Saturday, December 31, 2011

Sayonara 2011

Ini adalah entri aku yang terakhir. Untuk tahun 2011. Mungkin ramai yang tengah sibuk berada di event untuk menyambut tahun baru. Tapi aku lebih selesa berada di rumah bersama keluarga. Kalau nak tengok bunga api pun, boleh tengok dari beranda rumah. Romantik tengok bunga api seorang diri sambil on-call dengan orang yang disayangi. Ok tipu. Tu khayalan semata. Aku macam dah ngantuk ni. Baca novel muka surat satu dari petang tadi masih tak berganjak ke muka surat dua. Nampak sangat aku dah lama tak baca novel. Last time aku baca awal tahun 2010 kot. 'Bila YM berbicara'. Nice story.

Selamat Tahun Baru kepada semua. Semua kenangan pahit dan manis 2011 disimpan menjadi kenangan. Semoga 2012 lebih menyinari hidup kita semua. Semoga diberkati oleh Allah, dipermudahkan segala urusan, diberikan petunjuk dalam membuat pilihan, diberikan jodoh yang terbaik di dunia dan di akhirat, diberikan kebahagiaan, ketenangan jiwa, hidayah, rezeki yang halal, dijauhkan dari maksiat, sihir, kekufuran, syirik, kesesatan dan fitnah. Amin Amin Ya Rabbal Alamin.

Friday, December 30, 2011

Cuti

Bahagianya hari ni. Sebab aku cuti. Baki cuti 2011 aku ada lagi 15 hari dan akan aku masukkan ke dalam golden handshake. It's a really bliss day when I can do so many things. First thing, sleep. Haha. Aku sangat mendambakan tidur yang secukupnya. Dan aku telah berjaya merealisasikannya. Next thing, masak. Aku terharu bila Abah senyum sambil tunggu aku masak. Mesti Abah terharu kan anak dara Abah ni 'rajin' masuk dapur. Menu hari ni, ayam masak merah. Overall, household macam suka masakan tu. Kira passed la ni eh? Yayy! Dah boleh kawen. Hehe.

Aku sempat keluar dengan adik beli barang. Sempat juga beli baju 'The Smurf' sepasang untuk anak sedara kesayangan, Iqbal. I love him more and more each day. Sebab dia sangat comel bila dia sebut nama 'Mak Su'. Pastu sekarang ni banyak sangat cakap. Geram. Apa lagi aku boleh buat nak lepaskan geram aku? Gigit tangan dia la. Haha. Sukaaaa! Sekarang dia dah pandai salam tangan dan cium pipi. Suka sangat bila dia cium pipi dan dahi sebab ada sound effect 'muahhh'. Comel kan? Tapi ape kes abang aku ajar dia dahi tu tanduk? Tak pasal-pasal aku kena cakap "Iqbal, kiss tanduk" instead of "kiss dahi" Macam-macam la abang aku ni.

Hari ni aku dapat rehatkan telinga aku daripada menjawab panggilan telefon. Telinga aku pun macam dah nak ada masalah balik. Kalau masalah lama datang balik, tu maknanya aku kena jumpa pakar la ni. Haih.

Esok dah last day untuk tahun 2011. Apa azam tahun 2012? Kurus? Oh tu azam aku tahun 2003 kot? Hahaha. Azam aku nak jadi orang yang berjimat cermat. Tiba-tiba rasa macam nak tukar template blog. Tiba-tiba rasa nak potong rambut. Macam-macam perasaan yang tiba-tiba datang. Aku harap tahun 2011 tak berakhir dengan air mata. Please!

Thursday, December 29, 2011

Kebetulan

29 Disember 2011

Aku nak muntah jawab unstoppable call dari jam 8 pagi sampai 5 petang. Penat gila sampai balik rumah aku terus tertidur lepas maghrib sampai pukul 3:30 pagi. Lapar gila sekarang ni. Nak kira dinner ke breakfast kalau aku makan time ni? Haha.

Hari ni birthday kawan aku. Someone yang aku pernah rapat dulu. Aku ingat sebab aku ada buat reminder kat handphone. Tiba-tiba banyak kenangan yang flash back. Last time masa kau datang JB pada tahun 2008 (if I'm not mistaken), aku dah boleh agak, that might be the last time we will meet each other. Aku terharu gila bila kau tahu blog aku masih aktif. Kau baca blog aku ke weyh? Terharu!


28 Disember 2011

Aku sangat sibuk melayan call yang tak berhenti dari pagi sampai petang. Bertanyakan tentang pelbagai soalan. Tiba-tiba ada seorang staf lelaki call. Masa tengah semak maklumat beliau, aku baru perasan tu adalah lelaki yang aku minat. Tu adalah photographer berbaju melayu warna hitam yang aku jumpa sewaktu Sultan melawat tempat aku bekerja *tersenyum sambil menjerit-jerit dalam hati* Tak sangka aku akan berbual dengan dia.

Balik kerja aku layan orang jamming. Release tension jap. Sebenarnya aku terlupa aku dah janji dengan kakak nak balik awal sebab nak tengok wayang. Teringat lepas tengok banyak miss call dan sms. Ok tipu. I memang nak layan jamming jap. Siap layan penampilan istimewa lagu sweet child of mine dari officemate. Wow! Dengan lincahnya aku terus balik rumah. Gedebak gedebuk siap dalam masa 10 minit sebelum kawan kakak sampai untuk pick up kami. Awesome. Tak pernah aku bersiap sepantas ini. Haha.

Lepas tengok wayang, aku nak turun menuju ke eskalator. Terpandang susuk tubuh seseorang yang macam aku kenal. Sah! Officemate aku. Dia berpaling sambil menunjukkan muka terkejut seraya berkata "Janaaa" Aku senyum je la. Ni first time aku terserempak dengan officemate aku kat luar office. Tak sangka kita tengok wayang cerita yang sama, dalam panggung wayang yang sama dan show time yang sama. Ingatkan terserempak kat wayang je. Rupanya tidak. Aku terserempak lagi kat tempat makan. Banyak-banyak tempat kat Johor Bahru ni, kat situ jugak kita berjumpa ye. Maybe sebab tempat tu famous dan dibuka 24 jam kot? Yang tak boleh blah, macam mana boleh makan meja sebelah-sebelah ni? Ok fine. Ia satu kebetulan. Dua-dua muka terkejut sebab tak sangka akan terserempak dua kali. Hahaha.


Tuesday, December 27, 2011

Happy & Unhappy Matters

Balik kerja tadi pergi layan karok dengan officemate dan vendor officemate. Tak taw la camne aku boleh ngam dengan vendor tu. Maybe sebab kami ada chemistry yang kuat kot? Layan karok sampai lebam. Enjoy! Then, lepak kat D&C Chicken Chop. I was happy to be with them but somehow I lost myself for a minute. Aku tak sedar aku termenung jauh. Aku tak taw aku fikir apa. Jauh di sudut hati aku, ada secebis kesedihan yang tak pernah hilang.

I got a not-so-good news. Loan kereta terpaksa ditunda ke bulan depan kerana gaji pokok kurang RM9. Dah buat rayuan pun tak lepas. Redha je la. Aku dah bayar nombor plate kereta tadi, harap-harap dapat la aku merealisasikan sebuah impian bulan depan, insya Allah.

Pagi tadi, aku sangat super duper excited bila tengok gambar reunion dah diupload kat facebook. Gambar yang aku tunggu-tunggu juga sudah diupload.


With besties


Gambar ni spontan tapi sangat comel. suka!


nota : it's a sweet memory to be remembered. 24/12/11 =)

Monday, December 26, 2011

Wonderboy

Semenjak tersentuh jari jemari dia, aku rasa lain macam. Adakah ini cinta? Hahaha. Bukak facebook asyik tengok page dia. Mengharapkan gambar-gambar telah dimuatnaik. Dengan harapan, gambar kita berdua juga telah dimuatnaik. Tapi apakan daya. Aku menanti bagai buah tak jatuh. Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku. Terima kasih kepada dslr dia yang menjadi medium kami. Berkawan dah 11 tahun tapi kenapa aku takde nombor handphone dia. Kelakar kan? Nak mintak tapi malu. Kalau ada nombor dia sekali pun, belum tentu aku nak contact dia sebab aku ni pemalu. Kadang-kadang je berani. Jana, sudah-sudah lah tu. Tak payah nak perasan sangat boleh tak? Nanti frust padan muka.




nota : harap-harap esok aku dah tak fikir pasal dia. Wonderboy, I never told you!

Sunday, December 25, 2011

Just One Night

24 Disember 2011
First time event dinner 'Just One Night' diadakan. Event reunion sekolah menengah aku. Sekolah Menengah Kebangsaan Kempas. Proud to be one of the alumni. Buat kat Naza Hotel. Tengahari tadi, aku keluar dengan member gi Jusco Bukit Indah untuk beli barang. Dapat la beli kasut, shawl, baju, brooch, gelang tangan untuk event malam ni. Semuanya last minute sebab aku terlampau sibuk lately. End up, aku pakai baju lain sebab baju beli tadi aku rasa macam tak cantik pulak. Such a waste. Hari ni kakak aku tolong make up kan. First time dalam hidup aku pakai bulu mata palsu. Gila panjang dan lentik bulu mata aku malam ni. Hahaha. Time nak bukak bulu mata tu, seksa rupanya. Sampai menangis aku nak cabut bulu mata tu. Gam dia kuat sangat. Setanding gam gajah gamaknya. Haih.

What makes me feel awesome tonight? Aku mintak nak bergambar dengan someone yang aku suka. Gila kau Jana. Aku tak percaya aku berani buat macam tu.

Aku : "Aku nak amik gambar dengan kau"
Dia : "Aku?" sambil menuding jarinya ke dada.
Aku : "Ye."
Dia : "Nak amik gambar dengan aku? *reconfirm*
Aku : "Nak nak!" *sambil angguk kepala dan muka excited*

Aku rasa dia tanya dua kali sebab dia nak confirmkan aku nak bergambar dengan dia bukan suruh dia tolong amikkan gambar since dia photographer. Dia ajak pergi sudut yang jauh sikit dari keriuhan orang yang tengah gila bergambar. Dia terus posing sebelah aku sambil peluk pinggang aku. Ok tipu. Kami bergambar dua kali. Satu pose yang formal. Lagi satu pose aku tarik cap dia. Suka! Haha. Harap-harap gambar tu cantik dan tak gegar.

Dapat jugak aku bergambar dengan artis, Jannah Kasnaini dari program lakonan realiti tv. Aku lupa nama program tu. Ok dah ingat. Pilih Kasih kot? Bergambar dengan besties itu wajib la kan. Best dress for woman dimenangi oleh member aku, Tma. Yayy! Dapat jugak bergambar dengan cikgu dan ex-classmate. Rindu la kenangan lama. Terharu bila bergambar dengan budak lelaki kelas aku. Ada 5 orang je lelaki melayu tapi sekarang dah tinggal 4 orang sebab seorang dah meninggal. Hilmi, Rony, Shahril, Taufiq dan arwah Apis. I miss him. Al-Fatihah.

Overall, Just One Night was a successful event. Congrats kepada urusetia yang bertungkus lumus menjayakan majlis ni.

23 Disember 2011
Aku join tournament bowling UTM kat Danga City Mall. Walaupun macam-macam masalah yang melanda di saat akhir, kami berjaya juga menghabiskan game dan merangkul tempat keempat. I think I played much better than the last time. Dapat strike 3 kali. Ok la tu kan? Hehe. I had lots of fun! Thank you to all of my team member for the support. Walaupun aku ni tak hebat, mereka tetap bagi semangat. Korang sangat best!

nota : aku terpaksa main bola 13lbs sebab bola 11lbs tak ada. It's really heavy dan tangan aku sakit. -_-"

Thursday, December 22, 2011

Situasi

Migrain datang jua akhirnya. Setelah beberapa hari berembun. Harini dah menunjukkan tanda-tanda aku dah tak boleh nak bear the situation. I need a vacation. Serious.

Since aku super duper busy, dah beberapa hari aku tak berbual-bual dengan family. Balik kerja semua dah tidur. Rumah aku ibarat hotel. Dah lama tak makan kat rumah. Dah lama tak main uno, old maid dengan adik. Aku rasa macam stranger pulak. Rindu nak main gitar. Rasa dah lama tak main gitar sampai aku dah lupa chord lagu favourite aku. Weird la. Aku rasa aku dah kurang kasih sayang.

Since adik aku dah berkhatan, aku dah tak tidur sama-sama dengan dia. Tiba-tiba beberapa hari lepas, dia tanya aku "Akak, kenapa you dah tak nak tidur dengan I?" Aku diam aje. "Sebab I dah bujang eh sekarang?" Aku gelak besar. Adik aku sangat kelakar.

Ok aku rindu nak bersama dengan family. I love my family. I hope everything gonna be fine. Jom layan lagu jap.


Missing

Harini lepak dengan kawan-kawan induksi. I had lots of fun. For the first time in my life, aku dapat tengok live busking. Aku seronok sangat sebenarnya. Sebagai pencinta muzik, mesti lah aku support. Beri sumbangan seikhlas hati atas persembahan bersahaja mereka. Seronok dengar mereka nyanyi lagu Price Tag. Back to my story, aku lepak makan ikan bakar kat bandar. Dapat makan baby crab jugak. Yayy! Cerita tentang macam-macam perkara. Tadi dapat 3 kad jemputan kawen. Tahniah kepada kawan-kawan aku yang bakal mendirikan rumah tangga. I'm happy for you. Insya Allah, aku datang majlis korang ok. Dalam kegembiraan tu terdetik jugak perasaan yang sukar nak digambarkan. Bila la aku nak bagi kad kawen kat mereka pula.

Tengah seronok berbual, tiba-tiba salah seorang dari mereka tegur aku "Jana, muka kau nampak lain la. Mata kau macam baru lepas nangis eh?" What should I answer? Obvious sangat ke? Perlukah aku menjawab soalan tu? Aku tak mampu nak luahkannya tapi kau memang hebat. Dapat melihat aku dalam kesamaran cahaya. It's quite tough for me. I just need a shoulder to lean but somehow I never ask for it. It has nothing to do with my job. It's about my life. Semoga Allah permudahkan segala urusan aku dan kalian. Amin.

Balik naik moto tadi, entah apa aku fikir sampai terlepas simpang. Tak pasal-pasal kena pusing balik. Padan muka aku. I'm afraid my soul is missing somewhere. Can you find it for me?

Monday, December 19, 2011

Extreme Day

Another extreme day. Dah dua orang officemate aku tumbang. Seorang demam. Seorang lagi high blood pressure. Aku macam bakal dapat kedua-dua penyakit tu. Dem! Kepala dah berat. Skip lunch. Dinner pukul 10:30 malam. Kalau hari-hari macam ni, boleh tambah berat badan aku ni. Silap hari bulan, tambah penyakit. Uish. Minta dijauhkan. Lately aku rasa dada aku lain macam. Kadang-kadang rasa sakit. Risau dah ni. Amalan belum cukup. Kawen belum lagi. Kempunan aku nak.. nak.. nak naik pelamin. Hehe.

Hari ni hujan dari pagi sampai ke petang. Malam hujan tak? Aku tak sure sebab kul 9:30 malam baru aku keluar dari bangunan office aku tu. Semalam aku terpaksa cancel nak tengok wayang. Cancel nak teman member aku beli barang. Tadi kawan aku call lagi, terpaksa aku mintak postpone lagi. Kesian dia. Please jangan merajuk dengan aku. Harap-harap esok aku dapat balik awal. Dapat la aku teman member aku cari barang sebelum event hari Sabtu ni. Tak sabar nak tunggu hari Sabtu. Yayy!

Nota : Terima kasih kepada kawan yang sudi hantar aku balik rumah. Aku tak kira dah berapa banyak kali aku susahkan kau. Semoga Allah permudahkan segala urusan kau ye! Thank you very much. Comel la kau nyanyi lagu Count on Me. Aku terkesima. Haha.

Ok I need to sleep now. Perlu kekuatan untuk menempuh hari esok. Good night!

Sunday, December 18, 2011

Usha

Sekarang dah jam 11:19 malam dan aku masih di office. Menyiapkan modul yang super urgent. SBPA online. Kepala aku dah mengong ni. Hujan pulak kat luar. Camne nak balik? Ada sape-sape nak tumpangkan aku tak? Heee~

Pagi tadi, on the way nak sampai office, tiba-tiba ada seorang mamat ni dia tegur aku atas motor. Dia cakap tayar aku pancit. Tak taw la betul ke tipu. Aku pun stop la kat Petronas berdekatan. Lepas tu, dia follow aku. Tiba-tiba tolong pamkan tayar aku. Tanya macam-macam soalan.

  • Nama siapa?
  • Duduk kat mana?
  • Dah ada boyfriend ke belum?
  • Umur berapa?
  • Dah kawen?
  • Nombor telefon berapa?
  • Bila awak free?
Dia pun pung-pang-pung-pang cerita pasal dia. Nama, duduk mana, umur bla-bla-bla. Yang aku tak boleh blah bila dia cakap "Saya baru putus tunang. Kalau awak sudi, kita kawan dulu setahun dua, tengok macam mana. Saya tak kisah kalau awak tak cantik, gemuk bla-bla-bla. Kalau awak setuju, saya akan JAGA awak"

Ok sumpah masa tu aku dah takut. Tak taw dia ni normal ke tak. Dia tanya bila nak jumpa. Terus aku start moto, cakap terima kasih sebab pamkan tayar. Dia hulur tangan nak salam tapi aku tak sambut. Bukan muhrim. Dia nak hantar aku pergi kerja. Aku cakap tak payah. Dia cakap dah sampai office bagitaw dia.

Kesimpulannya, aku tak kenal dia tapi kenapa dia layan aku macam dia kenal aku lama? Kalau nak kenal pun tak payah la ekstrim sangat macam ni. Aku jadi takut. *tutup muka*





What Makes 2011 Special




Celebrate 24th birthday with family and friends




Bestfriend's wedding




First time I went to Zoo Johor




At Datuk's house




Hari Raya with akak's friends




With induction's friends and I met Sultan Johor




Break the fast with besties in Johor Catering during Ramadhan




Jamming session with officemates at my office




Photoshoot at Nusajaya




I was in Hong Kong




Happy moment in Shenzen, China




With old friends during primary school




Awesome moment snorkeling in Tioman Island




Picnic at Desaru




Karaoke with Induction Friends at Ali Baba

Saturday, December 17, 2011

Akhirnya

Oh man, malam tadi sangat best. Walaupun aku balik kerja pukul 7 malam, tak menghalang plan aku dan member untuk lepak malam ni. Tapi tertidur jugak la lepas maghrib. Damn tired. Malam ni aku plan nak tengok wayang. Cerita Ombak Rindu. Nak sangat tengok cerita ni tapi takde kawan sebab mostly dah tengok dengan pasangan. End up, aku paksa ajak kawan aku dengan akak aku layan cerita ni. Pergi Leisure Mall tapi tiket pukul 11 malam pulak. So, gerak la ke CS pulak. Nasib baik ada tiket awal sikit. Pukul 10:10 malam. Sebelum wayang start, aku lepak kat mcd dulu pekena prosperity. Yayy! Pedas sangat sos black pepper sampai aku ternangis. Haha. Mengong. Kena gelak la dengan akak & member. Duration cerita tu 2 jam lebih rasanya. Habis pukul 12:15 malam.

Cerita Ombak Rindu tu memang sedih tapi aku tak nangis sebab tak bawak tisu. Haha. Tapi perasaan tu sebak cuma aku kawal sebab nanti kena bahan dengan akak dengan member. Siot kan? Haha. Perempuan sebelah aku dah teresak-esak nangis. Adehh. Tapi bila tengok cerita tu aku teringat a few people and a few things.  Overall best jugak la. Happy ending. Ayat dia yang aku ingat "Redha itu ikhlas, Pasrah itu menyerah". Mendalam tuuuuu!

Balik tengok wayang aku tidur rumah member aku. Layan gitar karen plus gitar kapok. Semalam jamming lagu Here Without You. Awesome! Suka sangat!!! Memang best feeling la masa tu. Pastu layan movie online. Cerita Hijab. Tapi aku dah hanyut. Akak aku layan sampai pukul 3:30 pagi kot? Gila. Mata aku dah rabak la weyh. Aku rasa happy dapat lepak-lepak macam ni. Release stress sebab hari-hari mengadap coding. Otak aku jadi tepu. Bila dapat enjoy macam ni makes me feel like being myself again! Thank you guys! =)

Thursday, December 15, 2011

New Interface

Hello. Apa khabar semua? Entri kali ni ditaip dalam new blogger interface. Aku saje nak cuba benda baru. Kekok la jugak tapi boleh tahan best. Ada statistik untuk setiap entri. So aku boleh taw entri mana yang paling ramai orang baca sepanjang aku ber-blogging. Belum habis explore lagi. Terharu aku tengok pageviews aku dah mencecah 17K. Gila banyak. Terima kasih banyak-banyak kepada korang yang sudi melawat blog aku. Walaupun blog aku ni bukan blog yang berbentuk ilmiah dan lebih kepada kisah hidup aku, korang masih nak baca. Aku taw korang ambil berat pasal aku. Terima kasih.

Sekarang ni tengah hangat pasal skim SBPA yang diperkenalkan oleh kerajaan kepada penjawat awam. Esok ada penerangan lanjut mengenai skim ni kat DSI, UTM. Mesti pergi! Aku belum decide lagi nak sign ke tak. Tapi nampak gayanya, aku ada 36 tahun lagi untuk berkhidmat dengan UTM sekiranya aku sign. Sebab syarat utama dia pencen umur 60 tahun. 36 tahun tu masa yang sangat panjang. Macam-macam bole berlaku. Entah aku ada lagi entah tidak. I have no clue for the next 36 years. Nampak gayanya macam sign je. Haha.

What else? Oh, aku dah mula perasan yang aku akan jadi macam dulu balik. Takde life. Banyak masa kat office. Masa dengan keluarga, kawan-kawan dan kerja dah mula tak balance. Tak suka nya. Makan pun dah tak terjaga. Aku tak suka dengan statement "I am a programmer and I have no life". Aku dah mula rindu dengan diri aku yang dulu. Gila dengan banyak benda. Pool, swimming, wayang, karok, makan-makan, badminton, ping pong. Aku rindu nak record video main gitar dan upload kat youtube. Tapi aku faham banyak perkara dah berubah. Ada kawan yang dah kawen dan dah ada family, ada yang duduk jauh, ada yang nak spend time dengan boyfriend. End up, I'm all alone.

Tapi, aku still bersyukur. Aku masih ada keluarga dan kawan-kawan yang menyayangi aku. Mungkin ada hikmah kenapa aku belum jumpa pasangan hidup aku. Allah lebih mengetahui. Takpe. Aku redha. Kalau ada jodoh, ada la. Aku percaya Allah dah jadikan setiap sesuatu itu berpasangan.

Besok tarikh tutup hantar OT, oh dem malasnya nak isi borang OT plus siapkan weekly report. Camne nak buang sikap malas ni? Ok nak pergi mandi dulu la kot. Lepas mandi mungkin jadi rajin sikit kan? Haha. Bye!

Wednesday, December 14, 2011

Yayy

Pagi tadi dapat kek lagi. Yayy! Dari officemate. Beliau beli ice cream cake. Thank you babe. This whole day aku stress! Try to fix bug dan siapkan modul yang perlu dipaparkan kepada orang-orang besar esok pagi. Hasilnya, aku masih di office saat ni. Tapi tak apa lah. Nama pun bekerja. Yang paling aku puas hati adalah aku dapat solve kan masalah tu. Dah siap. OMG! Suka gila. Sekarang aku nak balik. Penat dan lapar! Ok bye =)

Terharu

Dua puluh empat tahun satu hari. Aku dapat kek lagi walaupun bukan pada hari lahir aku. Hari ni dapat dua kek. Both from secret recipe. Semalam dapat dua kek jugak. Both from SDS. Alhamdulillah rezeki aku tahun ni. Bukan jumlah kek atau beli kek di mana yang nak aku tekankan kat sini tapi ingatan korang pada aku. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku saat ni. Bersyukur. Rasa dihargai. Thank you for the wishes, hugs and kisses!

Rasa nak nangis tapi takde air mata. Tapi yang pastinya perut aku tengah sebu. Pekena satay wak radol + chocolate indulgence. Tengahari tadi mee bandung + choc cheese berry. Cuba bayangkan makanan tersebut bercampur dalam perut. *tutup mata* Aku dah rasa lain macam ni. Oh tidakkk!

Monday, December 12, 2011

24



Alhamdulillah. Genap usia 24 tahun hari ini. Kawan seperjuangan semua dah nak masuk umur 25, aku baru nak merasa umur 24. Haha. First of all, terima kasih yang tak terhingga kepada keluarga dan kawan-kawan yang sambut hari lahir aku. TERHARU!

Terima kasih kepada semua yang wish birthday aku. Terima kasih kepada adik sebab bagi hadiah kat aku. Oh terharunya! Adik aku count down birthday aku since dua hari yang lalu. Aku buat tak endah tapi aku dengar dan aku terharu sebenarnya. Cuma tak nak tunjuk je. Thank you adik! I taw you dah fikir nak hadiah apa kan untuk birthday you tahun depan. Pandai amik hati I eh? Haha.

Terima kasih yang tak terhingga kepada kawan aku yang sudi menjemput dan menghantar aku pulang dengan selamat. Walaupun bos aku dah menghidu hubungan sulit mesra rapat kita, aku harap kita masih boleh jadi kawan. Walaupun aku tahu kau pemalu, aku cuba untuk buang perasaan malu aku untuk tegur kau. Kau belum tengok aku jadi pemalu. Kalau berjalan, langkah dari kiri kanan kiri kanan boleh bertabur jadi kiri kiri kanan kanan. Tak faham? Ok abaikan.

Since tinggal lagi 5 minit sebelum tirai 12 Disember 2011 berlabuh, aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang telah buat aku tersenyum hari ini.

nota : Fork moto aku patah T_T

Sunday, December 11, 2011

Rindu

Aku rindu dia tapi aku senyap je. Entah apa khabar dia. Lama jugak kami menyepi. Taip mesej tapi aku padam balik. Ada sebab kenapa aku begitu. Tak taw nak simpan kat mana perasaan rindu ni. Ada lah dalam 14kg. Simpan dalam hati je la kot. Nak simpan kat mana lagi kan? Jom layan lagu ni.



Good night :)

Tuesday, December 6, 2011

Advanced

Hari ini 10 Muharam 1433H. Alhamdulillah aku dapat berpuasa hari ni. Aku terpandang seorang lelaki yang memakai cermin mata baru. Auwww sungguh kacak. Can't take my eyes off you. Boleh camtu? Haha. Suka!

Adik aku dah selamat menjalani operasi berkhatan. Jeng jeng jeng. Banyak soalan yang aku tanya pada dia tapi malas lah aku nak cerita kat sini. Nanti jadi blog lucah pulak. Ke korang suka aku cerita? heeee~

Tadi ada abang technician yang hensem datang office aku. Baiki laptop officemate aku kot? Tiba-tiba officemate aku ada bukak cerita pasal kisah rumah tangga. Dah la aku sorang je yang belum kawen kat situ. Terus amik head phone letak kat telinga. Dengan harapan tak payah dengar sangat. Tapi dalam diam-diam aku dengar jugak ada suara-suara cakap

"Jana dah advanced"

Masa abang technician yang hensem tu nak keluar, aku bergurau nak salam dia. Dia pun hulur tangan. Aku sengih je la. Aku taw dia pun gurau. Tapi ayat terakhir dia tu tak boleh handle.

"Jana dah advanced"

Haha. Advanced mende nya. Pasal berkhatan pun aku baru soal selidik adik aku petang tadi. Apatah lagi soal rumah tangga. Aku dengar dan observed je apa yang officemate aku cerita. Kadang-kadang lucah tersirat. Kadang-kadang lucah tersurat. Terpulang lah processor masing-masing cepat ke lambat. =D

Tadi ada perjumpaan dengan pegawai yang berjawatan tinggi dalam universiti. Dengar je la pembentangan dari setiap ketua bahagian. Entah berapa kali aku menguap pun aku tak kira. Tiba-tiba je aku sakit kepala. Nak kata kena hujan tak de pun. Ke sebab aku tak sahur pagi tadi? Bawak sampai sekarang sakitnya. Pukul 5 lebih aku terus balik sebab berdenyut-denyut kepala. Tidur kejap pun tak hilang sakit. Mintak mak tolong picitkan. Kurang sikit sakit. Mak kata air naik atas kepala masuk angin. Aku mandi baru taw aku period. Patut lah sakit sangat kepala. Sah ke puasa aku tadi? Errr.. Wallahualam.

So, besok pagi aku nak gerak ke Melaka. Malasnya nak packing. Haih.

Monday, December 5, 2011

Monday Mega Entry

Harini aku dengan kakak beli meja dengan kerusi terpakai kat stor UTM. Barangnya semua elok lagi dan dijual dengan harga yang sangat murah. Memang puas hati la. Tengahari tadi bekas pelajar praktikal kat office gtalk aku. Minta tolong ajar buat SQL. Aku mengajar dia petang tadi dengan hati terbuka. Harap dapat membantu dia untuk siapkan PSM2. Semoga ilmu tu diberkati dan daya ingatan dan pemahaman aku mengenai sistem semakin kuat. Amin.

What else? Oh, aku akan ke Melaka untuk bengkel modul cuti belajar. Dari hari Rabu hingga Jumaat ni. Akan jauh dengan kamu. Aku akan merindui kamu, kamu, kamu, kamu dan kamu. Ok tipu. Aku rindu pada orang yang ingat aku la kan. *tee hee*

Akhir kata, aku tak mampu nak senyum kerana tulang seketing aku terlanggar meja sewaktu mengangkat meja-meja ke tingkat atas tadi. Aku tendang meja tu sekuat hati. Abah dengan kakak gelak aje. Kaki aku berdenyut-denyut ni. Geramnya!

nota : Tajuk entri beriya sangat. Takde la mega mana pun entri ni. Hahaha. Haa baru teringat. Esok adik aku berkhatan. Tadi dia tanya aku,

Adik : "Akak, sakit tak sunat?"
Aku : "Entah. Mana I taw. Tanya lah Abah."
Adik : "Habis dulu masa you sunat, you tak ingat ke?"
Aku : *pura-pura tak dengar sambil layan cerita Tentang Dhia*

Macam mana la aku nak explain. Aku pun tak taw nak cakap apa. Bila adik nak sunat ni baru lah aku faham sikit-sikit. Tadi kat office pun ada cerita pasal sunat sebab kebetulan ada anak staf yang baru sunat. Masing-masing sengih sebab malu. Aku lagi lah malu. Kalau nak lebih faham, aku perlu lihat sendiri. Bukan sekadar rupa teori. Ada siapa-siapa nak volunteer explain teori dan praktikal? Muahahaha. Ok dah start merepek. Bye.

Friday, December 2, 2011

Chasing Pavement

Bangun tidur pagi tadi aku terasa ada orang tidur sebelah aku. Bukak mata aku nampak Abah baring sebelah aku. Mengadu pinggang dia sakit. Aku terus duduk memikirkan solution yang terbaik. Aku minta akak yang cuti. Hantar Abah ke hospital untuk check x-ray. Masa hari Abah jatuh bilik air tu aku dah suruh pergi hospital tapi Abah kata tak payah. Alhamdulillah tak ada yang patah. Cuma bengkak pada pinggang. Syukur lah tak ada yang serius.

Oleh sebab akak aku cuti dan pagi tadi hujan, aku terpaksa menyusahkan orang lain. Tumpang kawan aku. Pick up aku depan pintu rumah lagi. Oh terharunya. Sorry sebab aku susahkan kau. Sorry sebab aku senang sangat sebut perkataan 'sorry'. Aku rasa bersalah sebenarnya menyusahkan orang lain. By the way, terima kasih banyak-banyak. Aku memang dah niat nak belanja kau. Tunggu la masa yang sesuai. Thank you taw! Jasamu dikenang.

Tiba-tiba aku rasa nak end up something. It's getting complicated. Don't know what will happen next. I'm getting scared with my future.



mood : celaru!

nota : It's raining out there.

AJL26

Baru je habis tengok Muzik-Muzik 26 Separuh Akhir. Dan 12 lagu yang berjaya ke peringkat akhir :

  1. Suhaimi Mior Hassan, Altimet & Ana Raffali - Kalau Berpacaran
  2. Faizal Tahir - Karma
  3. Yuna - Penakut
  4. Jac - Sedetik Lebih
  5. Hafiz - Awan Nano
  6. Najwa Latif - Cinta Muka Buku
  7. Projek Pistol - Wanita Seluruh Dunia
  8. Ning, Jac & Shila Amzah - Beribu Sesalan
  9. Monoloque & Atilia - Kekanda Adinda
  10. Aizat - Sungai Lui
  11. Alyah - Kisah Hati
  12. Yuna - Gadis Semasa
Dua-dua lagu Yuna tercalon dalam final. Woot woot~ You go girl. But, aku sedikit kecewa sebab lagu Hazama - Cinta Teragung tak masuk final. It's a good song. Bagi aku la. So, good luck kepada semua. For sure aku sokong Yuna la kan. Hehe.

Save the date for Anugerah Juara Lagu (AJL26) on 29th January 2012. :)

Tuesday, November 29, 2011

Worried

Abah jatuh kat bilik air pagi tadi. Berderau darah aku bila dapat sms dari akak. No wonder aku mimpi buruk pasal Abah semalam. Ada angka 29 masa tu, tak terfikir pulak 29 November 2011. Keadaan Abah tak berapa sihat. Pinggang dan badan sakit. Dah urut pinggang dan ada kesan bengkak pada area buah pinggang. Risau sebenarnya sebab Abah ada kencing manis dan darah tinggi. Doktor dah pesan tak boleh jatuh. Minta dijauhkan dari perkara yang tak baik. Puncanya bilik air licin. Adik aku baru lepas mandi. Lantai licin ada sisa sabun. Aku syak dia sabun lantai sambil lari-lari setempat macam shuffle. *macam ada pengalaman je dulu* ahahaha. Ops! Geram sebenarnya. Dan tadi dia pecahkan akuarium kat ruang tamu. Memang nak kena lah dia. Keluar semua panas baran aku. Sampai anak sedara aku pun terus jadi baik. Duduk diam-diam sebelah papa dia. Entah kenapa adik aku buat hal dua tiga hari ni. Semalam dia bocorkan ubat gigi. Habis satu bilik air penuh dengan ubat gigi. Arrgghhh. Apa pasal la kau buat hal ni. Kau bikin hati aku panas je!

Monday, November 28, 2011

Here Without You



This is a cover song by Boyce Avenue. Original by 3 Doors Down. Aku sangat suka lagu ni. Dengar lagu ni pagi-pagi can really make my day! Anyone can play this song for me? Oh man, I'm gonna fall for you.

Bad Dream

I got a bad dream this morning. Bangun-bangun je terus nangis. Aku belum bersedia untuk kehilangannya. I love him a lot. Aku tak dapat bayangkan hidup tanpanya. Ya Allah, panjangkanlah umur Abah. Amin.

Majlis Resepsi Ajiem & Tma

Last week adalah majlis resepsi di rumah pengantin perempuan. So, hari ni aku pergi majlis resepsi rumah pengantin lelaki pula. Both are my close friends. Sebab tu aku datang kedua-dua majlis. Harini aku ikut sekali rombongan ke rumah pengantin lelaki. I met old friends there. And also, I met him. It's been a while since the last time I met him during break fast last Ramadhan. So excited. Aku say "hi" kat dia dan dia senyum malu-malu. And he took picture of us. Can't wait to see it. Plus, he cut his hair. New style but still look cute when you smile. Oh man! Saya tak ada sebab kukuh untuk selalu hang out dengan awak. Kalau jumpa pun kat majlis kawen kawan-kawan. Tapi, kalau diberi peluang, saya nak jadi kawan rapat awak. Jadi girlfriend awak pun ok. Haha. Tapi tu semua angan-angan aku saje. I know I'm not good enough for you. Things better left unsaid. I hide my feelings. Ok, jom kita layan gambar pengantin. Ni photographer lain pulak. Kaya betul kawan aku ni.


~ 27 November 2011 ~













Mereka nampak bahagia sangat. I'm really happy for both of you. Aku doakan agar perkahwinan mereka kekal hingga ke syurga. Semoga dapat zuriat yang comel. Amin. =D

nota : Malaysia tewas 2 - 3 di tangan Bahrain. Mula-mula dah score 2 - 0. Tapi, di saat akhir, Bahrain mampu memboloskan gawang Malaysia sebanyak 3 gol dalam masa 5 minit. Unbelievable? Believe it!

Sunday, November 27, 2011

1433H

Selamat Menyambut Maal Hijrah. 1 Muharam 1433H. So far ada satu lagi azam aku yang belum tercapai. Aku nak hafaz Surah Al-Mulk. Surah ke 67 di dalam Al-Quran yang mengandungi 30 ayat. Setakat ni baru hafaz separuh je. Semoga Allah kuatkan daya ingatan aku juga dipermudahkan lisan dan pertuturan aku. Amin.

nota : aku cuba satu produk baru. Hope it works! Chaiyok =)

Tuesday, November 22, 2011

Kami lah Juara

21/11/2011 - First time aku tengok siaran langsung bola sepak kat mamak. Lokasi kat area rumah aku je. Setengah jam sebelum game bermula, meja semua dah full. Gila la. Tu pun kebetulan aku dapat meja tapi port tak best la. Terlindung sikit dari skrin besar. Harini perlawanan final antara Malaysia dan Indonesia. Game mula pukul 8:30 malam dan tamat around 11:30 malam.

Gila la. Ni first time aku tengok game yang sangat lama. Sampai babak penalti yang akhirnya berpihak kepada pasukan Malaysia. Alhamdulillah. Tahniah buat Malaysia kerana berjaya meraih pingat emas bagi acara bola sepak di Sukan SEA 2011.

Shahrul, Wan dan Izzaq tak main untuk final sebab injured. Tiba-tiba aku nampak ramai pemain Malaysia yang hensem. Shahrul, Fadhli dan Nazmi. Woot woot~

Thank you for the wonderful moment and memory to be remembered. Penat jerit sampai sakit tekak. Haha. Cool!

Malaysia 4 - 3 Indonesia

Monday, November 21, 2011

Selamat Pengantin Baru Tma & Ajiem

Selamat Pengantin Baru buat sahabat aku Siti Fatimah dan Mohd Nazim. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Selamat menempuhi alam berumahtangga. Semoga dikurniakan anak yang soleh dan solehah. I'm happy for both of you =)


~ 20/11/2011 ~












Sunday, November 20, 2011

Random

Dah seminggu rupanya aku tak bukak personal laptop aku ni. Sangat sibuk minggu ni. Kejar deadline modul baru. Dah demo modul Khamis lepas dan dah dibuka kepada user semalam. *happy* Semoga apa yang aku buat dapat memudahkan kerja orang lain dan diberkati oleh Allah. Amin.

Semalam aku tidur rumah kawan rapat aku, Tma. Last day tidur dengan dia sebelum bergelar isteri orang. Alhamdulillah persiapan kawen semua dah siap. Aku happy sebab pasangan ni aku yang kenenkan enam tahun lepas akhirnya ke jinjang pelamin. Memang jodoh korang. Syukur. Jam 9:35 malam tadi, dengan sekali lafaz, Tma sudah bergelar isteri Ajiem yang sah. Malam berinai pun dah selesai. Tinggal hari esok untuk bersanding. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Amin.

Aku gembira sebab Malaysia menang 1 - 0 menentang Myanmar. Entah kenapa aku jadi teruja dan minat nak tengok bola. Dan tiba-tiba aku nampak Shahrul Azwari tu hensem. Suka! Haha.

Aku rasa bersalah bila aku tak dapat bantu kawan rapat aku bila dia ditimpa masalah. Bila aku menghadapi sebarang masalah, aku mesti share dengan dia dan dia akan mendengar dan memberi nasihat atau idea untuk selesaikannya. Aku rasa tak adil untuk dia sebab I do nothing to make you feel better. I'm sure it must be really hard or complicated for you to explain it to me. That's ok. If you really need someone, I will always be your someone. It may be hard for me to say how care I am towards you. Just so you know, I do care about you. Hope you'll be fine soon cause I already miss the real you who always make me laugh and feel great.

Sunday, November 13, 2011

New Born

Pagi tadi dapat morning call dari abang aku. Dengan keadaan masih mamai, aku dapat berita gembira. Kakak ipar aku selamat melahirkan bayi lelaki pagi tadi. Dalam pukul 3 pagi. Alhamdulillah. Syukur semuanya selamat. Terima kasih Allah. Belum ada rezeki aku nak dapat anak sedara perempuan lagi. Mungkin nak tunggu anak akak aku kot. Akak, cepat lah kawen supaya I pun boleh kawen. Muahaha. *big grin*

=D

Friday, November 11, 2011

111111

Tarikh harini memang cantik. Memorable dan aku pasti ramai yang nak abadikan tarikh harini dengan perkara penting dalam hidup mereka. Berkahwin, bertunang, melahirkan anak, ambil gambar handphone pada jam 11:11, buat 11 entri dalam blog dan sebagainya. Yang pasti, aku juga ada cerita di sebalik tarikh ini.

Berita gembira? Yes! Alhamdulillah. Rezeki dari Allah Ta'ala. Syukur. Nothing much yang boleh aku coretkan di sini. Cuma aku sedang gila dengar lagu 'Adele - Someone like you'. Lagu ni terngiang-ngiang dalam kepala aku. Again and again.

Kebetulan ex-boyfriend aku menikah harini. Tiba-tiba flash back kisah lama. Tahun 1999, aku darjah enam. 12 tahun yang lalu. First boyfriend aku but kind of puppy love. Couple cuma satu hari. Aku yang mintak putus. Satu hari je couple? Haha. Nama pun budak-budak. Kenapa aku mintak putus? Aku cuba ingat balik. Jap eh. *Thinking* Ok masa tu dah nak hujung tahun. Nak pulang buku pinjaman. Aku terserempak dengan dia kat bilik SPBT (Skim Pinjaman Buku Teks). Kira bilik ni ada buku teks dari darjah 1 sampai darjah 6. Aku tak nafikan aku memang suka dia. Happy masa tu bila dia declare nak couple dengan aku. Dan aku masih ingat dia ada bagi satu diari. Cantik. Dia kata mak dia suruh kasi. Oh sweetnya! Masa kat bilik SPBT tu, aku tengah nak pulang buku, kebetulan ada ink warna biru dalam bekas empat segi yang buat cop kertas kat atas lantai. Aku tak perasan dan terpijak ink tu. Habis biru stoking aku. Dia gelak-gelak tengok aku cop tikar getah bilik tu. Maybe sebab tu aku bengang dan marah. Terus aku mintak putus. Haha. Bilik fikir balik, memang kelakar. Aku jumpa dia kat facebook a few years ago, dia yang add aku. Dan aku ambil masa yang lama untuk nak approve dia. Sekarang dia dah ada life sendiri. Dah ada isteri. Paling cool bila tengok dia pakai kereta mini cooper. Menyesal? Tak lah. Cuma impressed sebab dia berusaha untuk dapatkannya. Mungkin tak ada jodoh antara kita. It's ok!

Berbalik kepada lagu yang aku tengah so into tu, verse lagu ni sangat sesuai dengan situasi aku

"I heard that you're settled down That you found a girl and you're married now"

Fuuuu! Ok aku tengah belajar gitar lagu ni. And I love this song. Terima kasih kepada yang tolong download kan. This song means a lot to me. I will remember you.

"
Sometimes it lasts in love, but sometimes it hurts instead"



Good night =)

Thursday, November 10, 2011

Teman

Harini aku tertinggal dua-dua handphone kat rumah. For the whole day dekat office, aku rasa serba serbi kurang. Nak call orang tak boleh sebab aku tak hafal nombor orang lain kecuali ayah aku. Orang nak call aku pun tak dapat. Nak contact akak pun aku terpaksa guna email office. Haha. Cool kan?

Kat rumah aku dah ada kucing baru. Ayah aku jumpa kat tepi jalan masa hari raya korban, 6/11/2011 haritu. Kucing jantan. Aku panggil Bobo. Akak panggil Boby. Mak panggil Cherry. Suka hati la nak panggil apa. Yang pasti kucing tu manja dan gila-gila. Suka sangat gigit-gigit. Tangan dan kaki kena gigit tu dah kira biasa. Jangan hairan kenapa tangan aku banyak kesan cakar. Dia punya kerja lah main gigit-gigit. Ingat aku daging agaknya. Tadi dia gigit dagu akak aku. Bengong punya kucing. Semalam aku dah mandikan dia. Wangi. Tapi mulut dia busuk la. Pening kepala aku. Macam mana nak gosokkan gigi kucing? Siapa tahu cara nya? Takkan aku nak suruh dia kumur-kumur listerine pulak kan. Kang ada kucing yang mati lagi. Nanti aku jugak yang sedih. Kucing baru ni ada perangai Badai sikit-sikit. Boleh la aku buat teman di kala sunyi. Aku rindu Badai!

Tadi kawan aku kasi satu lagu kat aku. Tiba-tiba teringatkan seseorang. Dia pernah bagi lagu tu kat aku jugak dulu. Lama dah tapi aku masih ingat. Aku jadi sedih. Sebab apa? Sebab orang yang dedicate lagu tu kat aku dah meninggal. Arwah Apis. Rindu kat dia. He was the one guy yang aku berani panggil sayang sebab dia ni jenis tak kisah. Arwah pun tahu aku ni jenis gila-gila. Oh Tuhan, aku rindu dia. Al-Fatihah.

Esok tarikh 11/11/11. Cantik tarikh tu. Aku harap tak ada perkara yang tidak baik berlaku esok hari. Tahun lepas pada tarikh 10/10/10 kemalangan bas yang terbalik di jalan bertentangan di lebuhraya utara selatan. Harap semuanya dilindungi oleh Allah s.w.t. Amin.

Tuesday, November 8, 2011

Misi Berjaya



























Akhirnya aku berjaya menjejakkan kaki ke Zoo Johor. Harga tiket bagi orang dewasa ialah RM3.00 dan RM2.00 bagi kanak-kanak. Best dan aku sangat enjoy! Lepas aku letak gambar aku bersama ular kat profile picture Facebook, terus anak sedara call ajak pergi. Huhu. Teruja.

Nephew : "Mak su, Iqbal nak ikut pergi zoo"
Aku : "Iqbal nak pergi zoo?"
Nephew : "Nak nak!" dengan nada macam iklan ho ho horlicks

Auwww.. Comel sangat. Iqbal paling suka tengok buaya. hee~

Sunday, November 6, 2011

Misi Gagal

Semalam aku keluar dengan officemate. Effa & Jiman. Brunch kat Plaza Larkin. Aku order mee rebus stulang. Lama gila tak makan mee rebus stulang! And as usual with teh tarik. Lepas tu shopping kain kat Angsana. Kesian pulak keluar dengan lelaki then kena tunggu perempuan pilih kain berjam-jam. Aktiviti seterusnya ke Zoo Johor. Excited sangat dari luar nampak keldai, flamingo, burung enggang, seladang dan lain-lain. Sekali sampai kat pintu masuk Zoo, ada notis tutup jam 4:00 petang sebab Raya Haji. Masa tu aku sampai dalam pukul 3:45 petang. So, guard dah tutup pintu. Oh man! Kecewa amat. Aku nak pergi jugak nanti. Nak jugak! Nak jugak!

Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua yang beragama Islam. =) Tahun ni aku tak dapat nak puasa arafah(9 Zulhijjah). Insya Allah tahun depan kalau dipanjang usia.

nota : laptop aku buat hal. harini tak nak keluar suara. maybe speaker dah rosak. yelah, dah lima tahun pakai since diploma. sunyi sepi tak dapat nak pasang lagu. Last song yang aku dengar dari laptop ni, Geisha - Cinta & Benci.

Saturday, November 5, 2011

Kehilangan

Bila tengok gambar Badai, aku jadi sedih. Rindu sangat kat Badai. Rindu nak dengar dia mengiau. Aku macam terlupa yang Badai dah takde lagi sebab macam baru semalam dia tidur sebelah aku. Aku genggam tangan dia yang sejuk dan pandang mata dia. Sekarang aku tak dapat tengok dia lagi sebab dia pergi waktu aku tiada di sisinya. Oh Badai, aku rasa kehilangan yang drastik. Sumpah aku sangat sayang Badai. Walaupun dia hanya seekor kucing, dia seperti kawan baik aku. Tunggu depan pintu bila aku balik dari kerja. No wonder seminggu sebelum pergi, dia nak tidur atas riba aku. Tak pernah-pernah dia buat macam. Ya Allah, aku sangat rindu dia! =((

nota : Hari ketiga tanpa dia.

Friday, November 4, 2011

It's Over

Aku stay back kat office sampai pukul dua pagi. Fix bugs and error modul aku untuk bengkel jam sembilan pagi. Alhamdulillah bengkel berjalan dengan lancar. Lega. Habis bengkel terus tidur. Penat gila. Otak penat. Badan penat. And at last, it's over. Aku nak rehat raya haji ni. Harap tiga hari ni dapat aku kumpul semula tenaga untuk next modul.

nota : bosan la pulak aku layan Anugerah Skrin 2011 ni. Nak tengok Maharaja Lawak Mega takde astro pulak. Haih.

Wednesday, November 2, 2011

Kau Pergi Jua




02 September 2011

Aku sampai rumah pukul 9:00 malam. Sampai je terus abah cakap Badai dah tak ada. Aku tergamam tak berkata apa-apa. Menghembuskan nafas terakhir jam 3:00 petang di atas comforter aku. Tak sempat aku nak tengok Badai untuk kali terakhir. Sedih. Pagi tadi aku cakap dengan Badai, tunggu aku balik petang nanti. Dia tak tunggu pun. Sempat la aku tidur sebelah dia malam tadi. Dapat cium dia. Pagi ni aku cuma belai dia je. Dah tak dapat jumpa Badai lagi. Sedihnya! Harap satu hari nanti, kita bertemu semula di alam yang lain. I will always love you, Badai. ='(

Salah Nama

Aku masih di office. Baiki error sebelum bengkel modul aku hari Jumaat ni. Oleh sebab aku stay back, bos aku belanja burger. Bukan burger McD. Burger delivery. Beli kat Meranti. So, bos aku bagi nombor handphone aku kat delivery tu. Kebetulan aku tengah solat, ada call masuk. Officemate sebelah aku tengok handphone aku tapi tak sempat angkat. Terpapar nombornya. Means bukan dalam contact list aku. Seminit lepas call, nombor tu sms aku. Sms nya berbunyi begini "AWK BUAT APA ITU" tapi aku tak reply sebab aku tak tahu siapa. Bunyi macam orang Nepal pun ada. Cis, entah siapa la. Aku tak berminat nak tahu.

Selang lima minit lepas tu, ada call masuk lagi. Terpapar nombor lain pulak. Aku angkat.

Gadis : "Hello, ni Diyana ke?
Aku : "Bukan."
Gadis : "Yana ke?"
Aku : "Bukan."
Gadis : Diam
Aku : Diam juga.
Gadis : "Ni yang order burger ke?"
Aku : "Haa.. Ye saya.
Gadis : "Saya dah kat foyer."
Aku : "Owh ok. Saya turun sekarang."

Haha. Lain kali sebut nama aku betul-betul. Tak pasal-pasal dapat layanan dingin dari aku.

November

01 November 2011

First of all, aku nak wish happy birthday kepada dua orang kawan aku yang menyambut hari lahir yang ke dua puluh empat. Khyirul Nazilah dan Hanum. Semoga panjang umur, murah rezeki, dapat jodoh yang baik dan termakbul apa yang dihajatkan.

Secondly, for the first aku datang kerja dengan mata bengkak. Entah berapa ramai yang tegur muka aku sembab pun aku tak kira. Biasalah. Ada ketika kita gembira. Ada kalanya pulak sedih.

Thirdly, aku dapat settle kan kerja harini. Lega sebab dapat selesaikan masalah coding.

Forthly, tadi celebrate birthday Hanum kat Starbucks. Makan pizza hut plus Starbucks. Girl talk. Suka! Suka! =)

Last but not least, kucing kesayangan aku, Badai baru lepas operation buang batu karang. Nampak lemah sangat ni. Aku baring sebelah dia. Tangan dengan kaki sejuk. Aku rindu nak tengok dia nakal. Mengiau satu rumah dari tingkat atas ke bawah. Bawah ke atas. Urut badan aku. Rindu nak peluk dia. Cium dia. Gigit telinga dia. Peluk dia kuat-kuat. Semoga dia cepat sembuh. Aku harap sangat dia strong dan cepat baik. Badai, kakak sayang Badai. Banyak sangat. Get well soon. Doakan kucing aku cepat sembuh eh.

Monday, October 31, 2011

Just So You Know

Pagi tadi breakfast dengan team bowling. Aku tak cakap banyak sebab aku pemalu dengan lelaki. Tak percaya? errr. Ok aku pun ragu-ragu dengan statement tu. Haha. To be exact, aku malu dengan lelaki yang jarang berbual. Kalau dah selalu berbual, aku dah jadi tak malu. Eh, maksud aku kurang sikit pemalu. You can see the true me when you know me better. Jom la kawan dengan saya. Haha. Ok dah melalut.

Then, lepas breakfast aku singgah Bendahari hantar borang permohonan pinjaman kenderaan. I got a problem with the quotation but I fixed the problem somehow. Lega sangat. *Lap peluh kat dahi*

Then balik kerja hujan pulak. Since kakak aku cuti harini, aku tumpang la kawan. First time naik bayi putih dia. Hmm.. Wangi. Haha. Actually, kerja aku ada lagi yang tak siap. Sangkut part SQL. I couldn't solve it because I think too much about my problem. Ok aku tak nafikan aku jenis yang cepat menggelabah dan tak tentu arah kalau ada masalah. Tapi aku tinggalkan kerja harini sebab aku dah tak boleh nak fikir. Aku cuba untuk buat esok la. Sebab deadline hari Rabu ni. Nak tak nak aku kena stay back esok. By the way thanks sebab sudi tumpangkan aku ye kawan. =)

Haaa lagi satu, aku dah lama sangat tak dengar orang panggil aku Nurul. Bila aku dengar orang panggil aku dengan nama tu, aku jadi malu. Pipi jadi auto merah. Degupan jantung jadi kencang. Peluh membasahi dahi. Mata keluar gambar love. Ok tipu. Aku dah merepek banyak dah ni. Actually, aku jadi pemalu bila panggil aku Nurul. Tak tahu kenapa. Oh! Segannya. Hahaha. *tutup muka pakai bantal busuk*

Ok bye!

Saturday, October 29, 2011

Moody

Kenapa aku rasa sunyi dan sepi? Tak suka betul la bila mood tak best macam ni datang. Fikiran entah melayang ke mana. Aku tengok gambar-gambar lama. Gembira kejap bila fikir kenangan bagi setiap gambar tapi lepas tu rasa sunyi balik. Kalau dulu rasa macam ni, aku suka bawak motor jalan sorang-sorang sambil lihat pemandangan di waktu malam. Tapi sekarang, tu bukan hobi aku lagi. Aku prefer main gitar di rumah sambil belajar chord lagu baru. But still, main gitar tak dapat mengubati kesunyian aku. Seriously, aku tak tahu apa yang aku nak. I'm just not in a good mood right now.

nota : aku harap bila aku bangun esok pagi, mood aku jadi ceria seperti biasa.

It Wasn't My Day

Yesterday was not my day. Semuanya serba tak kena. Dari sarapan pagi, layan panggilan user yang menyakitkan hati dan tak perform well untuk game bowling. Aku frust sebab aku telah menghancurkan harapan orang. I'm truly sorry.

Thursday, October 27, 2011

Trust

Macam-macam perkara yang terbuku dalam hati yang tak dapat aku luahkan. Bila fikir ragam orang, aku jadi stress. Semuanya jadi terbatas. Setiap gerak geri aku jadi perhatian. Entah apa yang orang nak tahu tentang aku pun aku tak pasti. Semua benda nak tahu. Aku tak suka kongsi masalah atau apa-apa dengan orang yang aku tak rapat. Aku rimas. Skrin laptop aku dah macam tak ada privasi. Dengan siapa aku chat pun perlu ke nak tanya? Boyfriend? Kawan? Suami orang? Bujang? Perlu ke aku jawab semua tu. I just want to make this clear, I'm not desperate enough to seize someone who does not belong to me. So, please give me some space and privacy. I'm getting sick of all this. Get a life la weyh!

And one more thing, I'm disappointed to hear a secret that shouldn't be revealed. It's not me who said it. I just shut my mouth because I don't agree with what you are doing. Come on. It is someone's secret for you to keep it and now, it's not a secret anymore. Everyone knows it. I'm sure if the person knows about it, you are in a big problem.

"It's not easy to get someone's trust, but to change it, it's like a blink of an eye." - nuyuljana

note : This entry is just what I think at the moment. It's like a reminder for you and for me as well.

updated : aku sebenarnya terharu sebab balik kerja tadi abah panggil aku BABY! *menjerit* Dan baru kejap ni abah hulur aiskrim. Auwwwww.. So sweet! Sayang abah!

Tuesday, October 25, 2011

Sakit Tekak

Sudah nak masuk tiga paket Fisherman's Friend aku telan, sakit tekak masih belum fully recovered. Bila nak baik ni? Haih.

Monday, October 24, 2011

After All, Secret Will Be A Secret

Apa reaksi korang bila dapat taw rahsia yang akan membuatkan korang terkejut? Aku jadi speechless. Secara jujur, aku tak sangka aku akan taw rahsia ni. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ni. Sebagai peringatan untuk aku lebih berhati-hati. Perkara yang berlegar-legar di ruang minda sudah terjawab. So, I'll just keep it as a secret. I love you like a love song baby. Ok dah merepek. Nak pergi tidur. Good night :)

Sunday, October 23, 2011

Weekend Yang Awesome

Hari ni hari yang best buat aku. Pagi masak breakfast sama-sama dengan family. Makan semeja dan sembang-sembang. Tengok masing-masing ketawa dan enjoy themselves. Pastu adik aku si Firdaus tu rajin pulak harini. Sapu dan mop rumah. Wow. Kira aku off day la hari ni. Thank you Firdaus! Akak kasi satu kiss untuk hari ni. Muah! So, apa aktiviti yang aku buat hari ni? Jom kita bongkar diari artis. Haha. Bajet artis la konon. Cet!

So for the record, hari ni ada buat aerobic di rumah selama satu jam. Peserta terdiri daripada mak, kakak, adik dan aku. Abah? Abah tidur kat bilik. Ngelat eh!! Lepas aerobic, aku dengan akak kena bersiap-siap untuk temujanji bersama artis jugak. Aktiviti seterusnya, bowling. Main tiga game. Purata aku it's around 90++. Kira ok lah dari dulu sebab dulu purata 50 pun susah nak cecah. Haha. Tapi tak boleh lawan artis yang sorang tu. Purata dia 180++ *hidung keluar darah*

Aktiviti seterusnya adalah shopping. Since aku dah shopping menggila beberapa hari yang lepas, kira ni dah slow down seiring dengan baki yang ada dalam bank. Haha. Beli toiletries je. Kalau hujung bulan ni poket aku dah nazak, ada kemungkinan aku akan lunch makan beg, baju dan yang sewaktu dengannya. Tapi puas hati sebab aku beli banyak gila barang.

Tadi, abang aku datang. Dapatlah dinner ramai-ramai malam ni. Menu hari ni, bakso! Dapat lah aku menyakat anak sedara aku tu. Iqbal tengah suka kumpul barang-barang Angry Bird. Nak baju Angry Bird la. Beg Angry Bird la. Kebetulan kakak ipar aku tengah tunggu hari nak melahirkan. Aku saje tanya nama baby yang bakal dilahirkan. Tiba-tiba kakak aku cadangkan, Mohd Inggri Bird. Mengong! Satu rumah pecah dengan gelak tawa. Aku ada buku himpunan nama-nama Islam. Since nama anak sedara aku Iqbal, abang aku nak cari nama yang ada huruf 'Q'. So, aku cadangkan Iqram. Iqram Muhaimin or Iqram Muizzudin. Wah, tak sabar nak dapat anak sedara baru. Semoga dipermudahkan semuanya. Amin.

Chill

Harini aku tak pergi office. Tak rajin nak bekerja rasanya. Lebih seronok habiskan masa dengan keluarga dan kawan-kawan. Harini aku shopping dengan mak. Beli seluar, jubah, shawl, brooch, baju. Whoa! Bulan ni aku gila shopping. Nasib baik savings aku dah simpan kat bank lain. *kesat peluh kat dahi*

Sempat jugak la aku usha perabot baru. Set sofa, meja makan, set bilik tidur. Tilam king koil harga Rm999. *telan air liur* Seronok la window shopping. Suka! Suka! hee~

Balik shopping singgah pasar malam. Nak beli kuay tiew tapi dah habis. So, kena tunggu mamat tu masak baru. Kenapa aku beli kat situ? Sebab mamat tu hensem. Aku suka. Haha. Mata melilau tengok lelaki kat situ. Ternampak seorang lelaki ni. Macam aku kenal. Aku tengok aje dia sampai dia pandang. Dia senyum je. Kawan aku masa sama-sama kerja kat Marrybrown zaman lepas SPM dulu. Tahun 2004/2005. Aku dah lupa nama dia. Slumber je aku tanya nama dia sebab aku dah lupa. Azhar! Dah lama lost contact. Nombor kawan-kawan yang kerja Marrybrown pun dah hilang. Aku berbual-bual kosong je dengan dia since dia pun busy layan customer. Kuay tiaw siap. Aku bayar. Nak balik aku cakap 'bye' tapi dia tak dengar kot. Tiba-tiba kawan dia jerit. 'Wei, kawan ko cakap bye tu'. Aku senyum dan lambai tangan je la.

Balik dari pasar malam, member aku call ajak lepak. Tutti frutti. Harini aku amik yang rasa tak sedap. Betik, almond, lemon, velvet apa entah dengan lagi satu yang rasa pelik. Rasa ubat. Nasib baik aku bubuh kacang banyak-banyak. Lepas lepak, member aku bawak gi kedai handphone blackberry. Usha blackberry pulak. Curve?Bold?Storm?Torch? Semuanya something new bagi aku. So, sekarang ni aku masih lagi survey handphone. Survey je. Beli tak taw bila. Haha. Starting next month, gaji aku akan ditolak untuk bayar insurans nyawa plus savings.

Haa lagi satu. Rambut aku dah panjang. Tak taw nak potong paras bahu ke, rebonding ke, curly ke. Last time potong paras bahu masa tahun 2006 kot. Masa tu suka tengok Fara Fauzana rambut pendek. Comel. Nak potong macam sayang pulak. Dulu beriya-riya nak simpan rambut panjang. Nanti dah boleh siput rambut, nak kawen. Haha. Apa punya angan-angan daaa. Sekarang ni kalau kawen, insya Allah akan kekalkan imej bertudung. Semoga kuat wahai iman! Sikat aku hilang. Entah kat mana aku letak. Dah berapa minggu tak sikat rambut. Tukang sikat rambut pun dah malas. Dulu rajin sikat rambut aku. Aku suka mintak tolong adik aku sikatkan rambut. Saje nak manja-manja dengan dia. Lalala~

Mood : Ok-ok saje :)

Friday, October 21, 2011

Cheat Day

Tadi aku pergi sauna dengan officemate. Masuk dalam bilik sauna berempat. Tapi tak berapa nak best service nya sebab owner spa tu takde. So, orang lain yang tolong uruskan. Semua serba tak kena. Bilik sauna tak panas macam selalu, air lupa bagi, towel muka lupa bagi, krim macam salah. Selalunya dapat krim lain yang takde bau. Ni dapat krim yang wangi. Aku syak ni krim biasa yang pakai lepas mandi. Cis! Nasib baik kami ni jenis tak rebel. Teruskan je misi sauna sambil borak-borak. Tapi, seronok bila dah ramai, macam-macam topik boleh cerita.

Lepas sauna, pergi Mak Jah. Makanan semua dah habis. Licin woo! TERPAKSA lah pergi MCD terdekat. Semua order Quarter Pounder with Cheese. Tak boleh jadi ni. Aku terjebak jugak. Hari ni kira cheat day. Makan fast food. Haha. Off the record la. Aku pun manusia biasa. But still on diet tak makan nasi. Kira aku ambil protein banyak la harini. Assume daging burger tu protein ye. Dan rotinya sedikit karbohidrat. Cheese? Anggap lah cheese tu errrr... errr... Say Cheese! HAHA.

nota : this week aku dah buat aktiviti berenang, gym dan sauna. Tapi kesannya belum nampak. Tak pe Jana. Encik Arif kan dah ajar, guna perkataan ni kalau sedang dalam sesuatu proses.

"SEDANG BERUSAHA untuk turunkan berat badan" ;D

Enjoy Life While You Can

Balik kerja semalam hujan lebat. So, naik kereta kakak. Dah dua hari tinggalkan motor aku kat office. Tak panaskan enjin pun. Harap-harap boleh hidupkan jap lagi. Kalau enjin tak boleh hidup, aku perlu mintak bantuan daripada incik yang duduk dekat bilik yang aku selalu parking belakang biliknya. hehe.

So far aku sedang dalam proses nak fix diri aku. From being workaholic to the actual me. Sedang berusaha untuk menjadi diri aku. Masih mencari diri aku yang telah hilang entah ke mana. So, for the start, aku ajak kakak aku pergi shopping. Yeay! I feel awesome. Dah dapat beg, kasut, seluar, tudung, brooch. First time aku try donut dan yogurt Jco. Yummy. Seronok la jalan-jalan dengan kakak. Thanks akak sebab layan kepala I. I love you! Muah muah!

Mood : Better than yesterday ;)

Thursday, October 20, 2011

Gym

Semalam aku pergi gym. Ye, gym bukan gymrama. Baru 3 minggu bukak kat Setia Tropika. Bayaran sekali masuk RM7.00. Masuk-masuk je memang lelaki la kan yang ramai. Tapi, aku kena ada keyakinan diri sebab azam memang nak turunkan berat badan. Lepas stretching, instructor suruh aku kayuh basikal gym. 20 minit. Non-stop aku buat. Hasilnya konsistensi nya cantik. Straight 4 titik dari mula sampai habis. Tapi masalahnya ni kaki, punggung dan yang sekawasan dengannya rasa semut-semut dan lenguh lepas 20 minit. Aku rehat 5 minit then dia suruh guna alat lain. Macam basikal tapi for the whole body. Aku tahan 2 minit je. Pastu aku rasa mabuk dan cramp tahap gaban. Surrender. Tapak kaki aku cramp tak ingat. Terpaksa aku bukak kasut dengan stokin. Lama jugak la aku stop sebab cramp tak hilang. Sementara menunggu hilang cramp, instructor tanya la pening ke tak. Aku cakap la pening. Dia cakap tu sebab gula dalam darah tinggi, kolestrol tinggi. Memang HBP aku tinggi pun. 149/84. Aku bagitaw dia yang aku tengah diet. Stop makan nasi dan banyak makan protein. Dia suggest jangan stop makan nasi. Makan tapi sedikit. Kalau malam, dia suruh aku makan roti. End up, dia suruh aku kayuh basikal yang first aku guna tadi selama 5 minit. Ok dah tamat. Kesimpulannya aku berada di gym tu 1 jam tapi aku bersenam it's around 25 minit je. Masa yang selebihnya tu cramp. ahahaha.

Sabtu lepas, aku pergi swimming dengan kawan jamming. Swimming 1 jam tapi tak lah cramp macam gi gym ni. Kesimpulannya, lebih baik aku swim dari pergi gym. At least peluh dalam air. Ni kat gym peluh banyak pastu lupa bawak tuala kecil. Masam siak! Cis!

Wednesday, October 19, 2011

Terrible

Tiba-tiba rasa stress. Aku rasa macam nak shopping. Nak beli handbag ke, kasut ke, handphone ke. Ah damn. Mana pergi semangat aku nak savings untuk beli kereta. Mana?Mana? Aku rasa macam nak nangis tapi takde sebab nak nangis. Boleh tak aku nak nangis tanpa sebab?

Aku rasa TERRIBLE sekarang ni. Kenapa? Aku syak hormon tak stabil. :(

Kawan

Kalau semalam aku bising pasal kawan aku lepak tak ajak aku, hari ni aku dah cool down. Aku tak marah sebenarnya. Aku cuma sedih bila kawan-kawan karib menyisihkan aku. Aku sayang mereka dan aku rasakan mereka penting dalam hidup aku. Kawan bukan setahun dua. Dah sebelas tahun. Pelbagai suka duka tawa nangis kita dah tempuh bersama. Dari alam persekolahan, percintaan, pekerjaan sampai masuk alam perkahwinan. Kita dah taw hati budi masing-masing. Aku cuma nak kawan-kawan karib aku ingat aku. Tolong lah jangan lupakan aku. Aku tak minta duit atau harta, aku cuma mahu korang.

Masa berlalu, saban tahun makin ramai kawan baru yang aku kenal. Tapi aku tak pernah melupakan korang. Walaupun kita jarang berhubung, aku cuba sedaya upaya untuk ambil taw apa yang terjadi dalam hidup korang. Kalau bukan melalui call atau sms, at least aku akan singgah kat facebook korang. So, jangan cakap aku dah lupa korang sebab aku dah ada kawan baru ke apa. Aku masih sayang korang. Cuma aku perlukan sedikit masa untuk fix diri aku yang dah tak balance antara kerja dan rutin harian.

Aku cuma nak korang taw, walau berapa ramai pun kawan yang aku ada, aku tetap simpan korang dalam hati aku. Maafkan aku kerana sejak kebelakangan ni, aku dah tak rajin nak berkongsi suka duka aku. Korang tak tanya dan aku pulak berat mulut nak cerita. Aku tak nak cerita pada orang yang tak nak dengar masalah aku. So, buat masa ni aku update semua tentang aku kat blog. Kalau korang rasa nak taw tentang diri aku, baca lah blog aku. In case kalau aku dah lama tak update blog, meaning there's something wrong happen to me. Either I'm no longer in this world or something else.

cc to Tma, Ecah, Ayu, Nez, Ajiem, Ogy, Yun, kamu dan kamu.

Nota : I hate my feelings right now. Feelingless. Dan aku tak happy dengan hidup macam ni. This is so not me. Aku tak happy bila aku pendiam. Aku banyak cakap la weyh. Ini bukan aku!

Tuesday, October 18, 2011

Where Are You

5 Oktober 2011, aku mc hari tu. Demam 39 darjah celcius, selesema, batuk. Doktor check blood pressure, 194/97. Gila. Boleh kena stroke macam ni. Aku syak tinggi sebab aku tengah demam. Mungkin. Kepala dah pusing. Tidur satu hari.

17 Oktober 2011, aku ke klinik untuk buat rawatan susulan. Batuk dan selesema belum baik. Tekak gatal tapi doktor cakap takde kahak. Kahak ni main sembunyi-sembunyi pulak. Bila jumpa doktor, dia tak nak keluar. Educated la konon. Pttuuiii! Check blood pressure, 149/84. Better than 12 days ago but still need to reduce the number. Doktor tanya kenapa masa 5 Oktober ni tinggi sangat. Aku cakap ada kaitan tak dengan period? Doktor cakap takde. Sepatutnya kalau period, darah rendah. Aku terdiam.

Kenapa tekanan darah tinggi ni? Kalau normal 120/80. Ni dah lebih ni. Stress sangat ke aku ni? Ke aku kurang berehat? Mata pun dah makin rabun. Cermin mata pun dah kena pakai balik. Tapi masalahnya aku pening pakai cermin mata ni. Nak kena check power dia balik. Tidur pun mimpi coding. Logical. If else. SQL. Aku rasa aku habiskan masa banyak untuk kerja instead of time for myself, family and friends. Aku pun dah jadi pendiam bila lepak dengan member. Dah takde topik nak bualkan. It's really dull and boring. I miss the real me. Can you find her? Send her back as soon as possible. Thank you.

nota : sekuat mana pun hati ni, kadang-kadang boleh jadi rapuh. bila member lepak, post gambar kat facebook, dan dalam gambar tu tiada aku, mula lah aku rasa sunyi. mungkin aku telah dilupakan. dan bila dah sebulan dua aku tanya balik, "lepak tak ajak pun". Simple answer dia jawab, "kau bz memanjang" padahal tak text or call langsung. Shit. Benda remeh macam ni pun aku nak amik hati.

Ok fine. Let's move on.

Monday, October 17, 2011

Guilty

Pagi tadi nak pergi kerja, aku ternampak ada motor excident. Jatuh masa dekat selekoh. Aku syak dia bawak laju dan brek dekat selekoh yang ada pasir. Mungkin tayar motor botak. Aku nak berhentikan motor tapi aku nampak ada kereta berhenti betul-betul depan motor tu. Mungkin orang yang naik kereta tu tolong dia. Aku sempat kerling penunggang motor tu. Bangsa India. Dia tak cedera dan boleh bangun sendiri. Rasa bersalah pun ada sebab tak berhenti sekejap. Maafkan aku. Aku harap dia tak cedera teruk. Kadang-kadang aku teragak-agak sama ada nak tolong ke tak bila berlaku perkara macam ni. Kang kalau tolong tapi tiba-tiba sindiket rompak macam dalam cerita Kasih Alia, tak ke naya tu. Tapi tadi tu memang excident betul. I felt guilty right now. Maafkan aku sebab tak tolong. Sorry!

Nota : Mak Long aku ditimpa masalah. Ya Allah, semoga kau permudahkan urusan beliau. Semoga Mak Long tabah. Berat sungguh dugaan buatmu. :(

Saturday, October 15, 2011

A Lesson To Remember

Ada satu cerita yang tak best berlaku dalam hidup aku bulan lepas. Aku berat hati nak cerita kat sini. Aku cuma kongsi dengan dua orang kawan rapat aku. Perkara yang membuatkan aku stress dan murung. Bila tengahari tadi, Rafi (bukan nama sebenar) ada tanya pasal hal tu, aku terkejut la jugak. Sebab orang yang tak berapa nak best tu dah jaja cerita pada orang lain walhal aku simpan sebagai rahsia. Shit bukan?

Aku tanya Rafi sama ada orang yang tak best tu ada cerita kat dia dan Rafi jawab ada. So, Rafi nak tahu dari side aku pulak. So, aku ceritakan perkara sebenar. Dan apa yang aku ceritakan ada certain part yang telah diputar belitkan oleh orang yang tak best tu. Aku rasa marah la jugak. Tapi, aku pasti Allah maha adil. Sesungguhnya aku berserah padaNya. Biarlah keburukan dia aku simpan dalam kocek aku. Aku taw mengaibkan orang lain itu tak baik.

I admit I make mistakes sometimes but I didn't cheat others. End up, you isolate yourself.

Moral of the story : Don't trust everybody. Maybe some of them will back-stab you.

I will start my diet immediately. Please support me. Don't let me fall.

Thursday, October 13, 2011

Shila Amzah - Patah Seribu Chord

Aku tengah kemaruk satu lagu ni. Aku cari chord lagu ni kat Google tapi belum ada orang post. So, aku ikhtiar cari kat YouTube dan buat chordnya based on video penyanyi asalnya. So, kepada yang nak chord lagu Shila Amzah - Patah Seribu, silalah copy. Jangan lupa cakap terima kasih dan doakan aku bertambah comel. hehe. Enjoy!




Shila Amzah - Patah Seribu

Intro : G D Em C D

G D
Walau kau tiada di sini
Em C D
Ku tetap ingat semua pesanmu
G D Em
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
C D Am
Bisikan kata kepadaku
Em C D
Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Am Em C D
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu

Chorus
G D
Oh.. patah seribu hatiku
Em C D G D
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Em C D G D Em C D
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

G D Em
Biar pergimu tanpa relamu
C D
Namun hatiku tetap rasa
G D Em
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
C D Am Em C D
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Am Em C D
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan

G D
Patah seribu hatiku
Em C D G D
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Em C D G D Em C D
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

G D Em C

D G D
Sayangku mohon padamu
Em
Segera tinggalkanku
C D G D
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Em C D G D Em
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
C
Pergilah

Nota : Nak buat cover lagu ni tapi takde video recorder. Sedih.

Tuesday, September 27, 2011

Here Comes The Rainbow

"Kadang-kadang Allah beri kita hujan
Kita tanya mana matahari
Rupa-rupanya Allah nak bagi kita pelangi"


Malam tadi, aku tengok cerita hantu kat tv3. The Eyes 1. Baring di sisi abah buat aku rasa selamat. Rindu sebenarnya zaman aku kecil dulu. Berkepit je celah ketiak abah. Tiba-tiba kemurungan yang aku alami terubat sendiri. Bila pagi menjelma, aku rasa ok sendiri. Kemurungan tu dah berakhir.

Aku datang office dengan semangat baru. Lepak kat anjung sambil berbual-bual dengan kawan sejabatan. Sedikit sebanyak terubat sebenarnya frust yang aku alami. Terima kasih kepada semua yang concern pasal aku.

Lunch tadi aku gi Jusco. Makan kat arena. Ternampak blogger terkenal dengan isteri dia. Aku tengok je. Meja makan dah jadi isu hangat pasal blog. Kalau kerja swasta dulu, sempat la aku jengok blog orang, sekarang ni nak update blog pun jarang. Apatah lagi nak baca blog orang.

Tadi kerani jabatan call. Aku dapat berita gembira. Alhamdulillah. Syukur Alhamdulillah. Semoga Allah permudahkan segalanya.

:)

Monday, September 26, 2011

Mendung

Sejak Jumaat lalu, hari-hari aku tak ceria seperti selalu. Aku sedar aku seorang yang cepat mengalah, putus asa dan mana-mana perkataan yang sinonim dengannya. Bila apa yang aku hajat tak tercapai, mula lah patah semangat. Nak kata tak berusaha, ada lah usaha sikit. Cuma mungkin belum ada rezeki. Mungkin orang akan kata, aku ni mengalah sebelum berjuang. Biarlah. Orang tak faham perasaan aku.

Aku dah pujuk hati ini tapi hati ini degil. Masih nak murung. Kenapa kau degil wahai hati? Kenapa kau cepat mengalah. Kenapa kau tak menangis? Kenapa kau simpan sendiri?

Sekarang aku tak faham dengan diri aku. Mungkin hujan lebih memahami hati ini.

Pelangi, muncul lah kau. Ceriakan hidup aku.

Monday, September 19, 2011

Hardship

Alhamdulillah. Satu masalah yang merunsingkan aku dah selesai. Aku selaku urusetia bagi majlis sambutan hari raya kat office aku. Task aku adalah sediakan ketupat. Masalah datang di saat akhir dan Alhamdulillah dapat dihadapi dengan tenang. Terima kasih yang tak terhingga kepada staf yang banyak membantu tak kira dari segi fizikal, mental, tenaga, masa dan wang ringgit. Esok, sesi nak rebus ketupat pulak. Harap-harap ketupat tak lembik. Risau nya! Malamnya pulak, aku selaku AJK makanan. Berat betul beban yang diletakkan di atas batu jemala patik. Harap-harap semuanya berjalan lancar. Wish me luck!

Pagi tadi berbual-bual la dengan rakan satu office. Tiba-tiba masuk bab sambung belajar PJJ. Salah seorang pegawai bagitahu dah boleh sambung belajar kalau dah ada pengalaman kerja minimum tiga tahun. Kira aku dah lepas la sebab aku dah ada hampir empat tahun pengalaman bekerja. Tiba-tiba ada salah seorang penolong pegawai berubah wajah yang drastik bila aku cakap nak sambung belajar. Sebab dia dah ada degree. Tak tahu lah kalau dia rasa aku bakal menjadi saingan dia. Bagi aku, menuntut ilmu tu tak semestinya untuk mengejar pangkat. Ia sekadar nak penuhkan ilmu di dada. Insya Allah, bila sampai waktu dan ketikanya, dengan keizinan Allah, aku akan belajar semula. Nobody know what lies ahead except Allah.

note : I bought an electric guitar. Will receive it by tomorrow, Insya Allah. :)

p/s - hari ni hari lahir arwah mak. Al-Fatihah.

Thursday, September 15, 2011

Stressful Day

"Today is a winding road. That's taking me to places that I didn't want to go"

Hari ni aku stress gila. Dah la panas hati. Terpaksa telan sendiri. Do you understand how I feel? Naahh! You won't!

Tengah panas hati boleh pulak ada penjual insurans call. Bila aku taip nombor telefon tu kat google, tu adalah nombor promoter insurans & kad kredit dan mereka nak minta nombor kad kredit untuk tujuan menipu. Dan aku terbagi no IC aku. Yes. Because I couldn't think wisely by that time. Shit! Harap-harap dia tak buat apa-apa dengan no IC aku. Nasib baik aku tak kasi nombor kad kredit sebab aku takde kad kredit pun!

*Stress*

Boleh tak tenangkan jiwa aku yang telah serabut ni. =(

Tuesday, September 13, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah Hidup Aku

Harini ini dalam sejarah. Aku dapat salam dan cium tangan Sultan Johor. Baginda telah berangkat ke UTM untuk merasmikan pelancaran buku, minyak wangi, bangunan dan jamuan hari raya peringkat Universiti. Perasaan confirm la excited tak terperi. Di samping itu sempat juga aku mencuci mata usha lelaki-lelaki kat sana. Suka tengok seorang photographer ni. Rupa dia macam someone I know in my past. Aku perasan dia masa dia tengah sibuk ambil gambar Sultan kat dalam dewan. Baju melayu cekak musang warna ungu, seluar hitam. Masa jamuan kat padang kawad asyik terserempak dengan dia. Bila bagitaw kawan aku, dia kata tu ex-schoolmate dia. Bila tanya siapa nama dia, kawan aku tak taw. Hampeh! Si baju ungu, dapat tengok awak buat saya rasa gembira taw harini. Harap-harap kita dapat jumpa lagi. :)

Friday, September 9, 2011

Merepek

Assalamualaikum.

Masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pembaca yang singgah ke blog aku. Terima kasih kerana menjadi pembaca setia. Lama xupdate blog ni.

Tiba-tiba terasa nak menaip. Seminggu ni aku rasa sakit kepala. Nak kata makan kambing, dah lama sangat aku tak makan kambing. Ada la jugak aku tanya dua tiga orang officemate. Dorang pun mengalami perkara yang sama. Tak taw la sama ada dah cuti lama sangat sampai kepala jadi ting tong atau ada unsur-unsur lain. Aku harap tak ada unsur-unsur yang tak elok. Ya Allah, mintak dijauhkan. Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari syaitan yang direjam.

Malam tadi aku mimpi pelik. Pelik sangat. Sampai saat ni aku asyik fikir kenapa aku mimpi macam tu. First, aku mimpi naik kereta kawan lelaki yang aku kamcing. Satu family aku naik kereta dia. Apa kejadahnya? Dan-dan aku letak tangan aku atas peha kawan lelaki aku ni. Gila apa? hahaha. Merepek punya mimpi. Lepas tu, aku mimpi CPR dua orang lelaki yang pengsan. Part CPR mulut tu tak boleh blah. Merepek. Aku tak boleh terima. Apa kejadah punya mimpi. Cis!

Monday, August 22, 2011

Loner

Aku rasa terharu gila bila suddenly ada orang call dan mesej cakap rindu kat aku. Tiba-tiba rasa diri ni dihargai sangat. Tiba-tiba rasa aku ada kawan yang sayang aku. Walaupun handphone aku penuh dengan nombor-nombor kawan, jarang sekali aku mesej mereka tanya khabar. Kalau dah tukar nombor pun aku tak taw. Berat betul tangan ni nak mesej atau call orang. Sebab aku tak kan buat begitu tanpa tujuan. Lagi la kalau ada incoming calls tanpa nama. Jarang sekali aku angkat.

Aku dah lama perasan yang aku ni lonely girl. Rutin aku sama ada tengok tv, main gitar, surf internet, tidur. Sekali sekala aku layan adik aku main games. Sekarang tengah gila main angry birds rio. Kalau layan game ni, confirm besok ngantuk. Jarang sangat aku call orang tanya khabar apatah lagi mesej. Pehh paling malas. Unless kalau orang mesej, baru aku reply. Sampai bestfriend aku pernah sound, "Macam tak percaya je ko mesej aku. Susah nak dapat mesej ko"

Sentap jugak la ayat dia. Cis! Ye, aku malas nak taip. Keypad handphone pun macam dah mintak nyawa. Walaupun aku ada nombor orang yang minat, tak pernah pulak aku call atau mesej dia kalau takde tujuan. Even thought aku nak sangat taw dia kat mana, tengah buat apa. Tapi, sebab aku segan dan malu, tak ada kudrat nak tekan butang send. No wonder la kredit handphone aku banyak. hahaha.

Kepada kawan sekolah rendah, sekolah menengah, universiti, kawan kerja swasta, kawan kerja kerajaan, bukan aku tak ingat korang, aku seorang yang pemalas pemalu. Kalau rasa rindu, mesej-mesej la aku. Dapat mesej dari korang setahun sekali je. Tu pun masa birthday aku. Since ada facebook, lagi la kurang mesej kat handphone. Ye la, zaman dah berubah. Dunia dah maju.

*Rasanya perenggan di atas tu ditujukan untuk aku jugak sebab aku pun tak mesej orang. hahaha. Ok, time to change. I'll try my best to keep in touch with all my friends.

Saturday, August 20, 2011

Syukur

Alhamdulillah, syukur dengan limpahan rezeki dan kesihatan yang Allah beri kepada aku dan keluarga. Raya tahun ni, aku dapat bonus. Bila tengok baki dalam bank, rasa macam gembira sangat. Tapi, balik kerja semalam, aku termenung panjang sebab risau kalau aku akan boros dan membazir. List yang nak aku beli banyak. Macam-macam dalam fikiran. Tapi tak taw nak beli yang mana dulu. Harap-harap aku beli ikut keperluan dan bukannya kehendak. Ya Allah, tetapkan lah imanku. Oleh sebab takut akan boros, duit kat bank belum disentuh lagi sehingga ke saat ini.

Raya tahun ni insya Allah akan disambut dengan sederhana tetapi diingati. Ni tahun pertama aku akan beraya di rumah ini selepas direnovate. Feel dia memang lain. Tapi tahun ni sambut kejap je sebab raya ke-5 dah kena kerja. Oleh sebab dah kena kerja dan tak cukup korum nak beraya kat Singapore, aku ajak kakak aku kerja sama-sama. Baru la fair and square. hehe. Takpe. Boleh raya kat sana minggu seterusnya kan.

Semalam abang datang rumah. Datang straight away dari klinik ke rumah aku. Dia demam urat. Cari adik dia ni nak suruh urut. Panas gila badan tapi masih meneruskan puasa. Abang aku kalau bab puasa memang tak pernah tinggal since zaman sekolah. Memang champion la. Paling susah nak sakit. Tapi once kalau dah sakit, perrghhh lambat nak baik. Harap-harap cepat lah sembuh. I love you abang.

Sebagai penutup untuk entri kali ni, aku akhiri dengan gambar pre-raya dari unit aku. =)





Monday, August 15, 2011

Condolences

Harini badan kebajikan ofis aku ada buat meeting untuk meraikan staf yang akan bercuti selama tiga tahun dan juga memberikan sumbangan kepada staf yang ditimba musibah. Aku bersimpati kerana rumah staf terbabit dimasuki perompak. Aku harap beliau sekeluarga tabah dalam menghadapi ujian Allah. Dah la bulan Ramadhan, bulan mulia yang penuh barakah, ada jugak penyangak yang ambil kesempatan. Tadi tengok kat tv3, perompak ditembak mati kat Pulau Pinang. Aku harap sangat perompak-perompak di luar sana insaf bila melihat berita tersebut.

Tadi lepas waktu pejabat, cuaca tak berapa elok. Hujan gerimis. Terpaksa aku tumpang akak dan meninggalkan moto aku kat ofis. Harap-harap moto aku tak kecil hati. Tiba-tiba akak aku cakap nak menuju ke klinik haiwan untuk ambil kucing. Untuk pengetahuan anda, kucing betina aku bernama Dayang disahkan menghidap barah payudara sejak dua minggu lalu dan telah ditahan di wad. Punca barah tu dari anaknya yang membawa virus ke dalam badannya. Baru semalam Dayang menjalani pembedahan dan veterinar memberitahu dia dah mula beransur pulih. Tiba-tiba pukul 3.30 petang, akak dapat panggilan menyatakan Dayang dah tak ada lagi. Kebetulan sahur pagi tadi, anak Dayang yang bawa virus tu pun meninggal dunia. Petangnya maknya pula. Sedih!

Aku sampai di klinik haiwan pada jam 5.30 petang. Dayang telah dibungkus kemas dalam bungkusan. Kebetulan ada kucing yang tengah operation. Veterinar tengah jahit telinga dan hidung kucing sebab bergaduh dengan anjing. Kesian sangat tengok kucing tu. Hidung dah lompong. Telinga koyak. Aduh. Sedih aku tengok. Terus teringat Badai kat rumah. Tiba-tiba nak peluk Badai ketat-ketat. Macam-macam jenis penyakit kucing ada kat situ. Batu karang, selesema, mata terkeluar, telinga putus. Yang comel bulu kembang pun ada. Geram tengok! Semua suka dibelai. Cuma bau kucing yang dah campur aduk buat aku pening plus tadi kena gerimis. Sakit kepala tiba-tiba.

Dayang dah selama ditanam lepas maghrib tadi. Abah dengan akak yang setelkan. Aku perasan Badai murung sebab isteri dia baru je meninggal dunia. Hope everything will be fine soon.

Saturday, August 13, 2011

Malunya!

Selama tujuh tahun aku naik moto aku tu, ni pertama kali dalam hidup moto aku mati tengah jalan sebab minyak habis. Malu gila weyh. Serius aku memang tak ingat bila kali terakhir aku isi minyak sebab moto aku tu baru keluar dari bengkel. Kebiasaannya, bila minyak dah tinggal separuh tank, jarum dia dah tak boleh detect, means akan menghala ke E walaupun minyak ada lagi separuh. Macam mana aku boleh tak ingat langsung. Dah la termati enjin tengah jalan. Malu! Malu! Malu! *tutup muka* Nasib baik ada orang yang sudi membantu di kala aku dalam kesusahan. Terima kasih Encik Awesome! Once again, you save my day. From the deep inside my heart, I want to thank you for good things you've done to me. Jazakallahu khairan. Nasib baik ada yang belum balik lagi. Kalau tak, tak taw la camne aku nak tolak moto tu ke stesen minyak berhampiran. Ada jugak kang yang menangis sambil tolak moto. T_T

Harini ada buat bubur lambuk lagi kat office dan seperti biasa, kami berkumpul lagi di hari yang mulia ini. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Cuma aku macam terasa ada orang terlanggar belakang aku masa tengah bungkus bubur lambuk. Tapi aku tak pusing tengok siapa sebab aku mamai baru bangun tidur dan aku malu sebab aku rasa macam lelaki berdasarkan molekul-molekul yang padat sewaktu perlanggaran terjadi. hahaha. Tolong la jangan cakap awak yang terlanggar saya. Nasib baik saya tak termasuk dalam periuk.

Masa tengah rebus daging, ada seorang senior tanya aku

Senior : Apa yang paling best kat dunia ni?
Aku : Perempuan?
Senior : Perempuan buat apa. Tak guna.
Aku : Habis tu?
Senior : Ada tiga perkara yang paling best dalam dunia ni. Yang pertama MAKAN daging. Yang kedua TIDUR atas daging. Yang ketiga MASUK dalam daging.
Aku : *speechless*

Apa kes melucah dengan aku di bulan puasa dalam bulan ramadhan. Kejam.

Thursday, August 11, 2011

Kad Raya

Harini aku dapat kad raya pertama untuk tahun ni. Mula-mula tak perasan sebab diletak atas bantal aku. Sekali aku belek-belek, kad tu ditujukan buat aku.

Kepada : Kak Jannah.

Daripada : Firdaus.

Aku jadi auto terharu. Adik aku kasi aku kad raya la weyh. Pertama kali dalam sejarah ni. Aku terus tanya

Me : "You kasi I kad raya?"

Dia hanya sengih malu-malu dan mengangguk.

Me : "Ok nanti I balas"

Kad raya dia memang cantik. Dia beli kat kedai buku sekolah agama. Thank you Firdaus for being so thoughtful. *wink*

Tahun lepas aku dapat kad raya dari blogger 13May dan Cik Hanie. Tahun ni, ada yang nak kasi aku kad raya tak? :D

Saturday, August 6, 2011

Iftar

Harini pertama kali dalam ramadhan tahun ni aku berbuka kat luar dengan kawan-kawan. Lokasi di JB Catering sebelah stadium Larkin. Harga satu kepala RM26. Aku gi dengan Tma, Ajiem, Ecah, Anum, Mulo, Nez, Juli dan Syikin. Seronok sebab dapat kumpul ramai-ramai dan kongsi macam-macam cerita. Lagi seronok sebab dapat tengok ramai lelaki. haha. Ok aku gurau. Tengok syok makan tiba-tiba ada pinggan terbakar sebab lilin pemanas air teh terjatuh. Ada aksi padam memadam di situ. Nasib baik skirting tak terbakar sekali. Fuhh.

Balik berbuka lepak kat rumah Tma. Ada Ecah, Anum, Ajiem dan aku. Tiba-tiba cerita pasal zaman belajar dulu-dulu. Seronok sangat. Paling terharu bila tengok gambar-gambar lama kat handphone Ajiem, gambar yang dah 3-4 tahun pun dia masih simpan. Video lama pun ada. OMG! Memories!! Ada jugak lelaki yang macam ni eh. Menghargai kenangan. Terima kasih sebab masih simpan semua kenangan kita semua. Tapi masalahnya, dia simpan gambar tu kat handphone je. Tak pernah diupload kat facebook pun. Cis! Apa pun, aku bersyukur sebab dapat kawan macam mereka.

nota : I'm happy to see you. :)

Friday, August 5, 2011

Bubur Lambuk

Perfect morning. First time aku buat morning call untuk dia. Sebab dia terlajak bangun tidur semalam. Susahnya nak kejut. Tiga kali call baru awak angkat. Confirm la tidur mati ni. Tapi suara awak sexy la. Ahh sudah. Nanti batal puasa.

Harini kat ofis ada buat bubur lambuk. Best dapat kumpul ramai-ramai dengan officemate. Seronok!

:)

nota : petang semalam Badai keluar rumah masa akak tengah masak kat dapur. Merajuk sebab tak bagi makan durian. Sampai dah berbuka pun tak balik rumah. Risau semua orang. Takut orang amik aje. Nasib baik dah malam dia balik. Terus aku bagi makan durian. Pandai betul kucing aku. Kakak sayang Badai taw. Sayang sangat! Jangan lari rumah lagi ok.

Wednesday, August 3, 2011

The Call

Baru kejap tadi kawan aku gtalk suruh aku call someone. Tiba-tiba tangan aku sejuk. Jantung aku berdegup kencang bila dia mention nama someone tu. Aku terus call. Lajunya dia angkat. Aku paling tak boleh handle bila dengar dia ketawa. OMG! Tiba-tiba rasa hidup ni sangat indah. Dengar suara awak kejap pun dah boleh buat saya jadi camni. *pengsan*

Sembunyikan perasaan tu kadang-kadang menyakitkan. Kadang-kadang rasa seronok pun ada. Harini nak berbuka sambil tersengih sorang-sorang.

Mood : extremely happy!

Selamat berbuka puasa.

:)

Saturday, July 30, 2011

Happy Birthday!

Harini aku jumpa member-member ofis lama. Lepas siap kemas rumah, aku lunch dengan mereka. Nan, Fareez dan Conan. Banyak jugak la benda yang kita bualkan. Dah setahun lebih tak jumpa. Rindu zaman aku kerja swasta dulu. I had lots of fun borak-borak dengan dorang. Then jap lagi ni nak gi main badminton kat court KMJ dengan member kamcing pulak. Last week, kau smash perut aku depan budak lelaki kan? Harini aku nak balas balik. Tunggu!! haha. Last week aku terpukul shuttle cock sampai masuk court sebelah. Tak sengaja. Court sebelah tu budak lelaki yang tengah main. Serius aku tak sengaja tapi korang tak percaya. Cis!

Then, harini birthday kawan aku. Happy birthday Hafiz & Abang Azmi. Semoga panjang umur, murah rezeki dan dimakbulkan apa yang dihajatkan. :)



Abang Azmi

Ni kawan jamming aku kat ofis. Hebat main bass!

Wednesday, July 27, 2011

Sayang Dia!

Hari Isnin lepas, aku pergi kerja naik scooter yang bunyi kuat gila. Risau sebab tengah jalan tiba-tiba ekzos bunyi kuat macam motor mat rempit. Prenggg prenggg. Aku dah risau. Ni ada kang yang cakap aku minah rempit. Cet! Aku try cari bengkel tapi tak de satu pun yang dah bukak. Maklumlah, baru pukul 7 lebih, mana ada bengkel bukak awal pagi. So, aku tawakal je sampai ofis. Sebenarnya aku risau gila. Takut kalau tiba-tiba enjin aku terbarai tengah jalan. Naya!

Alhamdulillah sampai jugak aku kat ofis dengan selamat. So, lepas berbincang dengan beberapa orang, aku decide nak hantar ke bengkel area Taman Universiti je. Bila gi bengkel, pomen tu cakap ekzos aku patah. Woohoo! No wonder la bunyi bising. Cover enjin pun patah. Gila ah. Dalam tu lubang yang aku terlanggar hari Jumaat lepas. Aku hantar dalam pukul 10 pagi. Siap dalam pukul 9 malam. Terbaek! Balik kerja terpaksa aku jalan seorang diri kat Jusco Taman U sementara nak tunggu motor siap. Nasib baik ada kawan aku yang teman. Kebetulan aku puasa pulak haritu. Dugaan.

Terima kasih banyak-banyak kepada kawan-kawan yang membantu aku. Thank you. Thank you. Jazakallahu Khairan. :)

*****

Lately, aku perasan kucing aku kat dalam rumah tu makin gemuk. Nama dia badai. Kucing jantan. Aku sayang sangat dia. Kalau balik kerja, first thing yang aku cari adalah dia. Biasanya dia memang tunggu depan pintu rumah. Bukak je pintu terus nampak dia. Mesti nak kena peluk dan cium dia banyak banyak kali baru rasa terubat rindu tu. Kenapa tiba-tiba aku makin sayang dia? Sebab dia makin gemuk. Rasa geram sangat tengok dia. Hobi aku suka gigit telinga dia. Haha. No worries. Every week memang mandikan dia dan korek telinga. Anak-anak dia pun comel. Malam tadi, kitorang satu family tengok tv sama-sama dengan kucing. Sweet sangat moment tu. Aku takde gambar latest Badai. Aku cilok gambar Badai kat fb kakak aku tapi gambar tahun lepas la. Kakak aku suka peluk dia tapi dia akan bising-bising sebab rimas. Aku tak sanggup nak dengar suara Badai mengiau mintak tolong. Kakak aku suka peluk kuat-kuat. Aku cakap kat kakak aku

"Akak, sayang you tu menyakitkan taw tak?"

Kakak aku sengih je.

Hampeh!












Monday, July 25, 2011

Random

Aku malas nak buat karangan harini. So, aku nak cerita dalam bentuk point.

  • Bangun pagi, online guna broadband yang slow gila hingga menyebabkan aku mengambil keputusan untuk offline dan bukak winamp kuat-kuat sambil kemas rumah.
  • Aku baru first time tune gitar guna online. Awesome jugak rasanya. Tapi bila aku main, lagu yang plucking ok, part lagu strumming hancur, Abang Wan, tolong tune kan gitar I please! TQ, Love u :)
  • Harini kawan sekolah aku kawen. Tahniah kepada Mel dan pasangan. Muka suami dia ada iras Akashah yang pelakon tu.
  • Lepas gi kenduri kawen, aku dan geng lepak dekat A Mart. Jalan-jalan sambil usha barang kemas. Maklumlah, kawan-kawan aku semua dah nak kawen. Aku je yang masih single. Takpe lah, kalau ada jodoh ada lah. No need to rush. :)
  • Dalam purse aku tinggal RM10 tapi siap beli 3 cool blog. Nasib baik cukup duit. Sedap jugak aku try green tea plus apple pearl.
  • Aku tengok Boboiboy dengan adik dan abah. haha. Lawak la episod harini. Terbaek!
  • Tadi maghrib solat jamaah satu family. Alhamdulillah. Rasa tenang. Lama tak solat jamaah kat rumah.
  • Kul 9 malam tadi, aku main badminton kat court area KMJ. Mandi peluh harini. Tapi badan sedap la lepas mandi. Fuh! Aku lalu tempat yang arwah kawan aku accident. Memang gelap. Aku mesti teringat dia setiap kali lalu situ. It's like forever I'll remember that place. Unless if I have absent minded. Hope I will not.
  • Aku basuh kasut yang aku ada beli sama-sama dengan best friend aku masa kat UiTM. Design sama. Saiz je lain. Tiba-tiba aku terus rindu dia. Mesej-mesej la jugak. Terubat rindu :)
  • Abah buat sambal belacan binjai. Pergh terangkat siot. Lepas main badminton makan nasi tambah dua kali. Apa kejadah ni? Sedap sangat la abah. Makan pulak dengan kari. Ok besok puasa ok?
  • Layan jangan tidur lagi yang menampilkan Yana Samsuddin, Zul Huzaimy dan Pierre Andre. Suka la tengok gigi Yana. Comel. Suara pun sedap.
  • Aku sedang feel dengan satu lagu ni. Everytime kalau jamming. Ni lagu first yang jadi opening. Dan 'dia' yang akan nyanyi lagu ni. Dia akan nyanyi dan tutup mata. Everytime dia nyanyi, I can't take my eyes off him. Even bila dia tutup mata sekalipun. Suara dia sangat feel dan dah sangkut dalam otak aku ni. Dah dua bulan jamming, baru Jumaat lepas aku download dan hafal lagu ni. Serius sedap la. Dia sangat talented. Boleh nyanyi, main gitar, main bass, main drum. Aku belum pernah nampak dia main keyboard je. But seriously, I really respect him. Sangat jujur dalam memberi komen. Awak, saya suka awak.
  • Kakak aku sangat bz. Lepas habis induksi 3 minggu, terus gi Melaka untuk Sukum 1 minggu. Then sekarang gi KL untuk dragon boat. Akak, you telah mengabaikan I. Kesian I takde kawan nak gosip kat rumah. Sunyi je rumah kalau you takde. I miss you taw! Nak cakap tapi you dah tido.
  • Aku sedang gila durian. Makan sampai panas dalam. End up, bukan tido atas tilam tapi atas lantai.
  • Jumaat lepas, on the way dari ofis nak ke rumah, aku ada terlanggar lubang atas jalan raya. Besar dan dalam. Nasib baik tak jatuh. Tapi apsal aku rasa macam enjin aku bunyi kasar dan alignment macam dah lari ni. Nak kena servis as soon as possible ni.
  • Last but not least, esok dah gaji. Yeay!
Ok. Tu je lah yang terlintas di kepala aku secara random. Kepada yang selalu contact aku, terima kasih kerana ingat dan merasakan aku wujud di dunia mereka.

Selamat malam semua :)

Friday, July 22, 2011

Sudoku Oh Sudoku

Aku adalah penggemar sudoku. Taw tak sudoku tu apa? Gi la google kalau tak taw. Aku suka buat sudoku bila aku free. Tak kira dalam bas, atas katil, atas kapal terbang atau kat mana-mana selain dalam tandas, aku akan bawa buku sudoku bersama. So, buku sudoku memang sentiasa ada dalam beg aku. Tak cukup buku, aku install dalam handphone jugak. Aku dah ajar adik dan kakak aku buat sudoku. So, sekarang ni akak aku tengah gian buat sudoku. Tapi ni bukan cerita yang nak aku kongsikan. Terlebih dahulu aku mintak maaf kalau entri aku ni menyentuh isu agama. Maaf.

Beberapa bulan yang lalu, adik kepada kawan sekolah aku meninggal dunia. Aku dan kawan-kawan pergi lah melawat. Jadi, aku bawak Surah Yassin siap-siap dari rumah. Sewaktu tiba di rumah arwah, kami terus duduk dan menunggu kehadiran tetamu yang lain. Kami ada bertanya jugak la kepada kawan aku mengenai punca kematian dan sebagainya. Jadi, sewaktu tahlil arwah mula, aku terus keluarkan Surah tanpa memandang dan bila nak baca aku terus pandang buku tu dan terdiam. Tak taw nak senyum atau apa. Yang aku nampak semuanya nombor. Sah-sahlah aku salah amik buku ni. Kawan yang duduk sebelah aku dah senyum sampai keluar air mata. Tak taw la menahan gelak atau sedih. Waktu tu aku terus keluarkan Surah Yassin dan terus membacanya. Camne la aku boleh tersalah amik ni. Adeh.

Pada hari arwah kawan rapat aku meninggal, aku terus letak buku sudoku tu dalam kereta kawan aku. Takut kisah tu berulang lagi. Kawan aku dah gelak-gelak bila nampak buku sudoku tu. Lepas ni aku perlu berhati-hati.