? hati aku yakin menjawab "TIDAK!!"

aku pasti Allah telah menulis jodoh aku dengan seseorang di luar sana yang mungkin sedang tersenyum manis menunggu detik-detik aku hadir dalam hidupnya. :)

nota : bila ingat zaman dulu, aku tersenyum sendirian. betullah kata cikgu Faridah, kalau cinta dah melekat, taik kambing rasa coklat.

Wednesday, June 24, 2009

Rejab Yang Menginsafkan


harini 1 rejab 1430H. aku tak tahu sama ada korang amik berat benda ni atau tak. tapi bagi keluarga aku, ia sangat bermakna. pagi tadi kami sahur bersama. rasanya seperti sudah melangkah ke bulan ramadhan. he he. bulan rejab adalah bulan Allah. antara kelebihan bagi mereka yang berpuasa satu hari pada bulan rejab ialah seperti kita berpuasa 40 tahun, mendapat keredhaan Allah dan syurga tertinggi. kelebihan yang lain boleh rujuk di sini.

semalam aku ada terbaca satu blog. salah satu entrinya menceritakan tentang kenangannya bersama seorang teman yang telah kembali kerahmatullah pada 22 jun 2009. aku buka sendiri fesbuk arwah. ada sesuatu yang membuatkan aku tertarik. sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir, status yang ditulis pada fesbuk menunjukkan tanda-tanda beliau akan pergi. dihitung minit-minit terakhir sebelum makan tengahari di statusnya. aku lihat juga tarikh lahir arwah. 7 julai. aku terpana. it's just around the corner. mungkin kita semua tidak amik port pasal benda ni tapi aku pernah dengar yang ajal kita hampir dengan tarikh kelahiran. sejauh mana kebenarannya, aku tidak pasti. status yang aku paling sedih ialah beliau merancang untuk ke Genting ahad ni. hati aku benar-benar tersentuh. sesungguhnya kita hanya mampu merancang, hanya Allah yang menentukan. Al-Fatihah buat beliau.

aku sangat takut jika nyawa aku ditarik saat aku lalai dan leka. aku cuba untuk tahan nafas selama 20 saat. ah! seksanya. bagaimana ye jika malaikat izrail benar-benar mencabut nyawa. seperti memisahkan isi ikan dan tulangnya. aku insaf. moga Allah mempermudahkan kita semua menghadapi sakaratul maut dan pergi dengan mudah dan tenang. amin. aku seakan tersedar dari kelalaian dunia. marilah sama-sama kita berzikir pada harini. astaghfirullah hal'azim. zikir ini dapat menghilang satu titik hitam di hati setiap kali dibaca. ayuh kita beramal. siapa tahu mungkin esok lusa ajal kita akan tiba.

Tuesday, June 23, 2009

Aku Mau Kurus



tahu buah apa ni? sila cari sendiri. hehe. malam tadi, aku disuruh memakan buah ini tanpa dipotong. perlu makan kulitnya sekali untuk membuang lemak-lemak dalam badan serta membantu menguruskan badan. oleh sebab badan aku suda naik lagi, aku akur. dem it!! sangat masam ogey! aku memakannya dengan mata terpejam dan lidah terjelir-jelir. why weight loss is so difficult? haih.

nota buah : kalau ada petua kurus yang mujarab, kongsi lah. aku mau kurus ni. serius.

Monday, June 22, 2009

Balai Seni Nusantara

pernah dengar balai seni nusantara? tak? ok. aku pergi ke sana semalam. lokasinya terletak berdekatan dengan danga bay, johor bahru. pertama kali menjejakkan kaki, aku agak takut-takut. al-maklumlah tempat ini menjual barang-barang misteri yang jarang ditemui. antara barang yang dijual ialah keris. terdapat lebih seratus bilah keris boleh dijumpai di sana. aku tak berani menyentuhnya kerana aku pasti setiap satunya pasti 'bertuan'.

selain itu, ada replika burung cenderawasih tersergam indah di pojok tangga. tahu tak apa itu burung cenderawasih? menurut mitos, burung itu asalnya dari kayangan. khabarnya ada yang sanggup membelinya dengan harga dua juta. wow. menarik bukan? aku juga lihat barang-barang lain seperti cincin batu permata, gelang emas berbentuk ular (mungkin dipakai oleh raden-raden di Indonesia satu ketika dulu), duri landak, kayu gaharu, kulit harimau, alat muzik antik, baju bersulam ayat, wafak, kokka, paku ayat dan macam-macam lagi.

aku juga melihat ade batu bersisik-sisik seperti ikan. ada mata, sisik dan ekor persis seekor ikan. mungkin ikan ini telah disumpah menjadi batu macam dalam lagenda si tanggang. agak lama juga aku berada di sana. aku tiba-tiba sakit kepala kerana mungkin tak 'into' dengan scene macam tu. mungkin itu lah kali pertama dan terakhir aku ke sana. sejauh mana misteri barang-barang itu, aku tak punya jawapannya.

nota : sangat bersemangat ke opis harini kerana berkasut baru. ha ha. ;)

Saturday, June 20, 2009

PCI Simple Communication Controller

dua hari lepas, aku format PC opis sebab slow tahap cipan. aku ada dua operating system dalam tu iaitu windows XP dan suse gnome. dulu aku develop portal guna suse tapi sekarang dah guna windows XP balik. masa format tu nampak smooth je. aku dah bayangkan macam-macam nak kasi bubuh dalam 160GB hard disk. aku nak penuhkan dengan drama-drama korea dan jepun mungkin. hehe. porno? ceh. aku clean beb.

so, lepas format tu, aku install la driver. semua berjalan dengan lancar memandang opis aku pakai CD Windows XP yang original. cuma ada satu masalah je. ada satu driver yang aku tak berjaya install dari CD iaitu PCI simple communication controller. aku pun search la kat internet nak cari driver ni. aku bukak forum ni. so, aku try la.

mula-mula, buka right click my computer. pilih properties. kemudian pilih tab hardware dan click device manager.


kita kena click pada icon tanda soal kaler kuning dalam device manager. click reinstall device, cari tab details dan lihat kod anda. contohnya PCI/VEN_8086&DEV_29C4&SUBSYS... dari situ kita boleh tahu kod vendor dan device. kalau dari kod ni vendor nombor 8086 dan device nombor 29C4.
kemudian, buka page http://www.pcidatabase.com/ dan korang akan lihat ada textbox yang suruh isi nombor vendor atau device.

masukkan vendor atau device no.


click link ini



copy link ni dan download.


download dan install

nota cpu : kalau tak berjaya, sila baca bismillah. hahaha. selamat mencuba dan selamat berhujung minggu. :)

Friday, June 19, 2009

Under Maintenance

i screwed up this page. perhaps.

thank you for visiting and have a good day.

Thursday, June 18, 2009

Lenka

good morning everyone. here is a song from Lenka - don't let me fall. enjoy your day and happy working. start your day with a smile. :)

Wednesday, June 17, 2009

Jubah Buat Ibu

“Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?”, marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. “Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?”, leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. “Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. “ Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.

“Sakit bu…sakit….maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi….Bu, jangan pukul bu…sakit bu…” Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. “Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?” Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. “Bu…ampunkan Along bu…bukan Along yang mulakan…bukan Along….bu, sakit bu..!!”, rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke
sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih
bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini. Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika
dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along
sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong.
Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka.

“ Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?” Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang
telinganya. “Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?” “ Eh jangan, nanti dulu. Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!”, si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. ‘anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya…’ bisik hati kecil
Along. “Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?”, soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. “Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?”. Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. “Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan
Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!”, terang si ibu. “Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..”, soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. “Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas.” , arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. ‘Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni….’ Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu,
bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. “La…kau ke, apa kau buat kat sini?”, tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. “Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?”, soalnya pula. “Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!”, jelas Along jujur.
“waa…bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?” Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. “Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!”, Along meminta kepastian. “Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!”, balas Fariz meyakinkannya. “Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni.” Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum. “Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit.” Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. “Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?”, soal Fariz yang benar-benar ingin
membantu sahabatnya itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. “Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!”, pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.

Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama
sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. “Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?”, soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. “Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik
rumah!”, leter ibu lagi. Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. “Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu.” Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM.
Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. “Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu", sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. Kali ini
kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.

Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai
solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu
tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu
sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. “Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!”, soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. “Macam serius jer bunyinya Abang Joe?” Along kehairanan.
“Sebenarnya, kau lari dari rumah kan?” Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. “Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?” Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar
membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih. “Azam, kau ada cita-cita tak…ataupun impian ker…?” Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. “Ada” jawab Along pendek “Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku…atau….”
Along menggeleng-gelengka n kepala. “semua tak…Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya.” Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu. “Ala, gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya….saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan…saya….saya nak jadi anak yang soleh!”. Perlahan sahaja suaranya
namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. “Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni”, ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang
sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. “Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe.” Kata Along lagi. “Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?”, soal
Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. Along hanya senyum memandangnya. “Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju.” Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.

Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana, tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. “ Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?”, soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu. Along hanya tersengeh
menampakkan giginya. “Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?” “Tak pe lah, perkara dah berlalu….lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni", terang Along dengan tenang. “Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi. “Tak
apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah.” “Zam..kau ni…..” “Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu.” Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. “Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!”, pinta Along sambil menyerahkan
sekeping kad berwarna merah jambu. “No problem…tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?” , soal Fariz ingin tahu. “Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia", terang Along. “Abang Joe mana ni?” “Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!”, jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk . “Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?” “Hari ni la…” balas Along. “Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?” “Bukan, minggu depan…” “Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?”, soal Fariz lagi. “Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi.” Jawabnya sambil mengukir senyum.

Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh
Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin
membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang–orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila
dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu. “Ha..hadiah….untuk….ibu………” ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.

Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. ‘Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan
hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu… dan terimalah hadiah ini…..UNTUKMU IBU!’ Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing
berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini. “Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami. Dia sengaja
cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan … dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila…” cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. “Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?” Soalnya
dengan sedu sedan. “Sebab…..dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang…walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula....” Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana
dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.

Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.